Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Klinik dan Spa AzBudi

MUKADDIMAH

Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati ini telah dibuka pada awal tahun 2000.Sepanjang tempoh tersebut ramai pesakit beliau telah berjaya disembuhkan dengan kaedah ini.Klinik ini dibuka pada jam 10.00pagi - 10.00malam setiap hari. Walaubagaimanapun pesakit perlu membuat temujanji sekiranya ingin mendapatkan rawatan pada hari Sabtu,Ahad dan hari Kelepasan Am. Lokasi terletak di Taman Perpaduan.

Bagaimana anda ke sana?
Sekiranya lokasi perjalanan anda ialah dari flyover Hospital Pantai Puteri Ipoh iaitu selepas lampu isyarat maka anda hanya perlu meneruskan perjalanan sehingga melepasi 3 lagi lampu isyarat (Pekan Tambun,Tambun dan Giant).Pada lampu isyarat yang ke 4 anda perlulah membelok ke kiri.Ambil simpang yang pertama.
Landmark:Sunway City,Extreme Park,Pasaraya Giant,dan Lost World of Tambun.


Sejarah Ringkas Homeopati

HOMEOPATI adalah suatu sistem perubatan moden yang lengkap dan semulajadi (nature). Sistem ini mengamalkan prinsip "keserasian" dalam tindakannya menghilangkan penyakit di samping merangsang sistem imunisasi dan Vital Force tubuh badan secara lebih holistik dan semulajadi.

Prof. Dr Samuel Hahneman

Perubatan ini telah dikenali dan diamalkan lebih 200 tahun yang lalu di seluruh dunia. Pengasasnya ialah seorang pakar perubatan konvensional dari German iaitu Prof. Dr Samuel Hahneman yang memperkenalkannya pada tahun 1790-an. Menurut kajian dan pengalaman beliau sistem perubatan konvensional banyak menggunakan dadah (crude drug) didalam amalannya.

Ia hanya memberi kelegaan sementara kepada pesakit tetapi mengakibatkan banyak kesan sampingan seperti kerosakan usus, hati, buah pinggang, sistem saraf, otak dan sebagainya. Sekiranya diamalkan dalam tempoh yang lama. Oleh itu Dr Samuel Hahneman mencari suatu sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan. Dari sinilah sistem perubatan homeopati bermula.


SEJARAH RINGKAS BIOCHEMIC

Pengenalan

Biochemistry ialah nama yang diberi kepada satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr.. Wilhelm Heinrich Schuessler (1821-1898 Oldenburg, Germany) dalam tahun 1873. Beliau yang juga merupakan seorang pengamal homeopati mendasarkan kaedah perubatan ini kepada pengubatan sel-sel, dan dengan itu popular dengan nama “Cellular Therapy”. Dr. Schuessler bukan sahaja seorang doktor perubatan tetapi juga seorang ahli kimia (physiological Chemist) dan seorang ahli fizik (physicist). Dengan kepintarannya bukan sahaja beliau dapat memahami dengan mendalam penemuan-penemuan di dalam bidang kerja tubuh badan oleh ahli sains sezamannya tetapi beliau juga telah berjaya menggabungkan penemuan-penemuan itu hingga menjadi satu sistem perubatan yang selari dengan tabii, bersifat makul dan mudah. Biochemistry atau sistem perubatan biokimia tidak jauh bezanya dari perubatan homeopati,malahan ianya dianggap sebagai satu cabang dari homeopati yang mengecilkan skop dan memudahkan pemilihan remedi dari lebih 5000 jenis remedi kepada hanya 12 jenis sahaja. Biochemic sangat jauh berbeza dari kaedah perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat mentah ( crude drug) ataupun ubat-ubat penekan (suppressant).. Sebaliknya ia menggunakan dua belas unsur galian yang seni (inorganik mineral substance) sebagai agen penyembuhanya. Garam galian ini dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts) ataupun garam-hidup yang mana penemuan semasa (current finding) mendapati ianya amat penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia.

Mengikut kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur yang pokok. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa simptom penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan keharmonian akan kembali semula dan semboyan-semboyan penyakit akan hilang. Dengan itu barulah wujud semula kesihatan.
Dua belas penawar yang ditemui oleh Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’ atau 'garam-tisu' (tissue-salts) atau 'garam-sel' (cell-salts). Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah drug. Penawar-penawar itu merupakan sebahagian daripada tubuh badan yang diperlukan dan tujuan ahli biokimia memberinya adalah semata-mata bagi mengisi kekurangan yang sedang berlaku.

12 Penawar Biokimia:

1. Calcarea Flourica
2. Calcarea Phosphorica
3. Calcarea Sulpburica
4. Ferrum Phosphoricum
5. Kali Muriaticum
6. Kali Phosphoricum
7. Kali Sulphuricum
8. Magnesia Phosphorica
9. Natrum Muriaticum
10. Natrum Phosphoricum
11. Natrum Sulphuricum
12. Silica.

Sel-sel Tisu Dan Penawar
Melalui proses pemecahan atau mempertajam kuasa penawar ini, yang disebut sebagai ‘trituration', maka garam hidup ini amat mudah dan dengan segera boleh masuk ke dalam aliran darah melalui kapilari lidah dan ditarik atau diserap oleh sel-sel tisu yang memerlukannya. Dari penyelidikan telah didapati bahawa sel-sel tisu tertentu akan menarik atau memerlukan garam hidup yang tertentu pula seperti:

1. Sel-sel otak dan saraf menarik 5 Phos. iaitu Ferr. Phos, Kali Phos., Mag. Phos,
Nat. Phos dan Calc phos.
2. Sel-sel otot atau urat pejal (muscle) menarik 5 Phos yang sama dan Kali Mur.
3. Sel-sel tisu menganjal (elastic tissue) menarik Calc. Fluor.
4. Sel-sel tisu penyambung (connective tissue) menarik Silica.
5. Sel-sel tulang rawan (cartilage) dan lendir (mucous) menarik Nat. Mur.
6. Sel-sel tulang menarik Calc. Flour., Mag. Phos., Calc. phos., dan yang banyak -
Silica.
7. Sel-sel kulit, kuku, rambut menarik Ferr, Fhos., Kali Sulp., Silica.
8. Sel-sel kanta mata (crystaline lens) menarik Ferr. Phos.

Kesimpulan
Kepentingan garam tisu kepada manusia boleh diibaratkan seperti pentingnya tanah bagi sepohon pokok. Sebagaimana kita ketahui bahawa tanah yang tidak subur menghasilkan sepohon pokok yang kering dan tidak segar, demikian jugalah darah yang kekurangan bahan mineral akan menghasilkan tubuh yang lemah dan cenderung berpenyakit. Dengan itu, keperluan tubuh juga bergantung kepada bahan-bahan seumpama pokok. Untuk menjadikan pokok itu segar dan berbuah, ia memerlukan air dan baja yang mencukupi. Maka, cara terbaik untuk memulihkan seorang manusia tentulah dengan mengembalikan semula semua garam mineral yang diperlukan oleh darah dan tubuh.