Cari Blog Ini

Memuatkan ...

KEISTIMEWAAN HOMEOPATI AZBUDI








PENGASAS AZBUDI HOMEOPATI


 Dr Azman b.Hj Mohamad Tahir Ph.D(A.M)
ND, MD(Hom). BHMS, DHMS 

           Dilahirkan pada 21 Oktober 1970 di Kampung Sungai Tiang Darat, Selekoh Bagan Datoh Perak. Anak sulong dari 9 orang adik-beradik, Dilahirkan dikalangan keluarga islam yang taat, juga pengamal perubatan tradisional dan herba. Keluarga beliau terkenal dan menjadi tumpuan masyarakat yang memerlukan khidmat rawatan dan nasihat bagi majoriti masyarakat kampung lebih-lebih lagi bagi golongan miskin dan tak mampu mendapatkan rawatan moden,(Alopathy)

           Selepas mendapat keputusan S.T.P.M (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) pada 1989 beliau tak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat Universiti Awam kerana masaalah kewangan keluarga disebabkan adik beradiknya yang ramai yang kecil dan masih bersekolah. Berbekalkan kelulusan yang ada beliau telah bekerja di sebuah syarikat multinasional, Semasa dalam tempoh bekerja beliau telah mula mempraktiskan perubatan alternatif warisan keluarga dan yang di pelajari sendri dengan beberapa tokoh perubatan tradisional terkenal tempatan. Terdapat kes- kes rawatan yang memerlukan sentuhan fizikal seperti Urut, Bekam dan ada juga yang memerlukan rawatan spiritual seperti gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan seumpamanya telah dapat beliau bantu di peringkat awal penglibatan  yang seriusnya dalam perubatan.
            Berdasarkan bakat dan minat yang mendalam dalam bidang rawatan dan perubatan dan sikapnya yang gemar membantu insan didalam kesusahan, Dr Azman mendapat peluang untuk belajar homeopati di sebuah institut  perubatan homeopati di Alor Star kedah di bawah anjuran Persatuan Doktor Homeopati Malaysia (P.D.H.M) yang dinaungi oleh K.D.Y.M.M Paduka Sultan Kedah. disamping itu Dr Azman juga menimba pengalaman secara informal dengan beberapa Dr Homeopati yang lebih senior dan berpengalaman seperti Dr. Muhamad Hj Yaacob, Dr.Dali Muin, Dr. K.Mathiya, Dr Azmi Zainon Abidin dan lain-lain lagi. Setelah itu Dr Azman berpeluabg untuk melanjutkan pelajaran Kedoktoran Homeopatinya hingga ke Calcutta India.

Selepas di anugerahkan Diploma Perubatan Homeopati (D.H.M.S) pada 1995, Dr Azman Mula mempraktikkan perubatan homeopati secara serius, di samping perubatan komplimentari lain seperti bekam, urut, refleksologi, acupuntur, Ruqyah Syifa dan lain-lain lagi. Setelah itu Dr.Azman melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah (BHMS), dan (M.D) Selepas lima tahun praktis secara sambilan  akhirnya pada tahun 2000 beliau membuka sebuah Klinik dan farmasi homeopati yang didaftarkan dengan nama AzBudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati dan Naturopati. dan mengeluarkan produk homeopati dengan jenama DRAZMAN.

              Kini Dr.Azman telah mempunyai beberapa cawangan Pusat Perubatan Homeopati dan mula mengajar Perubatan Homeopati kepada masyarakat yang dahagakan ilmu, beliau juga telah membuka Institut Perubatan Homeopati dan Naturopati antarabangsa Malaysia (international Homeo & Naturamedic Institute of Malaysia IHNIM), ramai anak-anak murid beliau telah berkhidmat kepada masyarakat bergelar Doktor homeopati dan membuka klinik sendiri. di samping itu sumbangan yang tidak kurang pentingnya dalam perubatan adalah dengan terbitnya beberapa buku tulisan beliau tentang perubatan alternatif yang telah lama beredar di pasaran.
 












Kejayaan Klinikal Kami Di AZBudi
Dengan izin Allah mampu Membantu Rawatan Sebarang Penyakit yang berkaitan:-
 Sistem Saraf,  otak,  autisme,  mental,  emosi,  penyakit serebral,  epilepsi,  stroke,  sistem pernafasan,  resdung,  asma,  sistem rangka,  patah,  terseliuh,  sakit sendi,  gout, sistem darah,  denggi,  H1N1, HIV,  hepatitis,  hernia (angin pasang),  penghadaman,  gastrik,  tumor,  kanser,  batu hempedu,  buasir,  ulser,  sistem perkumuhan,  masalah buah pinggang,  batu karang,  penyakit kelamin,  prostatitis,  sistem endokren,  kencing manis,  darah tinggi, jantung, kemalangan dan lain-lain.

Ciri-ciri Istimewa Penawar Homeopati
  1. Merawat pesakit menerusi proses perangsangan tenaga hayat (vital force) yang semulajadi wujud di dalam diri kita sehingga pertahanan badan (defence mechanism) tubuh menjadi lebih kuat,aktif dan mempunyai keupayaan melawan penyakit disamping mengatur sistem peredaran darah,sistem hormon dan saraf agar beroperasi secara optima dalam membaikpulih kerosakan dan kecederaan.
  2. Ubat Homeopati tidak mengandungi bahan toksik dan dadah dalam bentuk kasar.Ia selamat diambil oleh semua golongan.
  3. Ubat Homeopati bertindak secara mendalam.Ia dapat menjejak penyakit hingga ke akar umbi sehingga mencapai kesembuhan yang sempurna dengan izin Allah.Kerapkali pelbagai penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan konvensional(alopati) dapat diatasi dengan mudah oleh perubatan Homeopati.



Sejak sekian lama Homeopati telah terbukti hebat dan berkesan di dalam memperbaiki tahap kesihatan bukan saja manusia tetapi juga binatang dan tumbuh-tumbuhan. Secara ringkas, antara kelebihannya ialah:

Efektif
mampu merawat dengan mujarab hampir kesemua jenis penyakit.
Natural
tidak menggunakan sebarang bahan sintetik, tetapi sebaliknya menggunakan bahan-bahan berasaskan bahan asli seperti tumbuhan dan galian
Selamat
penawarnya tidak bertoksid dan tanpa kesan sampingan.
Individu
penawar diberikan berdasarkan gambaran pesakit secara individu dan holistik tidak disamaratakan antara semua pesakit walaupun penyakitnya kelihatan serupa.
Satu Penawar
hanya satu penawar sahaja diberikan pada setiap masa tertentu.
Tidak Melarat
penawar homeopati membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit dan meningkatkan fungsi tubuh BUKAN mengambilalih tugasnya.
Dos Minima
dos penawar hanyalah setakat diperlukan dan selebihnya adalah tindakan semulajadi sistem pertahanan badan.
Holistik
seluruh gambaran pesakit diambil kira waktu memberi penawar.
Saintifik
walaupun banyak salah faham tentang Homeopati, ia tetap diterima berasaskan kajian yang saintifik.
Harga Berpatutan
harganya berpatutan dan mampu dilanggani oleh semua.


  • 1. Ubat-ubat homeopathy yang disenaraikan disini menggunakan formula kombinasi yang dirumuskan mengikut pengalaman Dr. Azman Mohamad Tahir yang terbukti berkesan. Kesemuanya adalah ubat berkuasa rendah (low potency) untuk mengelakkan tindakbalas (aggravation) yang kuat.
  • 2. Penyakit kronik atau idapan yang lama seperti psoriasis, ekzema, asthma dan lain-lain memerlukan ubat yang berkuasa lebih tinggi untuk bertindak hingga ke akar umbi demi mencapai penyembuhan yang sempurna.
  • 3. Sebarang masalah yang memerlukan rawatan berkaitan penggunaan ubat-ubatan homeopathy sila datang sendiri atau hubungi kami .







Arahan Bagi Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopati.

1. Mulut hendaklah bersih dari sebarang rasa dan bau yang kuat seperti rokok, kopi, rempah, air kelapa dan seumpamanya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil ubatan homeopathy.

2. Jangan menyentuh ubat homeopathy dengan jari, logam, barangan bergelombang elektrik dan seumpamanya, gunakan bahan seperti sudu plastik, kayu, kaca atau bahan bukan pengalir elektrik.

3. Ubat homeopathy amat baik diambil ketika perut kosong, hendaklah dijarakkan makan ubatan lain sekurang-kurangnya 1 jam.

4. Hisap atau kemam ubat homeopathy hingga cair di mulut.

5. Ubat homeopathy tiada kesan sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melebihi sukatan bagaimanapun kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravation), menandakan tubuh sedang bekerja menyingkir toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Sekiranya tidak tahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti sementara waktu.

6. Bagi penyakit yang kronik atau idapan yang telah lama hendaklah mengamalkan ubat homeopathy secara berterusan sehingga sembuh atau berhubung sendiri dengan Dr Azman.

BIOKIMIA

, Biochemistry ialah nama yang diberi kepada satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr. Wilhelm Heinrich Schuessler (1821-1898 Oldenburg, Germany) seorang doktor homeopathy Jerman dalam tahun 1873. Beliau mendasarkan kaedah perubatan ini kepada pengubatan sel-sel, dimana ia lebih porpular dengan nama “Cellular Therapy”.
Dr. Schuessler merupakan seorang Doktor Perubatan dan juga seorang ahli kimia (Physiological Chemist) serta seorang ahli fizik (Physicist). Dengan kepakaran dan kepintarannya, beliau dapat memahami dengan secara mendalam penemuan-penemuan di dalam bidang kerja tubuh badan manusia dan juga telah berjaya menggabungkan penemuan-penemuan itu hingga menjadi satu sistem perubatan yang selari dengan tabii manusia dan bersifat semulajadi atau natural.
Beliau membuat kesimpulan bahawa sekiranya sesuatu organisme menerima bekalan garam mineral tisu asas secukupnya maka sukarlah atau tidak mungkin penyakit akan menghidapi seseorang itu. Beliau merumuskan bahawa penawar homeopathy yang banyak adalah tidak perlu dimana beliau meletakkan dasar bahawa kesemua bahan yang perlu untuk mengembalikan organisma yang sakit kepada sihat biasanya boleh didapati dalam sistem tubuh badan manusia itu sendiri. Beliau juga beranggapan bahawa badan manusia mempunyai mekanisma untuk daya pertahanan dan penyembuhan yang tersendiri dimana ia diambil dan dibajai  menerusi pemakanan seseorang. Beliau percaya bahawa semua penyakit yang wujud adalah disebabkan kekurangan salah satu atau beberapa garam tisu dalam badan. Ia juga disebabkan oleh berlaku ketidakseimbangan molikul garam-garam tisu dalam badan seseorang. Oleh itu bagi menyembuhkan penyakit, boleh dilakukan dengan menambah garam tisu yang didapati berkurangan dalam badan sehingga ia betul-betul mencukupi dan seimbang.
      Biochemistry sangat jauh berbeza dari kaedah perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat mentah (drug) ataupun ubat-ubat penekan (suppressant). Sebaliknya ia menggunakan 12 unsur galian yang seni (inorganik mineral substance) sebagai agen penyembuhannya. Garam galian ini dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts) ataupun garam-hidup yang mana menerusi penemuan terkini, mendapati garam tersebut amat penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia. Beliau juga menyenaraikan kesemua 12 garam tisu ini berserta kepentingannya kepada kesihatan dan menerangkan peranan-peranan yang dimainkan oleh kesemua garam tisu dalam tubuh badan manusia. Beliau juga telah menyenaraikan setiap penyakit-penyakit yang menurutnya boleh disembuhkan dengan menggunakan garam tisu sebagai ubat.
Mengikut kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur garam mineral hidup. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa gejala penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan keharmonian akan kembali semula dan semboyan-semboyan penyakit akan hilang. Dengan itu barulah wujud semula kesihatan.
Dua belas penawar yang dicipta oleh Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’ atau 'garam-tisu' atau 'garam-sel' (tissue-salts, cell-salts). Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah drug (dadah). Penawar-penawar itu merupakan sebahagian daripada keperluan tubuh badan yang diperlukan dan digunakan oleh ahli biokimia sebagai penawar homeopathy bagi mengisi kekurangan garam tisu yang sedang berlaku dalam tubuh badan manusia.

Sel-sel Tisu Dan Penawar

Melalui proses pemecahan atau mempertajam kuasa penawar ini, yang disebut sebagai ‘trituration', maka garam mineral ini amat mudah dan dengan segera boleh masuk ke dalam aliran darah melalui kapilari lidah dan ditarik atau diserap oleh sel-sel tisu yang memerlukannya. Dari penyelidikan telah didapati bahawa sel-sel tisu tertentu akan menarik atau memerlukan garam  mineral  yang tertentu pula seperti:

1. Sel-sel otak dan saraf menarik 5 Phos. iaitu Ferr. Phos, Kali Phos., Mag. Phos,
Nat. Phos dan Calc phos.
2. Sel-sel otot atau urat pejal (muscle) menarik 5 Phos yang sama dan Kali Mur.
3. Sel-sel tisu menganjal (elastic tissue) menarik Calc. Fluor.
4. Sel-sel tisu penyambung (connective tissue) menarik Silica.
5. Sel-sel tulang rawan (cartilage) dan lendir (mucous) menarik Nat. Mur.
6. Sel-sel tulang menarik Calc. Flour., Mag. Phos., Calc. phos., dan Silica.
7. Sel-sel kulit, kuku, rambut menarik Ferr, Fhos., Kali Sulph., Silica.
8. Sel-sel kanta mata (crystaline lens) menarik Ferr. Phos.

Atau garam hidup yang tertentu akan tertarik kepada (affinity) sel-sel tisu yang tertentu seperti:
·         Calc. Flour. didapati dalam tulang dan gigi.
·         Calc. Phos. didapati dalam tulang, rawan dan gigi.
·         Calc. Sulp. didapati dalam kulit, hempedu (bile) dan rambut.
·         Ferr. Phos. didapati dalam darah, air gastrik dan kencing.
·         Kali Mur. didapati dalam darah, otak, otot, air gastrik dan ludah.
·         Kali phos. didapati dalam darah, otak, saraf dan otot.
·         Kali sulp. didapati dalam air gastric, rawan dan kencing,
·         Mag. Phos. didapati dalam otak, saraf, otot, tulang dan gigi.
·         Nat. Mur (garam) didapati dalam tulang, rawan, darah, otot, otak, saraf dan dalam setiap cecair & bukan cecair di dalam badan.
·         Nat. Phos. didapati dalam otak, darah, otot dan saraf.
·         Nat Sulp. didapati dalam hempedu, rawan dan peluh.
·         Silica didapati dalam kulit, kuku, rambut dan tisu penyambung.

Kesimpulan
Kepentingan garam tisu kepada manusia boleh diibaratkan seperti pentingnya tanah bagi sepohon pokok. Sebagaimana kita ketahui bahawa tanah yang tidak subur menghasilkan sepohon pokok yang kering dan tidak segar, demikian jugalah darah yang kekurangan bahan mineral akan menghasilkan tubuh yang lemah dan cenderung berpenyakit. Dengan itu, keperluan tubuh juga bergantung kepada bahan-bahan seumpama pokok. Untuk menjadikan pokok itu segar dan berbuah, ia memerlukan air dan baja yang mencukupi. Maka, cara terbaik untuk memulihkan seorang manusia tentulah dengan mengembalikan semula semua garam mineral yang diperlukan oleh darah dan tubuh.

 
DUA BELAS GARAM TISU
          Kesemua  dua belas  garam tisu yang menjadi asas  sistem perubatan  biokimia dan yang digunakan oleh Schuessler  dalam terapinya  (disebut  sebagai  Cellular  therapy)   merangkumi senarai berikut:
1.    Calc.  Fluor (Calcium Fluoride):
       -    Iaitu penawar yang membantu  menguatkan kekenyalan  tisu-tisu,  lantas berguna dalam  ketumbuhan  yang  keras, pecah-pecah, dan tegang tendon.  Kekurangan  Cal. Fluor dapat  dikesan  apabila urat-urat menjadi  kendur  dan  tiada tenaga tegang-kendurnya.

2.    Calc.  Phos.  (Calcium Phosphate):
       -    Cal. phos  membantu menambahkan  sel  darah baru, menguatkan tulang dan  gigi  di samping  menolong  penghadaman.  Kurangnya  bahan  ini  boleh menyebabkan pertumbuhan tulang yang lemah.

3.    Calc. Sulph. (Calcium Sulphate):
       -    Cal. sulph ialah penawar yang  bertindak  sebagai  pencuci  darah,  dengan tujuan  untuk  menyihatkan  kulit.  Berguna untuk sakit pecah bibir dan sakit kulit yang lambat sembuh.

4.    Ferr. Phos. (Iron Phosphate):
       -    Iaitu sebahagian daripada sel darah merah yang membantu  mengagihkan oksigen ke seluruh tubuh.   Ia  didapati sangat berguna untuk  radang  bahagian kulit dan demam.

5.    Kali Mur. (Potassium Chloride):
       -    Iaitu penawar yang sangat berguna bagi gangguan respirasi seperti lelah (asthma), bronkitis,, selsema, demam selsema, nafas termengah-mengah, sakit tekak, radang tonsil dan lembab penghadaman.

6.    Kali Phos (Potassium Phosphate):
       -    Penawar ini merupakan (serta bertindak sebagai) penenang  dan zat  makanan  bagi  saraf, yang mana  berguna  apabila  dalam keadaan  tegang, sakit kepala, gundah, tidak tidur dan  mudah marah apabila runsing atau terlalu seronok.  Ia biasa dikenali sebagai “brain tonic” atau baja untuk tisu dan otak.

7.    Kali Sulph. (Potassium Sulphate):
       -    Iaitu penawar yang berperanan dalam mengekal dan  memelihara kulit yang sihat.  Selain itu,  ia berguna  bagi  membantu Ferrum Phos.  mengangkut  oksigen  ke seluruh  tubuh  dan  dalam kes letusan kulit yang  kecil  dan berair hidung.

8.    Mag. Phos. (Magnesium phosphate):
       -    Ini ialah nutrien serat saraf  dan  otot yang boleh  digunakan   dalam  menghilangkan sakit dan ketegangan seperti untuk, kejang, sakit perut dan sakit haid.

9.    Nat.  Mur. (Sodium chloride):
       -    Nat. Mur disebut sebagai penawar yang menguasai  keseimbangan air  di  dalam tubuh.  Ia dipreskripsi untuk  demam  selsema, hidung berair jernih dan kadang-kadang dalam kes kulit kurang sihat dan sembelit.

10.   Nat.  Phos. (Sodium Phosphate): 
       -    Iaitu  pengatur  acid-alkaline  bagi sel-sel, yang biasa digunakan apabila  terlalu banyak kandungan asid, ketidak-hadaman berkait dengan gastrik dan sakit rheumatik.

11.   Nat.  Sulph (Sodium Sulphate):
       -    Iaitu penawar yang mengimbang  kandungan air dengan membuang air yang berlebihan dalam tubuh.   Biasanya Nat. Sulph berguna untuk rasa loya, serangan sakit  berkait  dengan limpa,  jaundice dan  semboyan-semboyan  influenza serta sakit kepala.

12.   Silica  (Silicon dioxide):
       -    Penyuci dan  keperluan  asas yang  digunakan apabila berlakunya pengumpulan bahan  toksik, jerawat dan bintik-bintik, bernanah, bisul dan  bengkak-bengkak pada tepi kelopak mata.  Kadang-kadang ia digunakan  juga dalam kes sembelit.
          Pada  zaman beliau, kewujudan beberapa mineral  lain  di dalam tubuh belum diketahui, lantas sistem yang  dibangunkannya  dianggap belum lengkap.  Ahli  biokimia  cara-Schuessler modern  telah  menambah pelbagai mineral lagi  yang  dijumpai terdapat  di  dalam  organisme.   Ini  termasuklah  Argentum, Cuprum, Mercurius, Platina, Plumbum, Selenium dan Zincum
          Kajian saintifik oleh para doktor ortodoks juga  membuktikan memang terdapat tidak kurang daripada 12 garam tisu  di dalam  tubuh  manusia.  Namun mereka juga  berpendapat  tiada bukti  yang  menunjukkan   remedi-remedi  biokimia  mempunyai kesan terapeutik, di samping menolak kemungkinan semua penyakit  yang dirawat secara biokimia adalah disebabkan  ketidak-seimbangan garam tisu. Pandangan ini masih berterusan dipolemikkan sehingga ke hari ini oleh pihak yang berlainan kepakaran dan kefahaman. 
          Dari aspek farmasinya, kebanyakan remedi-remedi yang  disebutkan  di  atas kebanyakannya  dibuat  menerusi  gesekan (trituration) mengikut kaedah yang diasaskan oleh Dr.  Samuel Hahnemann.    Dalam  rawatan, ia  biasanya  diberikan  dalam potensi  3x  dan 6x.  Bagaimanapun, bagi keadaan  sakit  yang tenat  atau  telah lama, potensi 12x, 30c, malah  yang  lebih tinggi dari itu digunakan dengan kesan yang sangat baik.

BIOKIMIA DAN HOMOEOPATI

          Walaupun homoeopati juga menggunakan garam mineral  yang sama dalam amalan perubatannya sebagaimana yang  disenaraikan dalam senarai pilihan penawar homoeopati, pengamal homoeopati dan pengamal biokimia mungkin berbeza dalam pemilihan penawar bagi  mengubati satu-satu kes.  Sebagai contohnya,  Dr.  Med. Eric  Graf  Von Der Goltz menyebutkan  bahawa  dalam  merawat penyakit diserang cacing, pengamal homoeopati akan  menggunakan  Calc. fluor, Ferrum phos, Kali mur dan  pelbagai  remedi lagi.   Tetapi mengikut amalan biokimia, penawar yang  sesuai dipakai ialah Natrum phos. dan Natrum mur.
          Perbezaan dalam pemilihan penawar ini mungkin disebabkan oleh  perbezaan  asas  dalam amalan  kedua  terapi  tersebut.  Kalau  perubatan biokimia memandang kekurangan garam  mineral yang  menyebabkan  timbulnya satu-satu  penyakit  dan  lantas memberikan  penawar tersebut dalam rawatannya, maka  falsafah homoeopati iaitu “sama dengan yang sama menyembuhkan” akan menyarankan remedi-remedi yang berupaya melahirkan  semboyan-semboyan yang serupa dengan semboyan penyakit apabila  remedi berkenaan diberikan kepada orang yang sihat.
          Sungguhpun begitu, kedua-dua sistem perubatan ini  tidak mempunyai  titik percanggahan yang jauh  kerana  kedua-duanya berlandaskan undang-undang tabie.  Malah kedua sistem  tersebut  memilih penawar bukan atas nama penyakit dan  sama-sama menggunakan  penawar  yang  telah  dipotentaiskan.   Demikian pendapat  Dr. Burhanuddin al-Helmy yang  menyebutkan  bahawa penawar biokimia yang dua belas itu diterima sebagai  penawar homoeopati  kerana dasar “kekurangan” di dalam  biokimia itu adalah sebenarnya boleh diterima sebagai undang-undang seraksi juga.
          Dipetik  daripada Daftri, “Biokimia itu tidak  lain  melainkan homoeopati  yang memiliki penawar  yang  terhad dan memudahkan pemilihan dalam homoeopati.”

Indeks Therapeutik 12 biokimia


Berikut adalah beberapa penyakit yang boleh dirawat secara biokimia berasaskan gejala penawar biokimia.


Calc Flour: Calcarea Flouride (calcium flouride)
Calc Phos: Calcarea Phosphoricum (calcium phosphate)
Calc Sulph: Calcarea Sulphuricum (calcium sulphate)
Ferrum Phos: Ferrum Phosphoricum (iron phosphate)
Kali Mur: Kalium Muriaticum (potassium chloride)
Kali Phos: Kalium Phosphoricum (potassium phosphate)
Kali Sulph: Kalium Sulphuricum (potassium sulphate)
Mag Phos: Magnesium Phosphoricum (magnesium phosphate)
Nat Mur: Natrium Muriaticum (sodium chloride)
Nat Phos: Natrium Phosphoricum (sodium phosphate)
Nat Sulph: Natrium Sulphuricum (sodium sulphate)
Silicea: Silicea (silicon oxide)

Abses (bisul atau bengkak bernanah)
Penawar awal: Ferrum Phos
Bengkak tak bernanah: Kali Mur
Darah kotor atau jangkitan : Kali Sulph
Sudah pecah: Calc Sulph

Athritis / Rheumatism
Penawar utama: Mag Phos
Sakit bila bergerak, rasa nak demam: Ferrum Phos
Sakit Gout / Urik asid tinggi:  Nat Phos
Kebas-kebas hujung jari kaki: Kali Phos

Asthma (lelah)
Penawar utama: Kali Phos
Asthma dan Kembung bercampur Gastrik: Mag Phos
Lidah berselaput putih / hijau: Kali Mur

Batuk
Batuk rasa masam: Nat Phos
Demam kuning (rasa pahit): Nat Sulph
Batuk dengan kahak: Nat mur, Kali Mur

Buasir
Penawar utama: Calc Flour
Radang dan sakit berdarah: Ferr Phos
Sakit: Mag Phos
Sembelit kronik: Nat Mur

Buah pinggang
Radang peringkat awal: Ferr Phos
Peringkat kedua: Kali Mur
Peringkat ketiga: Nat Phos
Selepas jangkitan: Nat Mur
Berkaitan penyakit kulit: Kali Sulph
Batu dalam ureter: Mag Phos, Silicea

Campak (jangkitan)
Penawar utama: Ferr Phos, Kali Mur
Baiki kulit yang rosak: Calc Sulph
Mencegah kudis selepas campak: Kali Sulph

Cedera (kemalangan)
Lebam, luka baru: Ferr Phos
Bila bengkak: Kali Mur
Tulang retak: Calc Phos
Terasa radang dtempat lembut: Ferr Phos

Cirit-birit
Ada mukosa (lendir): Nat Mur
Berdarah: Kali Mur
Disertai demam: Ferr Phos
Cirit-birit waktu malam: Kali Sulph
Waktu siang: Nat Mur
Sakit sebelum berak cair: Mag Phos
Sakit sebelah pagi: Nat Sulph
Makanan tidak hadam: Ferr Phos, Calc Flour

Demam (jangkitan)
Penawar utama: Ferr Phos
Muntah masam (asid): Nat Phos
Thypoid: Kali Phos
Bila kejang atau konvulsi: Mag Phos, Ferr Phos, Kali Mur
Rheumatik: Nat Sulph
Demam bersela: Nat Mur, Kali Phos
Semua jenis demam: Nat Sulph, Ferr Phos

Kencing manis (diabetes)
Penawar utama: Nat Sulph, Nat Phos
Sakit, panas, kebas nadi kenang: Ferr Phos
Tersangat dan sentiasa dahaga: Nat Sulph
Melarat bergilir hari, sakit kepala, tak lena tidur dan tiada selera makan: Nat Mur, Kali Phos

Diphteria (jangkitan kerongkong / mulut)
Anak tekak dan anak lidah bengkak diselaputi putih: Ferr Phos, Calc Phos
jika tidak berkesan tambah: Calc Flour
tonsil berubah jadi kuning: Nat Phos

Discaj (lelehan)
Berair jernih: Nat Mur
Berair kuning: Kali Sulph
Berair pekat: Kali Mur

Gastrik (usus)
Kejang mencengkam: Mag Phos
Banyak angin(gas) bagi orang dewasa: Nat Sulph
Terlebih Asid: Nat Phos
Perut kembung dan membesar: Mag Phos, Kali Phos
Sensitif pada asid: Mag Phos
Ulser perut: Kali Phos, Nat Phos

Gland (kelenjar / ketumbuhan)
Keras: Calc Flour
Radang: Ferr Phos, Calc Flour
Radang dan bengkak: Nat Phos

Gout (urik asid)
Akut: Nat Phos
Kronik: Silicea
Jika sakit: Mag Phos

Haid
Merah hitam, beku: Kali Mur
Merah, mudah likat: Ferr Phos
Cirit-birit waktu haid: Nat Sulph, Nat Phos
Haid lewat, sembelit, kurang darah: Nat Mur
Haid gantian berdarah dari hidung: Ferr Phos
Bersama kahak hijau pekat: Nat Sulph
Sakit kepala, senggugut, sakit berdenyut: Mag Phos, Nat Mur, Ferr Phos

Hidung berdarah
Keluar waktu tengahari: Kali Mur
Ketika haid: Nat Sulph
Apabila batuk: Nat Mur
Dikalangan kanak-kanak, darah merah cerah: Ferr Phos

Histeria
Penawar utama: Nat Sulph
Lemah, pagi letih, sakit otot dan saraf: Kali Phos
Kejang dan lega dengan panas: Mag Phos

Katarak
Penawar utama: Calc Flour, Silicea, Nat Mur.
Mata kering suka benda masin: Nat Mur
Mata berselaput: Calc Flour
Pandangan berasap dan kelabu: Calc Phos

Kembung
Penawar utama: Mag Phos
Bahagian perut atas: Nat Phos
Bahagian kolon: Nat Sulph
Lain-lain penawar: Calc Phos, Nat Sulph, Nat Phos, Nat Mur

Kepala:
Sakit kepala: Nat Sulph
Muka merah, muntah makanan: Ferr Phos
Pucat dan sensitif: Kali Phos
Sakit sebelah kanan: Mag Phos
Sakit kepala kerana sembelit: Nat Sulph
Sakit kepala kerana membaca: Calc Phos
Sakit kepala anemia: Calc Phos

Kerongkong
Abses (bengkak bernanah) pada tonsil: Calc Sulph
Kerongkong kering: Ferr Phos, Nat Mur, Nat Sulph
Merah: Ferr Phos
Rasa terbakar: Ferr Phos, Nat Mur
Sesak: Ferr Phos

Konjunktivitis
Kronik: Nat Sulph
Discaj bewarna putih: Nat Mur
Bewarna hijau: Nat Sulph
Krim kuning: Nat Phos

Kulit
Melecur, berair melekat: Kali Mur
Berair merah: Nat Mur
Berair kuning atau putih telur: Calc Phos
Berair kuning emas: Nat Phos
Kulit mengeluarkan bintit merah: Kali Sulph
Psoriasis: Kali Sulph
Terbakar dan melecur: Nat Mur, Kali Mur, Silicea

Lidah
Tumbuh biji-biji di lidah: Nat Mur
Lidah tegang: Calc Flour
Lidah kejang: Mag Phos
Lidah menjadi seperti peta (berpeta): Nat Mur
Lidah berselaput putih: Nat Mur
Lidah berselaput kuning: Kali Sulph
Lidah terasa berat: Nat Mur

Mata
Keradangan: Nat Phos, Calc Sulph
Mata berair cair: Nat Mur
Mata berair pekat: Kali Mur
Mukosa kuning: Kali Sulph
Mukosa seperti krim: Nat Phos

Meningitis
Penawar utama: Ferr Phos, Kali Mur
Diikuti dengan penawar: Kali Phos

Muntah
Muntah makanan: Calc Flour, Ferr Phos
Muntah air, cerah, bertali: Nat Mur
Muntah cecair bewarna putih dan tebal: Kali Mur
Berbau masam: Nat Phos, Nat Mur, Ferr Phos
Muntah mabuk laut: Nat Phos,Kali Phos

Resdung
Terlalu kerap bersin, hidung berair cair: Nat Mur
Demam atau hidung berdarah: Ferr Phos

Sembelit
Kencing banyak dan najis keras: Nat Mur
Sembelit bagi orang bertubuh kurus: Ferr Phos

Sakit telinga
Inflamasi: Silicea
Inflamasi kronik: Calc Sulph
Bengkak: Calc Sulph
Discaj warna kuning: Kali Sulph
Discajnya melekat, warna hijau: Sali Sulph

Tonsil
Tonsil merah dan radang: Ferr Phos
Tonsil membesar dan sakit: Kali Phos
Tonsil kronik, sakit membuka mulut: Calc Phos
Melarat di sebelah kanan, kerongkong merah: Mag Phos

Formula Kombinasi Biokimia

ANAEMIA                                                                                               CF +FP +NM+KP
ASTHMA                                                                                                 KP+MP+NM+NS
COLIC(KEMBUNG)                                                                               MP+CP+NS+FP
CONSTIPATION(SEMBELIT)                                                               CF+NM+S+KM
CORYZA (HIDUNG BERAIR)                                                                FP+KM+NM+KS
COUGH, COLD & CATARRH(BATUK, KAHAK,SELSEMA)             FP+KM+MP+NM
DIABETES(KENCING MANIS)                                                             CP+FP+KP+NS
DIARRHOEA(CIRIT-BIRIT)                                                                   CP+FP+KP+KS+NS
DYSENTRY (CIRIT BERDARAH)                                                          FP+KM+KP+MP
ENLARGE (BENGKAK) TONSIL                                                          CP+FP+KM
FEVER (DEMAM)                                                                                    FP+NM+KS+NS
HEADACHE (SAKIT KEPALA)                                                              FP+NM+KP+MP
LEUCORRHOEA(KEPUTIHAN)                                                             CP+KS+KP+NM
MEASLES(CHAMPAK)                                                                           FP+KM+KS
MENSES (HAID)                                                                                      CP+FP+KP+MP
NERVOUS & ENERGY(SARAF & TENAGA)                                        CP+KP+FP+KM
PILES(BUASIR)                                                                                        CF+KP+FP+KM