Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Panyakit WANITA vol 2

Emosi wanita sebagai isteri, ibu dan pengurus rumah tangga mempunyai pengaruh besar kepada seisi keluarga. Masalah akan bertambah teruk jika suami dan anak tidak faham apa yang dilalui wanita sehingga ada yang mengalami tekanan dan kemurungan. Jadi wanita berkemungkinan berasa rendah diri atau malu kerana mereka mempunyai gejala penyakit seperti gangguan hormon ketika kehamilan, menopaus dan sebagainya hingga gangguan emosi.
Seisi keluarga perlu memahami penyakit-penyakit yang boleh menyerang seorang ibu. Sebagai suami dan anak, anda perlu memahami keperluan kesihatan ibu. Pencegahan awal dan penjagaan berterusan kesihatan ibu amat penting untung membina kesejahteraan keluarga dan membendung kemurungan emosi golongan ini.
Dalam membicarakan penyakit serius wanita, terdapat empat peringkat umur yang harus difahami wanita.Keempat-empat peringkat ini termasuk 18 hingga 30 tahun, 30 hingga 50 tahun, 50 hingga 70 tahun dan 70 tahun ke atas. Masing-masing mempunyai risiko penyakit yang berbeza.
Bagi golongan ibu, terdapat enam penyakit yang sering dihidapi iaitu kanser payu dara, kanser rahim atau serviks, menopaus, serangan jantung, kehamilan dan osteoporosis. Namun, terdapat juga penyakit puan lain yang sering dialami seperti penyakit seksual dan mata. Kehadiran penyakit ini dalam diri wanita memberi impak terhadap emosi wanita kerana ketidakstabilan perasaan. Menurut Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, kanser payu dara masih menjadi penyakit umum wanita di seluruh dunia.Menurut nisbah penyakit ini, 19 wanita daripada jumlah penduduk mempunyai risiko menghidap penyakit ini.
"Kanser payu dara ialah ketumbuhan atau tumor payu dara boleh jadi berkanser atau benigna (tumor bukan barah). Ketumbuhan mungkin disebabkan oleh fibroadenoma dan penyakit fibrosistik. Kedua-dua bengkak ini bagaimanapun hampir tidak pernah bertukar menjadi kanser," katanya pada bengkel media anjuran Weber Shandwick dengan sokongan Novartis.
Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, disusuli dengan lelehan yang keluar dari puting, kadang kala mengandungi darah. Bagi mengesan awal penyakit ini, wanita yang berumur 50 tahun ke atas disarankan melakukan pemeriksaan mamogram. Namun, wanita berumur 40 hingga 49 tahun yang mempunyai sejarah keluarga berkaitan kanser ini perlu melakukan pemeriksaan mamogram awal.
"Selain mamogram, kaedah pemeriksaan payu dara sendiri (BSE) membantu wanita mengenali tubuh sendiri dan dapat mengesan keganjilan pada payu dara mereka.
Tidak dapat dinafikan masih ramai wanita malu untuk memeriksa dan berasa tidak selesa menyentuh tubuh sendiri. Jika ada benjolan, segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Usah tunggu benjolan menjadi sakit kerana risiko penyakit bertambah buruk sangat tinggi," ujarnya.
Selain kanser payu dara, seorang ibu juga berisiko tinggi diserang kanser rahim atau serviks. Menurut laporan Pejabat Pendaftaran Kanser Kebangsaan, kanser ini merupakan jumlah kanser kedua tertinggi. Jumlah 12.9 peratus pesakit kanser wanita dengan 19.7 peratus kes daripada 10 000 penduduk.
"Pendarahan selepas mengadakan hubungan seks antara tanda penting barah kian membesar. Oleh kerana tiada tanda atau kesakitan pada peringkat awal barah pangkal rahim, ramai wanita kurang memberi perhatian pada penyakit ini. Barah pangkal rahim boleh dikesan melalui ujian lumuran pap (pap smear) yang diperkenalkan sejak 60 tahun lalu," jelas Dr. Nor Ashikin.
Sebenarnya semua wanita terdedah pada jangkitan HPV, tetapi biasanya sistem imun badan dapat menghapuskannya dalam masa satu atau dua tahun. Namun dalam sesetengah keadaan, virus ini terus tinggal dalam badan sehingga wanita tua tanpa menyebabkan barah.
" Virus akan membiak dan mula menyebabkan barah apabila sistem imun badan lemah. Proses ini mengambil masa lama; antara lima hingga 10 tahun untuk membentuk fasa pra kanser. Dari fasa ini ia mengambil masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menjadi kanser. Ini sebabnya wanita disaran menjalani ujian lumuran pap yang boleh mengesan kehadiran sel kanser dari peringkat awal," jelasnya.
Tidak ketinggalan, seorang ibu yang meningkat usia, mereka akan melalui fasa menopaus. Kebanyakan orang ada persepsi kurang menyenangkan terhadap menopaus, terutama apabila ia dikaitkan dengan perubahan sikap dan emosi wanita.
"Hakikatnya, perubahan emosi wanita yang di ambang atau menjalani proses menopaus bukan dibuat-buat kerana semuanya berkaitan dengan perubahan hormon estrogen dan progesteron.
Menopaus adalah proses yang berlaku secara perlahan-lahan dan diiringi beberapa gejala seperti selaran kepanasan, perubahan emosi, kekeringan dan sukar tidur malam," jelasnya.
Seseorang wanita hanya dikatakan menopaus apabila haidnya terhenti selama setahun. Selepas setahun bebas haid, sebarang pendarahan vagina dianggap tidak normal dan jika ia berlaku pada anda, segera berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut. Kekurangan maklumat dan kewujudan pelbagai teori tidak tepat menyebabkan ramai orang, termasuk wanita, mempunyai persepsi negatif terhadap menopaus.
Kaedah terapi penggantian hormon (HRT) penting untuk mencegah penyakit jantung dan osteoporosis. Namun yang lebih penting ialah kesejahteraan seseorang wanita selepas menopaus khususnya kestabilan emosi. Sebagai persediaan, setiap wanita perlu bersedia menghadapi fasa menopaus dengan sikap terbuka dan berfikiran positif.
Selain tiga penyakit ini, Dr. Nor Ashikin memberitahu, wanita juga berisiko menghidap serangan jantung. Sakit jantung menjadi faktor utama kematian lelaki dan wanita di seluruh dunia termasuk 22.5 peratus penyebab kematian wanita Malaysia ialah sakit jantung.
"Apabila wanita mencapai umur 50 tahun, dia mudah diserang sakit jantung. Wanita yang mengalami menopaus, peningkatan umur, sejarah keluarga, merokok, kandungan kolestrol yang tinggi dan kurang aktiviti fizikal berisiko menghidap menyakit ini," jelasnya.
Bagi menjaga kesihatan jantung, anda perlu mengurangkan atau menjauhi asap rokok, menjaga berat badan, bersenam sekurang-kurangnya 30 hingga 40 minit untuk lima kali seminggu, berdiet dam merawat atau kawal aras gula dalam darah (diabetes), kolestrol dan tekanan darah. Sementara itu, perubahan hormon ketika kehamilan juga mempengaruhi kesihatan bakal ibu. Mana tidaknya, tekanan dan kebimbangan yang dirasai boleh menganggu emosi.
Dr. Nor Ashikin berkata, persedian ibu perlu dilakukan bermula saat kehamilan hingga kelahiran. Misalnya, bakal ibu boleh mereka mengalami masalah pedih ulu hati dan morning sickness, ia pasti menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan berpanjangan.
Tidak ketinggalan, wanita juga akan mengalami masalah penyakit ketika datang haid, kesuburan, pencegah kehamilan dan gejala jangkitan akibat seks STD. Penyakit-penyakit ini mempengaruhi perubahan emosi wanita dan menganggu rutin harian mereka.
Pada bengkel media yang sama, Pakar Perunding Kanan Endrokrinologis, Profesor Chan Siew Pheng turut melahirkan kebimbangan tentang kurangnya kepekaan wanita tentang kesihatan tulang iaitu osteoporosis. Peningkatan usia, pemakanan dan gaya hidup menjadi antara faktor risiko osteoporosis.
"Semakin lanjut usia seseorang, semakin tinggi risiko mendapat penyakit ini dan tulang menjadi lebih cepat rapuh jika merokok, tidak bersenam dan kurang memberi penekanan terhadap penjagaan makanan.
"Selain itu, sejarah keluarga, berat badan, minum alkohol, menopaus dan pengambilan ubat-ubatan," jelasnya.
Apabila umur meningkat, kita mengalami proses kehilangan jisim tulang dan osteoporosis lebih banyak berlaku pada wanita kerana lelaki mempunyai rangka tulang lebih besar. Selain meminum susu khusus untuk menguatkan kalsium, wanita boleh mengambil suplemen kalsium kerana susu bukan jaminan untuk memperolehi kalsium. Selain itu, berjemur di bawah cahaya matahari, dapat memberi tambahan vitamin D terutamanya ketika matahari sedang sederhana terik dan bukannya pada awal pagi dan lewat petang. Sebagai ibu, melakukan senaman dapat membantu mengawal osteoporosis
Masalah darah haid yang banyak
BIASANYA apabila seorang kanak-kanak perempuan buat pertama kali datang darah haid, dia dikatakan sudah baligh dan bergelar gadis. Pada masa itu setiap ibu akan berasa bangga kerana anak gadisnya telah dewasa. Dari sudut perubatan, ia menandakan bermulanya fasa di mana organ reproduktifnya akan mula berfungsi dan berkembang. Ia bermakna organ reproduktif iaitu rahim dan ovari berkembang dan bertambah matang. Ia juga mula berfungsi agar penghasilan hormon wanita seimbang serta setimpal. Ini bagi memastikan ovari dan kitaran haid seimbang dan lancar.
Memahami perubahan diri

Di samping itu, penghasilan hormon wanita iaitu estrogen akan menjadi lebih tinggi. Ini untuk memastikan perkembangan seksual sekunder seperti pembesaran buah dada, pertumbuhan bulu ketiak, pertumbuhan bulu pubis serta bentuk badan wanita. Jika ada gangguan pada sistem tersebut, maka timbullah berbagai-bagai gejala yang tidak menyenangkan. Ini termasuk pendarahan haid yang banyak, senggugut, kitaran haid yang tidak tetap dan banyak lagi.
Pengetahuan serta maklumat

Oleh itu maklumat yang betul tentang haid serta pendidikan seksual pada masa ini penting. Ini bagi membolehkan para remaja memahami segala perubahan yang bakal mereka alami. Maklumat tersebut boleh diperoleh sama ada secara formal atau tidak formal. Jika ia dapat diterapkan dengan baik maka mereka akan lebih menghargai diri masing-masing. Oleh itu keluarga terutama ibu, guru, kakak, ibu saudara serta kawan rapat memainkan peranan penting untuk memberi maklumat yang betul tentang pengetahuan seksual.
Setelah datang haid, seseorang wanita mahupun gadis tidak akan lari dari masalah haid. Salah satu gejala yang mungkin di alami ialah menorrhagia.
Menorrhagia

  • Menorrhagia merupakan satu gejala yang bermaksud haid yang keluar sangat banyak pada setiap bulan.
  • Kebiasaannya, darah haid yang keluar tidak melebihi 80ml pada setiap 21-35 hari kitaran untuk selama dua hingga tujuh hari.
  • Kehilangan darah haid yang terlalu banyak boleh berlaku apabila haid keluar terlalu banyak dan melimpah.
  • Jumlah hari yang terlalu lama dan kitaran haid terlalu singkat menyebabkan kedatangan haid terlalu kerap atau tidak tetap.
  • Oleh yang demikian, menorrhagia boleh didefinisikan sebagai haid yang melebihi 80ml setiap bulan.
  • Sebenarnya gejala ini merupakan salah satu masalah kesihatan di negara yang membangun.
  • Didapati hampir dua pertiga daripada wanita yang mempunyai masalah menorrhagia akan juga mengalami masalah iaitu masalah kekurangan zat besi.
  • Di New Zealand umpamanya, satu dalam lima wanita yang berusia 54 tahun ke atas terpaksa melalui pembedahan pembuangan rahim atau histerektomi akibat daripada masalah ini (Paul et al 1988).
  • Jika ia berlaku pada remaja pula sudah tentu boleh menjejaskan pembelajaran di sekolah.
  • Ini kerana kehilangan darah yang banyak dan berpanjangan boleh menyebabkan remaja tersebut akan menjadi anemia, pucat dan letih sehingga mengganggu pembelajaran beliau.
  • Sehubungan itu, remaja yang mempunyai masalah tersebut juga disarankan untuk cepat mendapat bantuan perubatan.
Punca

Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB).
  • Hampir 60 peratus dari gejala ini disebabkan oleh DUB. Ini boleh terjadi sama ada dalam kitaran anovulatory atau ovulatory.
  • Biasanya, jika gejala ini timbul pada wanita peringkat umur yang ekstrem iaitu pada remaja atau peri menopaus, berkemungkinan besar ia adalah kitaran anovulatory.
  • Ini terjadi disebabkan kitaran ovari yang belum begitu matang untuk berfungsi (pada remaja) atau kitaran ovari yang hampir gagal atau tamat usia untuk berfungsi (pada wanita perimenopaus).
  • Manakala jika gejala ini berlaku pada peringkat umur reproduktif, sebabnya masih tidak diketahui tetapi mungkin berkaitan masalah receptor tertentu dalam rahim.
Masalah ginekologi
  • Dianggarkan 35 peratus dari gejala ini disebabkan masalah ginekologi seperti radang pada rongga pelvis, penyakit endometriosis, fibroid atau polip pada rahim, endometrial hyperplasia iaitu peringkat prakanser dinding rahim (endometrium), kanser rahim atau ketumbuhan pada ovari.
Penyakit endokrin
  • Kurang lima peratus pula disebabkan penyakit endokrin seperti penyakit tiroid (hipotiroid), penyakit darah seperti Von Willebrand's Disease ataupun apabila seseorang itu mengambil ubat seperti warfarin.
Penggunaan kaedah merancang keluarga

  • Bagi mereka yang menggunakan kaedah merancang keluarga seperti alat dalam rahim (IUCD), hampir 50 peratus daripada mereka mempunyai haid dua kali ganda lebih banyak.
  • Tetapi, keadaan ini adalah normal bagi pengguna IUCD. Biasanya rawatan yang disyorkan ialah bergantung kepada punca atau gejala tersebut.
  • Walaupun begitu, bagi wanita yang berumur 35 ke atas pengambilan contoh dalam rahim iaitu endomertrial sampling atau pengambilan sampel tersebut melalui histeroskop disyorkan sebelum memulakan rawatan.
  • Ini bagi memastikan gejala yang dialami bukan disebabkan oleh kanser rahim (endometrial hyperplasia).
Rawatan hormon

  • Contoh rawatan hormon yang boleh diberikan termasuk Levonogestrel IUCD, progestogen dos tinggi seperti norethesterone, medroxyprogesterone selama tiga minggu setiap kitaran haid dan pil perancang.
  • Anti-fibrinolitic - seperti tranexamic acid yang cuma di ambil semasa haid saja
  • Nonsteriodal anti - inflammatory seperti mefenamic acid (ponstan) boleh membantu
  • Danazol.
Rawatan pembedahan konservatif termasuk:

Endometrial ablation - Ia adalah kaedah memus nahkan lapisan endometrium menggu nakan pembedahan krio, laser atau gelombang mikro. Endometrial resection - Ia adalah kaedah di mana lapisan endometrium tersebut dikikis atau dipotong.
Bagaimanapun, kaedah rawatan sama ada ubat-ubatan atau pembedahan konservatif bukanlah jaminan kejayaan 100 peratus. Ada kalanya apabila rawatan ubat-ubatan gagal, pembedahan pembuangan rahim adalah disyorkan.
Begitu juga hampir 40 peratus daripada pesakit yang telah melalui pembedahan konservatif tersebut terpaksa melalui pembedahan histerektomi selepas lima tahun rawatan.
Oleh itu setiap wanita harus prihatin pada setiap perubahan pada diri masing-masing.
Jika anda mendapati terdapat perubahan pada haid, pergilah berjumpa doktor untuk mendapat kepastian, mengenal pasti penyakit dan mendapatkan rawatan yang berkaitan. Ini adalah kerana jika diperhatikan gejala menorrhagia sendiri boleh disebabkan oleh berbagai-bagai sebab termasuk kanser.
Sukar untuk mengenal pasti penyebab sesuatu masalah berdasarkan kepada gejalanya saja. Oleh itu beberapa pemeriksaan lain harus dijalankan untuk mengenal pasti penyebabnya sebelum memulakan rawatan.
Jika anda menangguhkan pemeriksaan ia boleh memudaratkan kesihatan dan jika ia kanser mungkin segala rawatan yang disyorkan sudah tidak berkesan.
Untuk rawatan menerusi Homeopati, anda boleh mencuba ini:

Gadis Serta Wanita, Jangan lah Kau bersedih..Mungkin Ini Akan Membantu..

by Doct' Ash D on Wednesday, November 10, 2010 at 1:01pm
Khas Untuk Wanita Tidak Kira Umur..
Formulasi homeopati terkini, telah terbukti secara klinikal berjaya mengatasi pelbagai penyakit dan masalah berkaitan kewanitaan seperti :
  • Sindrom Pra Haid (PMS)
  • Senggugut
  • Keputihan
  • Haid tidak teratur
  • Kurang nafsu seks
  • Kurang subur
  • Kendur otot faraj
  • Dan pelbagai lagi.
Aturcara pemakanan:
  • Dimakan secara oral dengan cara diletakkan pada atas lidah atau bawah lidah dan dikemam hingga larut. Ia adalah manis dan mudah larut pada mulut.
  • Untuk kanak-kanak yang tidak boleh diberi cara kemam, boleh dilarutkan didalam air (masak sejuk @ air mineral) dan diberi minum.
  • Feminim Best merupakan formula homeopati yang boleh diamalkan untuk jangkamasa panjang kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan. Pengguna boleh mengurangkan dos sekiranya penyakit telah sembuh dan terus mengamalkan Feminim Best sebagai pencegahan serta mengekalkan kesihatan.

FEMINIM BEST hanya:
RM 50.00 (WM)
RM 53.50 (EM)
Qty:120 biji saiz tablet baru