Cari Blog Ini

Memuatkan ...

OBESITI KESAN DAN RAWATANNYA

OBESITI KESAN DAN RAWATANNYA

    Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

    Siapakah yang tergolong dalam obesiti
    Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
    Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
    Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
    Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
    Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Pemakanan

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.

Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) ( Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan
Status BMI
Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
Obesiti 31.0 - 45.2
Bahaya Lebih 45.3


Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Kandungan lemak dalam makanan

Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Jenis makanan Gram lemak setiap sajian % kalori dari lemak
Makanan tinggi lemak
Hamburger saiz biasa 11.8 39
Hot dog 14.5 54
Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
Roti - 1 keping 1.1 16
Mil oat - 1 cawan 2.4 15
Buah epal - 1 biji 0.5 6
Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.

Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus

Senaman yang boleh dilakukan

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:
  • Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
  • Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
  • Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
  • Berjalan-jalan, berkebun.
  • Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.


Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.
 Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya?
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.sebaiknya hanya senaman rutin yg sederhana 2 jam sehari.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemen multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Phyto organic Fibre (Azbudi) dan multivitamin adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement
  7.  
  8. Preview 
    Nt-Obes  Harga: wm.Rm50.00 em.Rm53.00 

    Remedi yang diformulasi secara homeopati utk menguruskan badan, mencegah obesiti dan penyakit yg berkaitan dengannya. telah dibuktikan berkesan dan selamat tanpa kesan sampingan.