carian..

HEALSDROP - 6 JENIS TUMBUHAN HERBA NUSANTARA YANG TERKENAL DALAM DUNIA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI





Tumbuhan perubatan telah menjadi sebahagian dalam kehidupan manusia dalam mengharungi penderitaan sejak sebelum bermulanya tamadun. Dianggarkan lebih daripada 80,000 spesies tumbuhan telah dikenalpasti dan digunakan sebagai tumbuhan ubatan di seluruh dunia. Di antara tumbuhan ini, lebih daripada 1300 spesies tumbuhan telah digunakan secara tradisi di Malaysia di mana pengetahuannya telah disampaikan dari generasi ke generasi. Ubat-ubatan asli dan ubat-ubatan yang berasal dari tumbuhan adalah sumber potensi ubat alternatif dan digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai penyakit kesihatan.

Penggunaan tumbuhan ubatan adalah komponen utama di peringkat penjagaan kesihatan primer kerana ketersediaan, penerimaan, kesesuaian dan kemampuan. Kebergantungan pada tanaman ubat ini berbeza-beza dari negara ke negara. Dianggarkan bahawa kira-kira 75-80% orang dari negara-negara membangun dan kira-kira 25% orang negara maju bergantung sama ada secara langsung atau tidak langsung ke atas tumbuhan ubatan untuk barisan pertama rawatan.




POKOK MENGKUDU (Morinda Citrifolia)

Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda spp. Di Malaysia terdapat tiga spesies mengkudu, iaitu pokok Mengkudu Besar ("Morinda citrifolia Linn."), pokok Mengkudu Kecil ("Morinda Elliptica Ridl") dan pokok Mengkudu Akar ("Morinda Umbellata").

Antara Kegunaan Mengkudu Dalam Perubatan:

Inflamasi/radang
Osteoarthritis
Angina
Bisul
Rheumatism
Diabetes
Antioksidan
Backache
Tekanan darah
Fibromas
Masalah sendi
Tenaga
buasir
Alergi kulit



Daripada kajian yang diterbitkan menunjukkan bahawa jus noni boleh memberi perlindungan terhadap kerosakan DNA yang disebabkan oleh asap tembakau, lipid darah dan ketinggian homocysteine serta keradangan sistemik. Kajian keatas manusia juga menunjukkan bahawa jus noni boleh meningkatkan kesihatan otot - sendi, meningkatkan ketahanan fizikal, meningkatkan aktiviti imun, menghalang glycation protein, membantu pengurusan berat badan, membantu mengekalkan kesihatan tulang pada wanita, membantu mengekalkan tekanan darah biasa, dan meningkatkan kesihatan gusi. Beberapa kegunaan lain tumbuhan ini yang diamalkan oleh masyarakat polinesia sebelum kedatangan orang-orang Eropah termasuk rawatan keradangan, pernanahan, angina, kencing manis, ranula, fibromas perut, dan sengatan scorpionfish.

Di bahagian lain di Perancis, buah noni dilaporkan digunakan untuk merawat osteoarthritis, sakit sendi, sakit belakang, masalah sendi, buasir, alahan kulit, luka bakar, dan ketuat. Dizaman moden ini, sumbangan tumbuhan ini keatas kesihatan terutamanya dalam memperbaiki mutu kesihatan, anti-radang, antioksidan, mengurangkan kesakitan, masalah demam, jangkitan, masalah tidur, memperbaiki penghadaman, mengurangkan alergi dan gejala asthma menaikkan populariti penggunaan noni ini terutamanya dalam bentuk jus dan produk-produk bentuk lain.







POKOK MAMBU / NEEM (Azadirachta indica)

Pokok Mambu atau juga dikenali sebagai Semambu atau disebut sebagai neem    (Azadirachta indica, sin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit.

Antara Kegunaan Neem Dalam Perubatan:

Antioksidan
Antifungal
Antigastric ulcer
Jangkitan
Antibacterial
Antitumour
Metabolic
Antiradang
Tonik kulit
Kanser
Antiarthritic
Tonik rambut


Kaya dengan sumber antioksidan, ia menjadi peranan penting yang terkandung didalam neem dalam membantu memperbaiki kesihatan. Tumbuhan herba ini digunakan secara menyeluruh dikalangan perubatan cina, ayurveda, unani, homeopati dan juga perubatan moden dalam merawat dan mencegah penyakit tertentu terutamanya dalam masalah kanser, metabolik dan jangkitan. Neem mengandungi flavanoid dan pelbagai bahan lain yang berperanan penting dalam menghalang perkembangan kanser. 

Banyak kajian epidemiologi mencadangkan bahawa pengambilan flavonoid tinggi mungkin dikaitkan dengan risiko penurunan kanser.  Selain itu daripada kajian terhadap penggunaan neem dilaporkan banyak aktiviti biologikal dan farmakoligikal termasuk antibakteria, antifungal, dan antiradang. Daripada kajian awal terhadap tindakan atau aktiviti daripada bahan yang terkandung didalam tumbuhan ini telah menunjukkan peranan neem sebagai anti-radang, anti-arthritic, anti-pyretic, hypoglycemic, anti-ulser gastrik, anti-fungal, anti-bakteria dan anti-tumor. Selain itu terdapat banyak fungsi-fungsi perubatan dari segi terapeutik.






POKOK HEMPEDU BUMI (Andrographis Paniculata)

Hempedu bumi (juga dikenali sebagai pokok akar cerita) ialah sejenis pokok yang banyak dijumpai di India, Thailand dan mudah dijumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

Antara Kegunaan Hempedu Bumi Dalam Perubatan:

Selesema
Kardiovaskular
Hipertensi
Cirit birit
Antioksidan
Pembersih darah
Ketidakhadaman
Penyakit hati
Demam
Jaundis
Diabetes
Jangkitan kulit


Hempedu bumi telah lama digunakan sejak zaman dahulu lagi terutamanya oleh orang-orang asli. Hempedu bumi (Andrographis paniculata) memiliki potensi tinggi sebagai tumbuhan perubatan di dunia. Tumbuhan ini digunakan untuk rawatan selesema, cirit-birit, demam akibat daripada jangkitan, jaundis, sebagai tonik hati (liver tonic) dan kesihatan sistem kardivaskular. Selain itu hempedu bumi juga merupakan antioksidan.




POKOK MISAI KUCING (Orthosiphon Stamineus)

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae"  yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis. Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang.

Antara Kegunaan Misai Kucing Dalam Perubatan:

Antimikrob
Antiplasmodial
Diuretic
Antioksidan
Cardioactive
Rheumatism
Hepatoprotection
Antidiabetic
Abdominal pain
Antigenotoxic
Antiinflammatory
kidney/ bladder
Hypertension
Gout



Misai kucing (Orthosiphon stamineus) banyak terdapat di asia serta negara-negara tropikal yang lain. tumbuhan herba ini sangat terkenal dalam kegunaannya dalam bentuk teh herba. Ianya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan tradisional. Terdapat banyak kajian farmakologikal telah menunjukkan bahawa kemampuan tumbuhan ini sebagai anti-mikrob, anti-oksidan, hepatoprotection, anti-genotoxic, anti-plasmodial, cytotoxic, cardioactive, anti-diabetik, dan aktiviti anti-radang.

Nilai perubatan yang terkandung pada daun dan stem pokok misai kucing ini telah menjadikan ia sebagai herba perubatan tradisional yang digunakan secara meluas dalam merawat pelbagai masalah kesihatan seperti sebagai diuretik, reumatism, sakit pada bahagian abdomen, radang buah pinggang dan pundi kencing, oedema, gout dan hipertensi.



DUKUNG ANAK (Phyllanthus niruri)

Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruii Linn dari keluarga  "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.

Antara Kegunaan Dukung Anak Dalam Perubatan:

Gastrointestinal
Dropsy
Disentri
Jaundis
Sakit tekak
Sembelit
Batu karang
Malaria
Demam
Hepatitis B
Masalah urinari
 penghadaman
Gastrointestinal
Penyakit kulit
Disentri
Hypertension
Dropsy



Dukung anak (Phyllanthus niruri) telah lama digunakan sebagai bahan perubatan tradisional di China, India, Brazis dan negara-negara asia. Ia boleh digunakan sebagai rawatan masalah penghadaman, jaundis dan batu karang. Didalam perubatan ayurveda, tumbuhan ini digunakan dalam rawatan penghadaman, sistem urinari, pernafasan dan masalah kulit. Di China, herba ini di preskripsikan sebagai ubatan untuk merawat hepatitis B, kembung perut dan sakit tekak. Manakala di Thailand, Amerika latin terutamanya Brazil dan Afrika menggunakan dukung anak sebagai rawatan jaundis, batu karang dan malaria secara meluas.




POKOK PATAWALI (Tinospora Cordifolia)

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan  berdaun lebar. Ianya banyak terdapat menjalar di pagar-pagar dan di kawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampuri dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional.

Antara Kegunaan Patawali Dalam Perubatan:

Anti-diabetic
Anti-oxidant
Diabetes
Anti-periodic
Anti-allergic
Hepatotoxicity
Anti-spasmodic
Anti-malarial
Immune system
Anti-inflammatory
Anti-arthritic
Hepatoprotective
Anti-osteoporosis
Rheumatoid arthritis


Kandungan kimia yang terdapat didalam Pokok Patawali (Tinospora Cordifolia) dilaporkan memiliki fungsi perubatan sebagai anti-diabetic, anti-periodic, anti-spasmodic, anti-inflammatory, anti-arthritic, anti-oxidant, anti-allergic, anti-stress, anti-leprotic, anti-malarial, hepatoprotective, immunomodulatory dan anti-neoplastic.

Daripada kajian dan penulisan berkenaan spesis tumbuhan herba ini ia terkandung sebagai kumpulan tumbuhan perubatan yang digunakan dalam rawatan ethnomedical bagi masalah selesema, sakit kepala, pharyngitis, demam, cirit birit, ulser, diabetes, masalah penghadaman dan rheumatoid arthritis. Ianya juga digunakan sebagai pertahanan dan sokongan bagi sistem imun untuk mencegah jangkitan sistem pernafasan, bantuan dalam rawatan kanser dan untuk kesihatan hati. Menerusi kajian farmakologikal moden dan amalan klinikal menujukkan bahawa herba ini memiliki nilai yang besar sebagai anti-diabetik, anti-oksidan, anti-tumor, anti-inflammation, anti-microb, anti-osteoporosis dan kesan immunostimulation..



HEALSDROP - KEBAIKAN ESTRAK HERBA NUSANTARA HANYA DENGAN 10 @ 20 TITIS DIDALAM 250ML AIR SEBAGAI MINUMAN / JUS HARIAN.



Healsdrop merupakan produk keluaran Az Budi Ent, hasil daripada kajian dan penggunaan secara klinikal menerusi anak syarikatnya iaitu AzBudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati ianya telah banyak membantu dalam masalah-masalah yang berkaitan penyakit cara hidup (lifestyle disease) terutamanya penyakit-penyakit kronik. Berbeza dengan jenis-jenis ubatan atau produk herba yang lain, ianya menggunakan formula Homeopati dimana herba-herba ini telah diekstrak dan diproses menjadi satu bentuk yang telah dipotensitasikan agar selamat untuk diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan.





Sila ambil perhatian bahawa maklumat mengenai produk disini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau menyembuhkan penyakit, tetapi hanya untuk tujuan pendidikan sahaja untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan anda. Rujuk pengamal / pakar perubatan anda jika mempunyai keadaan tertentu.


MAKLUMAT HEALSDROP:

Harga:
RM 60.00 (SM)
RM 65.00 (S/S)
Hubungi:
Call/ SMS/Whatsapp
0135297053

Keluaran:
Az Budi Ent
31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan,
31150 Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan
azbhomeopati@gmail.com





Rujukan Mengenai Fungsi-fungsi Herba:
  • Burkill I. H., Birtwistle W., Foxworthy F., Scrivenor J., Watson J. A Dictionary of the Economic Products of the Malay Peninsula. Kuala Lumpur, Malaysia: Ministry of Agriculture and Co-operatives; 1966.
  • Kavishankar G., Lakshmidevi N., Murthy S. M., Prakash H., Niranjana S. Diabetes and medicinal plants—a review. Journal of Pharmaceutical and Biomedical Sciences. 2011;2(3):65–80.
  • Whistler W.A. Polynesian Herbal Medicine. National Botanical Garden; Hong Kong, China: 1992. pp. 173–174
  • Petard P. Quelques Plantes Utiles de Polynesie Francaise et Raau Tahiti. Haere Po No Tahiti; Papeete, French Polynesia: 1986. pp. 280–286
  • Westendorf J., Mettlich C.  The benefits of noni juice: An epidemiological evaluation in Europe. J. Med. Food Plants. 2009;1:64–79
  • Hepatoprotection of noni juice against chronic alcohol consumption: lipid homeostasis, antioxidation, alcohol clearance, and anti-inflammation. - Food Chem. 2013 Nov 20; 61(46):11016-24.
  • Analgesic and antiinflammatory activity of Morinda citrifolia L. (Noni) fruit. - Basar S, Uhlenhut K, Högger P, Schöne F, Westendorf J / Phytother Res. 2010 Jan; 24(1):38-42.
  • Characterization, anti-oxidative and anti-inflammatory effects of Costa Rican noni juice (Morinda citrifolia L.). - Dussossoy E, Brat P, Bony E, Boudard F, Poucheret P, Mertz C, Giaimis J, Michel A / J Ethnopharmacol. 2011 Jan 7; 133(1):108-15.
  • Asian Pac J Trop Biomed. 2013 Jul; 3(7): 505–514. Therapeutics Role of Azadirachta indica (Neem) and Their Active Constituents in Diseases Prevention and Treatment
  • Govindachari T. R., Suresh G., Gopalakrishnan G., Banumathy B., Masilamani S. Identification of antifungal compounds from the seed oil of Azadirachta indica. Phytoparasitica. 1998;26(2):109–116. doi: 10.1007/bf02980677
  • Singh N., Sastry M. S. Antimicrobial activity of Neem oil. Indian Journal of Pharmacology. 1997;13:102–106
  • Clinical studies on the effect of Neem (Azadirachta indica) bark extract on gastric secretion and gastroduodenal ulcer. - Bandyopadhyay U, Biswas K, Sengupta A, Moitra P, Dutta P, Sarkar D, Debnath P, Ganguly CK, Banerjee RK / Life Sci. 2004 Oct 29; 75(24):2867-78.
  • Anticancer biology of Azadirachta indica L (neem): a mini review. - Paul R, Prasad M, Sah NK / Cancer Biol Ther. 2011 Sep 15; 12(6):467-76.
  • Biswas K., Chattopadhyay I., Banerjee R. K., Bandyopadhyay U. Biological activities and medicinal properties of neem (Azadirachta indica) Current Science. / 2002;82(11):1336–1345.
  • Antioxidant activity of Siamese neem tree (VP1209). - Sithisarn P, Supabphol R, Gritsanapan W / J Ethnopharmacol. 2005 May 13; 99(1):109-12.
  • Cancer preventive effects of flavonoids--a review. - Le Marchand L / Biomed Pharmacother. 2002 Aug; 56(6):296-301.
  • Scientific World Journal. 2014; 2014: 274905. Andrographis paniculata (Burm. f.) Wall. ex Nees: A Review of Ethnobotany, Phytochemistry, and Pharmacology
  • Andrographis SPP.: A Source of Bitter Compounds for Medicinal Use. - Boopathi CA \ Anc Sci Life. 2000 Jan; 19(3-4):164-8.
  • Jarukamjorn K., Nemoto N. Pharmacological aspects of Andrographis paniculata on health and its major diterpenoid constituent andrographolide. Journal of Health Science. 2008;54(4):370–381. doi: 10.1248/jhs.54.370.
  • Borhanuddin M., Shamsuzzoha M., Hussain A. H. Hypoglycaemic effects of Andrographis paniculata Nees on non-diabetic rabbits. Bangladesh Medical Research Council Bulletin. 1994;20(1):24–26
  • Andrographis paniculata: a review of pharmacological activities and clinical effects. - Akbar S / Altern Med Rev. 2011 Mar; 16(1):66-77.
  • Indubala J, Ng LT. Herbs: the green pharmacy of Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Vinpress; 2000. pp. 76–7
  • J Pharm Bioallied Sci. 2018 Jul-Sep; 10(3): 109–118. Orthosiphon stamineus Benth. is an Outstanding Food Medicine: Review of Phytochemical and Pharmacological Activities
  • Constituents of the Vietnamese medicinal plant Orthosiphon stamineus. - Tezuka Y, Stampoulis P, Banskota AH, Awale S, Tran KQ, Saiki I, Kadota S / Chem Pharm Bull (Tokyo). 2000 Nov; 48(11):1711-9
  • The Genus Phyllanthus: An Ethnopharmacological, Phytochemical, and Pharmacological Review Evid Based Complement Alternat Med. 2016; 2016: 7584952
  • Antidiabetic and antioxidant potential of Emblica officinalis Gaertn. leaves extract in streptozotocin-induced type-2 diabetes mellitus (T2DM) rats. - Nain P, Saini V, Sharma S, Nain J / J Ethnopharmacol. 2012 Jun 26; 142(1):65-71.
  • Comparison of the antioxidant and cytotoxic activities of Phyllanthus virgatus and Phyllanthus amarus extracts. - Poompachee K, Chudapongse N / Med Princ Pract. 2012; 21(1):24-9.
  • Antiplasmodial activity of four Kenyan medicinal plants. - Omulokoli E, Khan B, Chhabra SC /J Ethnopharmacol. 1997 Apr; 56(2):133-7.
  • Chemistry And Medicinal Properties Of Tinospora Cordifolia Indian Journal of Pharmacology 2003; 35: 83-91 S.S. SINGH, S.C. PANDEY, S. SRIVASTAVA, V.S. GUPTA, B. PATRO, A.C. GHOSH
  • Ilaiyaraja N., Khanum F. Antioxidant potential of Tinospora cordifolia extracts and their protective effect on oxidation of biomolecules. Pharmacognosy Journal. 2011;3(20):56–62. doi: 10.5530/pj.2011.20.11.
  • Androgenic action of Tinospora cordifolia ethanolic extract in prostate cancer cell line LNCaP. - Kapur P, Pereira BM, Wuttke W, Jarry H / Phytomedicine. 2009 Jun; 16(6-7):679-82.
  • Anti-inflammatory activity, cytotoxicity and active compounds of Tinospora smilacina Benth. - Li RW, Leach DN, Myers SP, Leach GJ, Lin GD, Brushett DJ, Waterman PG / Phytother Res. 2004 Jan; 18(1):78-83.
  • Trace Element Studies on Tinospora cordifolia (Menispermaceae), Ocimum sanctum (Lamiaceae), Moringa oleifera (Moringaceae), and Phyllanthus niruri (Euphorbiaceae) Using PIXE. - Gowrishankar R, Kumar M, Menon V, Divi SM, Saravanan M, Magudapathy P, Panigrahi BK, Nair KG, Venkataramaniah K / Biol Trace Elem Res. 2010 Mar; 133(3):357-63.
  • Tasaduq S. A., Singh K., Sethi S., et al. Hepatocurative and antioxidant profile of HP-1, a polyherbal phytomedicine. Human and Experimental Toxicology. 2003;22(12):639–645. doi: 10.1191/0960327103ht406oa.
  • Purandare H., Supe A. Immunomodulatory role of Tinospora cordifolia as an adjuvant in surgical treatment of diabetic foot ulcers: a prospective randomized controlled study. Indian Journal of Medical Sciences. 2007;61(6):347–355. doi: 10.4103/0019-5359.32682.
  • Badar V. A., Thawani V. R., Wakode P. T., et al. Efficacy of Tinospora cordifolia in allergic rhinitis. Journal of Ethnopharmacology. 2005;96(3):445–449. doi: 10.1016/j.jep.2004.09.034.
  • Validation of therapeutic claims of Tinospora cordifolia: a review. Panchabhai TS, Kulkarni UP, Rege NN Phytother Res. 2008 Apr; 22(4):425-41.
  • Chopra A., Saluja M., Tillu G., et al. Comparable efficacy of standardized Ayurveda formulation and hydroxychloroquine sulfate (HCQS) in the treatment of rheumatoid arthritis (RA): a randomized investigator-blind controlled study. Clinical Rheumatology. 2012;31(2):259–269. doi: 10.1007/s10067-011-1809-z