IBS
(Irritable bowel syndrome) & Kesihatan Mental
Tahukah
anda, sehingga kini telah banyak kajian dilakukan untuk mendapatkan
maklumat dan pengesahan terhadap kesan masalah sistem penghadaman terhadap
kesihatan mental terutamanya yang berkait rapat dengan masalah IBS
(Irritable bowel syndrome) -Sindrom Rengsa Usus yang merupakan gangguan
terhadap fungsi usus. Diantara masalah psikiatri serta tanda-tanda kesan
terhadap kesihatan mental yang dikaji adalah seperti Anxiety, Imsomnia,
Kemurungan dan Gangguan bipolar.
IBS
(Irritable bowel syndrome) -Sindrom Rengsa Usus adalah masalah
gastrointestinal yang dicirikan dengan gejala atau simptom berulang-ulang
seperti sakit pada bahagian abdomen (abdominal pain), kembung (bloating),
cirit-birit, sembelit dan angin (gas). Punca IBS yang sebenar biasanya tidak diketahui serta sukar
untuk difahami, namun maklumat yang didapati daripada hasil diagnos
diserata dunia mendapati bahawa golongan wanita lebih banyak mengalami
masalah ini berbanding lelaki.
Tidak
seperti penyakit kolitis ulseratif (ulcerative colitis), penyakit Crohn,
dan penyakit radang usus lain yang dengan simptom yang sama, IBS dianggap
sebagai gangguan fungsi (dysfunctional digestive system), yang bermaksud
gejala disebabkan oleh sistem pencernaan yang tidak/kurang berfungsi, bukan
dengan keradangan kronik, pertumbuhan abnormal, atau kerosakan kekal di
sepanjang gastrointestinal (GI ) saluran dimana masalah-masalah ini yang
boleh dikenalpasti dalam pemeriksaan fizikal. Disfungsi ini mengganggu
pergerakan makanan yang normal melalui saluran GI, menyebabkan gejala yang
berkaitan. IBS boleh menghasilkan gejala yang berbeza pada orang yang
berlainan, dan pelbagai faktor baik fizikal dan psikologikal dianggap
terlibat dalam pembentukkannya.
Sambungan
Otak-Perut
Walaupun
IBS tidak difahami sepenuhnya, gejala-gejala muncul disebabkan oleh
gangguan dalam paksi otak iaitu garis komunikasi yang ada di antara otak
dan saluran pencernaan yang mungkin merangkumi gangguan microbiome dan
sistem imun. Oleh kerana ini sesetengah pengkaji mereka percaya dalam
membantu menjelaskan mengapa kira-kira separuh daripada semua pesakit IBS,
terutamanya mereka yang menderita sakit perut kronik, melaporkan
gejala-gejala mental dan kerungsingan dengan gejala yang tidak normal dan
tidak dapat dijelaskan yang pernah dianggap sebagai “hanya gangguan
pemikiran sahaja) kerana doktor
tidak dapat mencari apa-apa kelainan fizikal dalam mengesahkan masalah yang
sebenar.
Solusi
menerusi Perubatan Naturopati
Biasanya
di Pusat Perubatan Naturopati menyediakan perkhidmatan yang pelbagai
menerusi konsep Konsultasi, Kaunseling, Pemilihan jenis rawatan dan Nasihat
untuk ubah gaya hidup sebagai pencegahan. Konsultasi amat penting dalam
memahami masalah yang dihadapi oleh pesakit, malah sesi konsultasi juga
memainkan peranan penting dalam mengesahkan jenis rawatan atau terapi yang
diperlukan terutamanya dalam mencari jenis remedi Homeopati yang bersesuain
dengan pesakit. Fungsi materia medica sebagai rujukan adalah sangat penting
dalam membantu memahami pesakit. Untuk ciri-ciri masalah yang menunjukkan
gangguan pada bahagian fizikal pula akan disyorkan jenis-jenis Nutrisi atau
terapi fizikal yang lain seperti Akupuntur, Urut, Hipnosis, Bekam dan
lain-lain. Di AzBudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati telah
banyak membantu masalah-masalah yang melibatkan Mental-Penghadaman.
Perubahan yang dialami oleh pesakit sangat bergantung pada sesi konsultasi,
remedi yang sesuai dan hasil pengalaman pengamal Homeopati lebih daripada
20 tahun serta amalan pemakanan sihat untuk membantu detoks dan mencegah.
Ingin
Cuba Nutrisi & serat-Prebiotik untuk penghadaman?–
Al-Manna Plus
Ingin
Cuba remedi Homeopati untuk masalah Emosi?
Produk
makanan tambahan berkonsepkan Homeo-Naturopathic berdasarkan kajian terhadap
penggunaan remedi Homeopati Ignatia yang banyak membantu masalah berkaitan
dengan Emosi dan Mental . Homeopati Ignatia banyak digunakan oleh pengamal-pengamal
homeopati.
Ingin
Cuba remedi untuk minda?
Produk makanan tambahan berkonsepkan Homeo-Naturopathic berdasarkan
kajian terhadap penggunaan remedi Homeopati Anacardium yang banyak membantu
masalah berkaitan dengan Otak, Saraf dan Minda.
|