carian..

TERSTIMONI PRODUK

Produk dengan jenama dRazman Homeopati telah pun wujud sejak lebih kurang 20 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut Klinik Az Budi Homeopati & Naturopati yang mengeluarkan produk-produk tersebut  lebih menumpukan jualan kepada pesakit-pesakit/pelanggan sama ada yang datang secara walk in, temujanji ataupun secara pos. Kami menerima terlalu banyak feedback positif  kesan dari penggunaan produk-produk homeopati kami. Pelanggan semakin hari semakin bertambah dan sehingga ke hari ini (okt 2021) kami masih beroperasi seperti biasa, hanya masa operasi dalam musim pkp terpaksa dipendekkan sedikit. Temujanji semasa pkp adalah diutamakan kerana mengikuti sop yang telah diarahkan.

Beberapa tahun kebelakangan ini kami cuba mencari inisiatif baru dengan memasarkan dan memperkenalkan produk dRazman Homeopati di pelbagai platform online seperti google,Facebook,shopee,lazada dan easy.co. Secara perlahan-lahan jenama dRazman Homeopati semakin dikenali dan kami sangat gembira kerana masyarakat semakin mencari kaedah alternatif yang selamat dan holistik setelah tidak berjaya dirawat dengan kaedah ubatan alopati.

Ubat homeopati juga akan dibuat mengikut tempahan atau keperluan pesakit @ pelanggan. Kami akui bahawa ubat-ubatan homeopati di sini hanyalah untuk membantu meningkatkan keupayaan tubuh menyembuhkan fungsinya dengan sendiri bukan menggantikan atau menambah apa-apa kekurangan dalam sistem tubuh itu sendiri.

*Ubat homeopati diperoleh dari sumber alam semula jadi, mempunyai kandungan kimia amat rendah dan ada jenis yang tidak ada langsung bahan kimia.

* Homeopati dari perkataan latin bermaksud persamaan. Dengan kata lain, Homeopati adalah rawatan berasaskan keserasian pesakit dengan ubat bagi menyembuhkan mereka dan bukan bertujuan menahan sakit.

*Kebanyakan ubat-ubatan homeopati diperbuat daripada bahan asli, misalnya akar kayu, kulit pokok, daun dan buah kayu, bahan-bahan galian, bisa ular dan kuman-kuman tertentu.

* Keistimewaan perubatan homeopati ialah ia tiada kesan sampingan atau kesan ketagihan

* Ubat homeopati tekstur lembut, kebanyakannya mempunyai rasa manis dan ini menjadi tarikan kepada pesakit, terutama wanita dan kanak-kanak.

* Homeopati mengutamakan rawatan terlebih dahulu dan ia menjadikan pembedahan sebagai jalan terakhir, sekiranya rawatan biasa tidak berkesan.

Berikut adalah sebahagian daripada testimoni yang kami terima :






















KOLEKSI GALERI FOTO, TV dan KONVENSYEN HOMEOPATI & PERUBATAN ALAMI

UTUSAN MALAYSIA, 16 MAC 2010

UTUSAN MALAYSIA  26 NOV 2016


KOSMO 13 FEB 2016



SINAR HARIAN 8 JULAI 2015

RTM, SELAMAT PAGI MALAYSIA 2019



PENGGAMBARAN DOKUMENTARI 





KONVESYEN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI 14-15 DIS 2019

2019