carian..

Info Kesihatan: ALZHEIMER



ALZHEIMER

Alzheimer bukan penyakit berjangkit, tetapi merupakan sejenis sindrom dengan apoptosis sel-sel otak pada masa yang hampir bersamaan, sehingga otak tampak mengerut dan mengecil. Alzheimer juga dikatakan sebagai penyakit yang sinonim dengan orang tua. Risiko untuk mengidap Alzheimer, meningkat seiring dengan pertambahan usia. Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus untuk menghidap penyakit ini dan akan meningkat dua kali ganda setiap lima tahun. Menurut pendapat doktor, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan orang tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Penyakit Alzheimer kerap kali dijumpai pada orang tua yang berusia sekitar 65 tahun ke atas. Di negara maju seperti Amerika Syarikat telah ditemui lebih dari 4 juta orang pesakit yang lanjut usia menghidap penyakit Alzheimer. Angka ini dijangka akan meningkat sehingga hampir 4 kali ganda pada tahun 2050. Hal tersebut berkaitan dengan lebih tingginya harapan untuk terus hidup pada masyarakat di negara maju, menyebabkan populasi penduduk lanjut usia juga bertambah. Pada peringkat awal perkembangan Alzheimer, penurunan faktor-faktor risiko vaskular boleh menyulitkan diagnosis sindrom ini, namun mengurangkan kelajuan perkembanga demensia.



Faktor Risiko
  • Pengidap hipertensi yang mencapai usia 40 tahun ke atas
  • Pengidap kencing manis
  • Kurang bersukan
  • Tahap kolesterol yang tinggi
  • Faktor keturunan - mempunyai keluarga yang mengidap penyakit ini pada usia 50-an.


Diagnosis
Gejala-gejala Demensia Alzheimer sendiri meliputi gejala yang ringan sampai berat. Sepuluh tanda-tanda adanya Demensia Alzheimer adalah:
  • Gangguan memori yang mempengaruhi kemahiran pekerjaan, seperti; lupa meletakkan kunci kereta, lupa mengambil baki wang, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan, lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara mengacau air,
  • Kesulitan melakukan tugas yang biasa dilakukan, seperti; tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri.
  • Kesulitan bicara dan berbahasa
  • Kekeliruan masa, tempat dan orang, seperti; keliru dengan keadaan sekitar rumah, tidak tahu membeli barang di kedai, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat.
  • Kesulitan mengambil keputusan yang tepat
  • Kesulitan berfikir secara abstrak, seperti; orang yang sakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan melihat bayangan menakutkan.
  • Salah meletakkan barang
  • Perubahan mood dan tingkah laku , seperti; menjadi lebih agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan hobi yang pernah diminatinya.
  • Perubahan personaliti, seperti; menjerit, terpekik dan mengikut perawat ke mana saja walaupun ke tandas.
  • Kehilangan minat dan inisiatif 

Orang yang sakit juga kadangkala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah. Orang yang sakit akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan terbangun pada waktu malam.

Secara umum, orang sakit yang didiagnosis mengidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru (pneumonia). Ini disebabkan, pada waktu itu orang yang sakit tidak dapat melakukan sebarang aktiviti lain.

RAWATAN ALLOPATHY

Donepezil
Donepezil adalah ubat yang diminum secara oral untuk merawat penyakit Alzheimer taraf rendah hingga medium .Donepezil tersedia dalam bentuk tablet oral. Biasanya diminum satu kali sehari sebelum tidur , sebelum atau sesudah makan. Doktor akan memberikan dos rendah pada awalnya lalu dipertingkatkan dosnya selepas 4 hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang sering terjadi sewaktu meminum Donepezil adalah sakit kepala, sakit seluruh badan, lesu, mengantuk, loya, muntah, cirit-birit, selera makan hilang, berat badan turun, kejang, sakit sendi, insomnia, dan meningkatkan kekerapan membuang air kecil.

Rivastigime
Rivastigmine adalah ubat yang diminum secara oral untuk merawat penyakit Alzheimer taraf rendah hingga sederhana.Selepas enam bulan rawatan dengan Rivastigmine, 25-30% pesakit pulih dalam ujian memori, pengertian dan aktiviti harian berbanding pesakit yang diberikan plasebo yang hanya 10-20%. Rivastigmine biasanya diberikan dua kali sehari selepas makan. Disebabkan kesan sampingnya terjadi pada saluran cerna pada awal rawatan, rawatan dengan Rivastigmine umumnya bermula dengan dos rendah, biasanya 1.5 mg dua kali sehari, dan secara beransur-ansur dipertingkatkan dosnya tidak lebih dari 2 minggu. Dos maksimum biasanya hingga 6 mg dua kali sehari. Jika pesakit mengalami gangguan pencernaan yang semakin teruk disebabkan kesan sampingan ubat seperti loya dan muntah, sebaiknya pengambilan ubat dihentikan untuk beberapa dos lalu dilanjutkan dengan dos yang sama atau lebih rendah. Kira-kira setengah daripada pesakit yang minum Rivastigmine menjadi mual dan sepertiganya mengalami muntah sekurang-kurangnya sekali, seringkali terjadi pada rawatan di beberapa minggu pertama rawatan sewaktu dos ditingkatkan. Antara seperlima hingga seperempat pesakit mengalami penurunan berat badan sewaktu rawatan dengan Rivastigmine (sekitar 7 hingga 10 poun). Seperenam pesakit mengalami penurunan selera makan. Satu daripada 50 pesakit mengalami pening. Secara keseluruhan, 15% pesakit (antara sepertujuh atau seperenam) tidak meneruskan rawatan kerana kesan sampingnya.

Memantine
Memantine adalah ubat yang diminum secara oral untuk merawat penyakit Alzhaimer taraf sederhana hingga kronik dengan mekanisme kesan yang berbeza dan unik dengan memperbaiki proses isyarat Glutamat. Ubat ini bermula dengan dos rendah 5 mg setiap minggu dan diteruskan selama 3 minggu untuk mencapai dos optimum 20 mg / hari.

RAWATAN ALTERNATIF

Cadangan pemakanan :
  • Gingko Biloba. Tumbuhan ini memainkan peranan yang penting dalam merangsang peredaran oksigen dan nutrien lain ke neuron dalam otak. Banyak kajian yang dilakukan oleh penkaji Jerman dan Perancis yang menunjukkan keberkesanan tumbuhan ini dalam merawat Alzheimer dan nyanyuk.
  • Acetylcholine. Bahan ini adalah neurotransmitter yang penting untuk komunikasi antara neuron. Otak menghasilkan ini daripada acetyl dan choline. Bee pollen kaya dengan bahan-bahan ini.
  • Antioksidan adalah komponen lain yang diperlukan untuk melindungi otak daripada kerosakan yang berpunca daripada oksidasi radikal bebas.
  • B complex sangat-sangat diperlukan untuk fungsi neuron yang betul, khususnya vitamin B12 kerana ia berkait dengan pembentukan neurotransmitter dan lapisan pelindung saraf, myelin.
  • Komponen lain yang penting ; Zinc, Selenium, Vitamin C.
  • Alkohol, rokok dan lain-lain perlu dielakkan.


RAWATAN PENAWAR HOMEOPATI

ANACARDIUM                
Lemah ingatan, keliru, kelihatan seperti berangan, kejam, suka   menyumpah, hilang keyakinan, terasa seperti ada dua personaliti: baik dan jahat.
BARYTA CARB                    
Pemalu, suka mengelak dari bertemu dengan orang asing, terasa seperti dirinya digelakkan, diperhati dan diperkatakan. Kebudakan dan lambat respon.
LYCOPODIUM                     
Daya tumpuan yang lemah, lemah ingatan terutamanya mengenai nama, tarikh, perkara yang hendak dilakukan. Eja atau tulis perkataan salah. Dyslexia
MERCURIUS                       
Lemah ingatan dalam semua perkara, sesat ketika berjalan, laju percakapan, mudah tertarik akan sesuatu. Merasakan orang lain adalah musuh.
THUJA OCC                        
Lemah ingatan ; salah perkataan atau salah eja. Lambat percakapan, lemah daya tumpuan. Masa terasa singkat atau lama, kelam-kabut, benci diri sendiri.
AMBRA GRISEA                   
Orang tua atau pemuda yang tua sebelum masa tuanya tiba tidak mampu untuk mengingati perkataan mudah yang menggambarkan dirinya. Selalu bertukar-tukar tajuk percakapan. Lupa perkataan mudah seperti roti dan mentega.
ARGENTUM NIT                 
Pesakit yang lemah memori dan pelupa.
DIGITALIS                           
Susah berfikir dan mudah lupa.
MERCURIUS SOL              
Pelupa, lemah ingatan dan kurang kemahuan untuk melakukan sesuatu perkara.
RHUS TOX                           
Tidak mampu berterusan berfikir. Kesilapan semasa menulis.
Penawar-penawar lain: Aconitum Nap, Aethusa Cyn, Staphysagria, Aurum Met., Kalium Brom, dan Conium Mac.