ARTHRITIS
Artritis (daripada bahasa Greek arthro- , sendi +
-ITIS , keradangan; gandaan: arthritides) adalah satu bentuk masalah sendi yang
melibatkan keradangan pada satu sendi atau lebih. Terdapat lebih 100 jenis
artritis yang berlainan. Jenis yang paling biasa, Osteoartritis (penyakit
degeneratif sendi) adalah hasil daripada trauma pada sendi, jangkitan pada
sendi, atau peningkatan umur. Jenis artritis lain ialah rheumatoid artritis ,
artritis psoriatik, dan berkaitan dengan penyakit autoimun. Septik artritis adalah
disebabkan oleh jangkitan pada sendi.
Keluhan utama oleh individu yang mempunyai artritis
ialah sakit sendi. Sakit selalunya berterusan dan berlaku setempat pada sendi
yang terjejas. Rasa sakit artritis adalah disebabkan oleh keradangan yang
berlaku di sekeliling sendi, kerosakan pada sendi disebabkan penyakit,
penggunaan harian dan koyakan sendi, ketegangan otot yang disebabkan oleh
pergerakan secara paksa terhadap sendi kaki yang menyakitkan dan keletihan.
JENIS-JENIS
Terdapat beberapa penyakit di mana sakit sendi adalah
gejala utama. Secara amnya apabila seseorang mempunyai "artritis", ia
bermakna bahawa mereka mempunyai salah satu daripada penyakit-penyakit ini,
termasuklah :
- Osteoartritis
- Rheumatoid arthritis
- Gout dan pseudo-gout
- Septik artritis
- Ankylosing spondylitis
- Juvenile idiopathic artritis
- Still’s disease
Sakit sendi juga boleh menjadi tanda-tanda berlakunya
penyakit lain. Dalam kes ini, artritis dianggap kesan kepada penyakit utama,
termasuklah :
- Psoriasis ( artritis psoriatik )
- Artritis Reaktif
- Sindrom Ehlers-Danlos
- Haemochromatosis
- Hepatitis
- Penyakit Lyme
- Penyakit keradangan usus [IBD] (termasuk Crohn’s disease dan ulcerative colitis )
- Henokh-Schönlein Purpura
- Hyperimmunoglobulinemia D dengan demam yang berulang-ulang
- Sarcoidosis
- TNF reseptor berkaitan sindrom berkala
- Granulomatosis Wegener (dan lain-lain sindrom Vaskulitis )
- Familial Mediterranean Fever
- Systemic lupus eritematosus
Artritis yang tidak dapat dikenalpasti adalah artritis
yang tiada dalam kategori penyakit klinikal, mungkin menjadi peringkat awal
bagi penyakit rheumatik.
TANDA-TANDA DAN GEJALA
Ciri-cir tambahan- Artikular penyakit sendi
- Cutaneous nodules
- Cutaneous vasculitis lesions
- Limfedenopati
- Oedema
- Keradangan okular
- Urethritis
- Tenosynovitis (tendon effusions)
- Bursitis (Bursa membengkak)
- Cirit-birit
- Ulser Orogenital
Tidak kira apa jenis artritis, gejala biasa bagi semua
masalah artritis termasuklah berlaku pelbagai tahap kesakitan, bengkak,
kekakuan sendi, dan kadang-kadang sakit yang berterusan di sekitar sendi.
Gangguan artritis seperti rheumatoid dan lupus juga boleh menjejaskan
organ-organ lain di dalam badan dengan pelbagai gejala lain.
- Ketidakupayaan untuk menggunakan tangan atau berjalan
- Kelesuan dan rasa keletihan
- Kehilangan berat badan
- Kurang tidur
- Sakit otot
- Kesukaran untuk menggerakkan sendi
Ianya adalah perkara biasa apabila arthritis yang
terbentuk menjadi lebih parah. Sebagai contoh, bagi seseorang yang mengalami
keterbatasan dalam melakukan aktiviti fizikal:
- Kelemahan otot
- Kehilangan fleksibiliti
- Penurunan kecergasan aerobik
Perubahan ini
juga boleh memberi kesan kepada kehidupan dan peranan sosial, seperti
penglibatan dalam masyarakat.
Kehilangan
Upaya
Artritis adalah
punca kecacatan yang paling kerap berlaku
di Amerika Syarikat. Lebih daripada 20 juta individu dengan artritis
mempunyai keterbatasan pergerakan harian yang teruk. Absenteeism dan lawatan
kerap ke doktor adalah perkara biasa bagi individu yang mempunyai artritis.
Artritis menyukarkan seseorang untuk bergerak aktif secara fizikal dan lebih
banyak duduk di rumah.
Artritis
menjadikan seorang individu sukar untuk kekal aktif secara fizikal, sekaligus
menyumbang kepada peningkatan risiko obesiti, paras kolesterol yang tinggi atau
berisiko mendapat penyakit jantung. Individu yang mempunyai artritis juga
menghadapi risiko peningkatan kemurungan, yang berkaitan dengan kemelaratan
gejala.
DIAGNOSIS
Diagnosis
dilakukan dengan pemeriksaan klinikal daripada profesional kesihatan yang
sesuai, dan mungkin disokong oleh ujian-ujian lain seperti radiologi dan ujian
darah, bergantung kepada jenis artritis yang disyaki. Semua arthritides
berpotensi merasai kesakitan. Corak kesakitan mungkin berbeza bergantung kepada
arthritides dan lokasinya. Rheumatoid arthritis biasanya lebih teruk pada waktu
pagi dan dikaitkan dengan ketegangan, dalam peringkat awal, pesakit selalunya
tidak mengalami gejala selepas mandi pagi. Osteoartritis, pada sisi lain,
cenderung untuk menjadi lebih teruk selepas bersenam. Bagi orang tua dan
kanak-kanak, sakit mungkin tidak menjadi ciri utama; pesakit berumur hanya
kurang bergerak, pesakit bayi enggan menggunakan anggota badan yang terjejas.
Unsur-unsur
sejarah gangguan menjadi panduan diagnosis. Ciri-ciri penting adalah kepantasan
dan masa permulaan, corak penglibatan sendi, kekakuan pada awal pagi, gelling
atau menjadi tidak aktif, faktor-faktor kemelaratan dan kelegaan, dan gejala
sistemik yang lain. Pemeriksaan fizikal akan mengesahkan diagnosis, atau
mungkin menunjukkan kehadiran penyakit sistemik. Radiograf selalunya digunakan
untuk mengikuti perkembangan atau membantu menilai tahap keterukan.
Osteoartritis
Osteoartritis
adalah jenis artritis yang paling biasa berlaku. Ia boleh menjejaskan kedua-dua
sendi yang lebih besar dan yang lebih kecil pada badan, termasuk tangan, kaki,
belakang, pinggul, dan lutut. Penyakit ini pada asasnya diperolehi daripada
gerakan harian dan koyakan sendi, namun osteoartritis juga boleh berlaku akibat
daripada kecederaan. Osteoartritis bermula dalam tulang rawan dan akhirnya
menyebabkan dua tulang berlawanan untuk menghakis satu sama lain. Pada mulanya,
keadaan bermula dengan sakit kecil semasa melakukan aktiviti, tetapi tidak lama
kemudian sakit boleh berterusan dan juga berlaku semasa dalam keadaan berehat.
Kesakitan ini boleh melemahkan dan menghalang seorang itu daripada melakukan
beberapa aktiviti lain. Osteoartritis biasanya memberi kesan kepada sendi
penanggung berat(weight-bearing), seperti belakang, tulang belakang, dan pelvis.
Tidak seperti rheumatoid artritis, osteoartritis adalah penyakit yang paling
kerap terjadi pada orang tua. Lebih daripada 30% daripada wanita mengalami
osteoartritis pada umur 65 tahun. Faktor-faktor risiko untuk osteoartritis
termasuk trauma sendi yang lama, obesiti, dan gaya hidup yang tidak aktif.
Osteoartritis, seperti rheumatoid artritis, tidak boleh diubati, tetapi boleh dihalang daripada menjadi lebih buruk. Terapi fizikal untuk menguatkan otot dan sendi adalah sangat membantu. Ubat tahan sakit sangat diperlukan oleh individu dengan osteoartritis. Bagi sesetengah pesakit, kehilangan berat badan boleh mengurangkan tekanan ke atas sendi. Apabila penyakit itu telah berkembang dengan pesat dan kesakitan dirasai berterusan, pembedahan mungkin menjadi pilihan. Tidak seperti rheumatoid artritis, penggantian sendi membantu ramai individu dengan osteoartritis.
Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid
arthritis adalah satu penyakit di mana sistem imun badan sendiri mula menyerang
tisu badan. Serangan itu bukan sahaja ditujukan pada sendi tetapi pada
kebanyakkan bahagian badan yang lain. Dalam rheumatoid artritis, kebanyakkan
kerosakan berlaku pada lapisan sendi dan tulang rawan yang akhirnya menyebabkan
hakisan dua tulang yang berlawanan. Rheumatoid arthritis sering memberi kesan
kepada sendi di jari, pergelangan tangan, lutut dan siku. Penyakit ini adalah
simetrikal (muncul di kedua-dua bahagian badan) dan boleh membawa kepada
kecacatan teruk dalam beberapa tahun jika tidak dirawat. Rheumatoid arthritis
biasanya berlaku pada orang yang berumur 20 tahun dan ke atas. Pada
kanak-kanak, gangguan itu boleh hadir dengan ruam kulit, demam, sakit, kurang
berupaya, dan terbatas dalam melakukan aktiviti harian. Dengan diagnosis awal
dan rawatan yang agresif, ramai individu mempunyai kualiti yang baik dalam
kehidupan. Ubat-ubatan untuk merawat rheumatoid artritis berpelbagai dari
kortikosteroid kepada antibodi monoklonal yang diberikan secara intravena.
Ubat-ubatan terkini seperti Remicade ketaranya boleh meningkatkan kualiti hidup
dalam jangka pendek. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, pembedahan mungkin
diperlukan untuk menggantikan sendi tetapi tidak ada penawar untuk penyakit
ini.
Lupus
Lupus adalah
gangguan kolagen vaskular yang biasa yang hadir bersama dengan artritis yang
teruk. Ciri-ciri lupus yang lain termasuklah ruam kulit, photosensitivity
melampau, keguguran rambut, masalah buah pinggang, fibrosis paru-paru dan sakit
sendi yang berterusan.
Gout
Gout adalah
disebabkan oleh pemendapan kristal asid urik
di dalam sendi, lalu menyebabkan keradangan. Terdapat juga satu jenis
artritis gout yang jarang berlaku disebabkan oleh pembentukan kristal
paralelogram daripada kalsium pirofosfat dikenali sebagai pseudogout. Pada
peringkat awal, artritis gout biasanya berlaku pada satu sendi, tetapi seiring
masa, ia boleh berlaku dalam banyak sendi dan boleh melumpuhkan. Sendi yang
mengalami gout akan menjadi bengkak dan hilang fungsi. Artritis gout amat
menyakitkan dan berpotensi melemahkan apabila gout tidak berjaya dirawat.
Apabila tahap asid urik dan gejala gout tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan
gout biasa yang mengurangkan penghasilan asid urik (contohnya allopurinol,
febuxostat) atau meningkatkan penyingkiran asid urik dari badan melalui buah
pinggang (misalnya, probenecid), ini boleh dirujuk sebagai gout kronik refraktori
atau RCG.
Perbandingan beberapa bentuk utama arthritis
|
|||
Kecepatan terjadi
|
Bulan
|
Minggu-bulan
|
Jam untuk satu serangan
|
Lokasi utama
|
Tangan ( proksimal
interphalangeal dan sendi metacarpophalangeal ) pergelangan tangan, buku lali dan lutut
|
||
Keradangan
|
Mungkin berlaku, selalunya bersifat ringan berbanding dengan keradangan
dalam artritis reumatoid
|
Ya
|
Ya
|
Perubahan Radiologik
|
· Ruang
sendi mengecil
|
· Ruang
sendi mengecil
· Hakisan
tulang
|
· hakisan
tulang "punched-out”
|
Penemuan makmal
|
Tiada
|
Anemia, ESR
dan C-reaktif protein (CRP)
yang tinggi, faktor rheumatoid , antibodi protein
anti-citrullinated
|
|
Ciri-ciri lain
|
· Tiada
tanda-tanda sistemik
|
Artritis
berjangkit adalah satu lagi jenis artritis yang teruk. Ia hadir dengan
menggigil secara tiba-tiba, demam dan sakit sendi secara tiba-tiba. Keadaan ini
adalah disebabkan oleh bakteria di bahagian badan yang lain. Artritis
berjangkit perlu cepat didiagnosis dan dirawat dengan segera untuk mengelakkan
kerosakan sendi kekal.
Psoriasis boleh
terbentuk menjadi artritis psoriatik. Dengan artritis psoriatik, kebanyakan
individu menghidap masalah kulit dahulu dan kemudiannya artritis. Ciri-ciri
yang biasa terjadi adalah sakit sendi yang berterusan, kekejangan dan bengkak.
Satu peratusan yang kecil membentuk artritis yang menyakitkan dan teruk
membinasakan yang memusnahkan sendi kecil di tangan dan boleh membawa kepada kehilangan
upaya dan kehilangan fungsi tangan yang kekal.
RAWATAN
ALLOPATHY
Tiada penawar
samada untuk rheumatoid atau osteoarthritis. Pilihan rawatan berbeza-beza
bergantung kepada jenis artritis dan termasuk terapi fizikal, perubahan gaya
hidup (termasuk senaman dan mengawal berat badan), perembatan ortopedik,
ubat-ubatan. Pembedahan penggantian sendi mungkin diperlukan dalam kes artritis
yang menghakis. Ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan keradangan pada sendi
sekaligus mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mengurangkan keradangan,
kerosakan sendi boleh diperlahankan.
Terapi Fizikal dan Pekerjaan
Umumnya, kajian
telah menunjukkan bahawa senaman fizikal pada sendi yang terjejas boleh
mempunyai peningkatan yang ketara dari segi kelegaan kesakitan jangka panjang.
Tambahan pula, senaman pada sendi artritis digalakkan untuk mengekalkan
kesihatan pada sendi tertentu dan keseluruhan badan orang itu.
Individu dengan
artritis boleh mendapat manfaat daripada kedua-dua terapi fizikal dan
pekerjaan. Dalam artritis, sendi menjadi kaku dan pelbagai pergerakan menjadi
terhad. Terapi fizikal didapati mampu meningkatkan fungsi, mengurangkan
kesakitan, dan melewatkan keperluan untuk campur tangan pembedahan dalam
kes-kes yang melarat. Latihan yang ditetapkan oleh ahli terapi fizikal telah
terbukti lebih berkesan daripada ubat-ubatan dalam merawat osteoartritis di
lutut. Latihan selalunya ditumpukan untuk meningkatkan kekuatan, ketahanan dan
fleksibiliti otot. Dalam beberapa kes, latihan boleh direka untuk melatih
keseimbangan. Terapi pekerjaan boleh memberi bantuan dengan aktiviti-aktiviti
serta peralatan.
Ubat-Ubatan
Terdapat
beberapa jenis ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat artritis. Rawatan
biasanya bermula dengan ubat-ubatan yang mempunyai kesan-kesan sampingan yang
paling sedikit dengan ubat-ubatan ditambah lagi sekiranya tidak cukup berkesan.
Rawatan juga
bergantung kepada jenis artritis. Sebagai contoh, rawatan barisan pertama untuk
osteoartritis adalah acetaminophen (paracetamol) manakala bagi radang artritis,
ia melibatkan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen.
RAWATAN
ALTERNATIF
Dinasihatkan
agar tidak mengambil daging merah, alkohol, rokok dan elemen toksik lain.
Alahan pada beberapa makanan boleh menyebabkan keradangan pada sendi. Biasanya
; tepung, gula, susu, kentang dan lada hitam.
Didapati
strawberi, kranberi, ceri mengandungi bioflavenoid yang bertindak sebagai agen
anti-keradangan dan anti-oksida. Sangat digalakkan untuk mengambil buahan ini
dalam kuantiti yang besar. Rawatan yang sama boleh digunakan dalam kes gout.
Elemen lain
yang berkesan terhadap rheumatoid arthritis adalah:
- Selenium, satu anti-oksida yang memainkan peranan penting dalam.
- Vitamin E, dicampur dengan Selenium, menjadikan ia lebih berkesan.
Cadangan:
- Jangan makan daging merah kerana ia mengandungi asid lemak yang Aracidonic Acid. Asid ini sangat mengalakkan keradangan pada tisu.
- Elakkan mentega dan makanan bergoreng
- Amalkan minyak ikan dengan omega-3
- Banyakkan pengambilan ikan kod, sardin, tuna dan minyak zaitun.
- Oren atau anggur (vitamin C)
- Strawberi, kranberi atau ceri.
- Kurangkan pengambilan garam, gula dan tepung.
- Vitamin ; A, B1, B12, C dan E dan Mineral ; Selenium (menghalang penghasilan prostaglandin keradangan), manganese, calcium.
- Lakukan senaman ringan, tetapi jangan berlebihan. Senaman ini akan membantu sendi menjadi lebih fleksibel.
Cadangan
Vitamin & Mineral
A = 10 000 IU / Beta carotene = 6mg
|
B1 = 100mg
|
B12 = 500mcg
|
C = 1000 -3000 mg
|
E = 600 IU
|
|
Calcium = 1000mg
|
Magnesium = 500mg
|
Selenium = 300mcg
|
Zinc = 30mg
|
RAWATAN ALTERNATIF - HOMEOPATI
ACIDUM FLOUR
|
Membetulkan pertumbuhan tulang yang tidak normal.
Menyerap nod dan melembutkan tulang. Kawasan yang sakit berwarna kemerahan.
|
ACIDUM TART
|
Sakit pada tapak kaki dan tumit.
|
APIS MEL
|
Artritis akut. Kawasan yang terjejas berwarna merah,
kelihatan berkilat dan bengkak. Terasa kesakitan pada sentuhan; lega dengan
meletakkan air sejuk.
|
ARBUTUS ANDRACHNE
|
Artritis dengan ekzema. Masalah kulit bergerak ke
sendi menyebabkan kesakitan rheumatik.
|
BENZOICUM ACIDUM
|
Sakit dan bengkak pada lutut. Gout bermula pada jari
kaki kanan bersama air kencing yang terlalu busuk.
|
BRYONIA ALBA
|
Sendi membengkak, panas dan merah. Sakit terasa
memedihkan dan melarat dengan gosokan, pergerakan ringan, kehangatan dan pada
waktu pagi; lebih baik dengan berehat.
|
CALCAREA PHOS
|
Artritis pada leher dan bahu dengan rasa kelemahan
dan kesakitan pada tulang.
|
CAULOPHYLLUM 3X
|
Sakit seperti dipotong terutamanya pada sendi jari
semasa menggenggam jari.
|
CHAMOMILLA
|
Artritis dengan sensasi seperti sakit lebih teruk
berbanding kesakitan sebenar. Terdapat kekebasan bersama kesakitan yang
melarat pada waktu malam.
|
COLCHICUM AUTUM 3X
|
Bengkak dan sakit pada sendi jari dan lutut. Satu
penawar yang berguna selepas artritis traumatik pada sendi kecil yang berlaku
selepas pembedahan atau keretakkan tulang. Ia juga berguna untuk kes yang
berulang.
|
ELATERIUM
|
Sakit menajam pada jari, ibu jari, lutut dan lekuk
pada tapak kaki. Kesakitan melarat ke bawah. Nod artritis. Kesakitan gout
pada ibu jari dan sendi pinggul.
|
FORMICA RUFA 6X
|
Artritis bukan disebabkan oleh kecederaan. Mulakan
dengan 3 dos sehari dan kurangkan secara beransur-ansur.
|
LEDUM PAL
|
Bengkak dan kekakuan sendi dan dalam beberapa kes
deposit artritis. Ia lebih ditujukan untuk kes kronik terutamanya apabila
tulang ekor(coccyx) terlibat dan apabila kulit bertukar ungu dan kesakitan
terhenti jika diletakkan air atau benda sejuk.
|
RADIUM BROM
|
Rheumatik artritis kronik. Kesakitan melarat pada
seluruh anggota badan dan sendi. Lutut dan buku lali adalah kawasan utama
yang terjejas. Sakit yang teruk pada bahu, tangan, lengan, jari, jari kaki,
dan sebagainya. Berasa lega dalam kawasan angin terbuka dan dengan pergerakan
yang berterusan.
|
RHAMNUS CAL.
|
Satu penawar positif untuk sakit otot dan rheumatik,
lebih teruk pada waku petang.
|
RHUS TOX
|
Serangan gout dan rheumatik yang melarat semasa
musim sejuk, hujan dan lembap. Kurang rehat, kekakuan dan sakit mengoyak
lebih teruk ketika rehat. Lumbago. Sakit reda dengan pergerakan.
|
SANGUINARIA
|
Rheumatik artritis pada sendi bahu.
|
STICTA PULM.
|
Rheumatik pada tulang bahu kanan atau sendi atau
pergelangan atau tumit atau sendi lutut.
|
SULPHUR
|
Kesakitan rheumatik pada bahu kiri dan gejala gout
yang lain didiringi dengan kegatalan pada kulit. Sakit lebih teruk ketika
rehat atau berdiri, kehangatan katil dan jika dibasuh. Lega semasa musim
panas dan kering. Kekakuan lutut dan pergelangan kaki.
|
THIOSINAMINUM
|
Artritis pada orang tua dan vertigo.
|
TUBERCULINUM 1M
|
Keradangan artritis akut pada sendi yang diterukkan
lagi dengan pergerakan, berdiri, kelembapan, awal pagi, selepas tidur. Lega
dalam keadaan angin terbuka.
|
Penawar-penawar lain: Trimethylaminum, Thyroidinum 3X, Thuja Occ, Ruta Q, Symphytum Off 1M, Pulsatilla Nig, Picricum Acidum, Natrium Phos, Phaseolus, Gaultheria Oil, Causticum, Carboneum Sulph, Berberis Vulg dan Acidum Salicylic.
Keterangan Mengikut Materia Medica:
Sesuai Untuk Membantu Sistem Musculoskeletal, Tulang, Otot Dan Rangka, Dalam Memperbaiki & Mencegah Masalah Yang Berkaitan Seperti:
SEBARANG KESAKITAN, SAKIT SENDI & OTOT, TERSELIUH, PATAH ATAU TULANG RETAK, GOUT, SAKIT KEPALA DAN LAIN-LAIN
HARGA: (SM) RM 60.00 / (SS) RM 65.00
(Gambar hiasan untuk contoh sahaja )
Setiap ubat dihasilkan adalah mengikut tempahan individu
Kebaikan Estrak herba nusantara hanya dengan 10 titis didalam 250ml air sebagai minuman / jus harian. (Keberkesanan herba-herba nusantara dalam memperbaiki kualiti kecergasan tubuh badan sememangnya tidak dapat dinafikan. Pelbagai kajian moden telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membuktikan kesan-kesan tumbuhan / herba terhadap tubuh badan manusia supaya ianya dapat digunakan sebagai kaedah pemulihan secara semulajadi tanpa kesan sampingan)
Al-MannaPlus
Serat organic yang berfungsi sebagai makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan mikroorgaisme baik dalam sistem pencernaan. Sesetengah makanan seperti serat diet boleh berfungsi sebagai prebiotik dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik serta mengekalkan persekitaran usus yang baik. Prebiotik adalah makanan kepada Probiotik yang membantu meningkatkan sistem imunisasi, mengimbangi bakteria, menyingkirkan serat yang tidak hadam serta menyahtoksik usus besar
Serat organic yang berfungsi sebagai makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan mikroorgaisme baik dalam sistem pencernaan. Sesetengah makanan seperti serat diet boleh berfungsi sebagai prebiotik dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik serta mengekalkan persekitaran usus yang baik. Prebiotik adalah makanan kepada Probiotik yang membantu meningkatkan sistem imunisasi, mengimbangi bakteria, menyingkirkan serat yang tidak hadam serta menyahtoksik usus besar
http://azbhomeopati.blogspot.my/2017/10/al-manna-plus.html
Selain daripada rawatan Homeopati, rawatan Naturopati dan Tradisional juga terdapat di sini.Ianya dikendalikan oleh ahli-ahli terapi kami yang berpengalaman di AzBudi Damai Spa. 29, Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Ulu Kinta, Perak.
DISYORKAN UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI SEHARI ATAU BEBERAPA JAM SEBELUM INGIN MENDAPATKAN RAWATAN. CALL/SMS/WHATSAPP: 0135297053 / 017529887
Pusat Perubatan ini menawarkan perkhidmatan kesihatan berdasarkan konsep Naturopathy iaitu sistem perubatan yang menerapkan elemen-elemen semulajadi dalam rawatannya.