BISUL
(ABCESS)
Bisul
(bahasa Latin: abscessus) adalah sekumpulan nanah (neutrofil mati) yang
terkumpul dalam rongga jaringan saluran darah setelah dijangkiti sesuatu
(umumnya kerana bakteria atau parasit) atau bahan asing (seperti luka tembakan/
tikaman). Bisul adalah reaksi ketahanan dalam badan untuk menghindari daripada
tersebarnya bahan asing dalam tubuh. Organisme atau bahan asing membunuh
sel dan sekitarnya, mengakibatkan
keluarnya toksin. Toksin tersebut menyebabkan radang. Sel darah putih akan
mengalir menuju ke tempat tersebut dan kemudiannya meningkatkan aliran darah di
tempat tersebut. Struktur terakhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk
oleh sel sihat untuk mencegah bahan asing tersebut memasuki ke dalam tubuh dan
mencegah ia daripada menjangkiti sel lain. Namun, enkapsulasi ini berfungsi
untuk mencegah sel imun untuk menyerang bakteria atau bahan asing dalam bisul.
Bisul
berbeza dengan empyema. Empyema lebih kepada pengumpulan nanah di dalam kaviti
yang telah ada sebelumnya secara normal, sedangkan bisul lebih kepada
pengumpulan nanah di dalam kaviti yang baru terbentuk melalui proses terjadinya
bisul tersebut.
JENIS-JENIS
Bisul
(Furuncle)
Furuncle
adalah jangkitan kulit yang meliputi seluruh folikel rambut dan jaringan
subkutaneus di sekitarnya. Penyebabnya adalah bakteria stafilokokus, tetapi
boleh juga disebabkan oleh bakteria lain. Selalu ditemui di kawasan leher,
payudara, wajah dan pinggul. Terasa nyeri jika timbul di sekitar hidung atau
telinga atau pada jari-jari tangan.
Furunkel
peringkat awal timbul sebagai benjolan keras berwarna merah yang mengandungi
nanah. Lalu benjolan ini akan berfluktuasi dan tengahnya menjadi putih atau
kuning (membentuk pustula). Bisul boleh pecah secara tiba-tiba atau dipecahkan
lalu dikeluarkan nanahnya. Kadang-kala nanah mengandungi sedikit darah.
Juga
terdapat rasa nyeri yang bersifat ringan hingga sederhana. Kulit di sekitarnya
tampak kemerahan atau meradang. Kadang-kala disertai demam, lelah dan tidak sedap
badan. Jika furunkel sering berulang maka keadaannya disebut sebagai
furunkulosis.
Diagnosis
ditentukan berdasarkan gejalanya. Sampel daripada jaringan kulit boleh diambil
untuk memastikan bahawa penyebabnya adalah stafilokokus. Jika bisul timbul di sekitar
hidung biasanya akan diberikan antibiotik per-oral (melalui mulut) kerana
jangkitan boleh tersebar cepat ke otak.
Carbuncle
Carbuncle
adalah sekumpulan bisul yang menyebabkan pengelupasan kulit serta pembentukan
jaringan parut. Penyebabnya adalah bakteria stafilokokus. Pembentukan dan
penyembuhan karbunkel lebih lambat berbanding bisul tunggal dan boleh
menyebabkan demam serta lelah kerana ia merupakan jangkitan yang lebih serius.
Kerap terjadi pada lelaki dan paling banyak ditemukan di bahagian belakang
leher. Karbunkel juga mudah dihidapi oleh pesakit diabetes, gangguan sistem
kekebalan dan dermatitis.
Beberapa
bisul bersatu membentuk massa yang lebih besar, yang memiliki beberapa titik
pengaliran nanah. Massa ini terletak lebih dalam di bawah kulit dibandingkan
dengan bisul biasa. Jangkitan ini boleh merebak dan disebarkan ke bahagian
tubuh yang lain dan juga boleh merebak pada orang lain. Selalunya beberapa
orang dalam sebuah rumah akan menderita karbunkel pada waktu yang sama.
Faktor
risiko terjadinya karbunkel adalah:
- Tahap kebersihan yang buruk
- Keadaan fizikal yang menurun
- Geseran dengan pakaian
- Pencukuran.
Kulit yang
dijangkiti akan ditemui beberapa bisul yang bersatu disertai rasa nyeri yang
bersifat ringan atau sederhana. Kulit tampak merah dan membengkak. Karbunkel
yang pecah akan mengeluarkan nanah lalu mengering dan membentuk keropeng.
Diagnosis ditentukan berdasarkan gejala-gejalanya. Untuk menentukan
penyebabnya, boleh dilakukan biopsi daripada kulit yang terjejas itu.
Untuk
menangani jangkitan, gunakan sabun anti-bakteria, antibiotik topikal (minyak
sapu atau krim) dan antibiotik per-oral. Kompres hangat boleh membantu
mempercepatkan penyembuhan. Dilarang memicit atau cuba untuk memecahkan
carbuncle, kerana boleh memburukkan dan menyebarkan jangkitan. Jika nanah sudah
kering, luka yang tertinggal perlu dibersihkan dengan kerap dan setelah merawat
karbunkel, tangan harus dicuci sehingga bersih.
PENCEGAHAN
Penjagaan
kebersihan kulit dengan sabun cair yang mengandungi zat anti-bakteria merupakan
cara terbaik untuk mencegah terjadinya jangkitan atau mencegah penyebaran.
Bisul boleh
menyerang sesiapa saja dan dari golongan usia berapa saja, namun yang paling
kerap terkena adalah bayi dan anak-anak. Apabila kawasan sekeliling kurang
bersih, jangkitan mudah terjadi. Selain itu, kanak-kanak biasanya sering
menggaru kerana rasa gatal yang timbul akibat banyak berpeluh. Garuan tersebut
akan merosakkan kulit sehingga memudahkan masuknya kuman dan terjadi
jangkitan.
TANDA-TANDA DAN GEJALA
Oleh kerana
bisul merupakan salah satu manifestasi keradangan, maka manifestasi lain yang
mengikuti bisul merupakan tanda dan gejala dari proses inflamasi, iaitu:
kemerahan (rubor), panas (calor), pembengkakan (tumor), rasa nyeri (dolor), dan
kehilangan fungsi. Abses boleh terjadi pada setiap saluran darah, tetapi paling
kerap terjadi ialah pada permukaan kulit, pada paru-paru, otak, gigi, ginjal,
dan tonsil. Komplikasi terburuk abses adalah penyebaran abses ke jaringan
sekitar atau jaringan yang jauh dan kematian jaringan setempat yang ekstensif
(gangren).
RAWATAN ALLOPATHY
Bisul luka
biasanya tidak memerlukan rawatan menggunakan antibiotik. Namun demikian,
keadaan tersebut perlu dirawat dengan intervensi bedah, debridemen, dan
kuretase.
Sesuatu
bisul perlu diteliti untuk mengenalpasti penyebabnya, terutamanya apabila
disebabkan oleh bahan asing, oleh itu bahan asing tersebut harus diambil. Jika
tidak disebabkan oleh bahan asing, biasanya cuma perlu dipotong dan diambil
absesnya, dan diberikan ubat analgesik dan mungkin juga antibiotik.
Drainase
abcess dengan menggunakan pembedahan biasanya diaplikasikan apabila abses telah
berkembang dari peradangan serosa yang keras menjadi tahap nanah yang lebih
teruk. Apabila timbulnya risiko tinggi, contohnya pada kawasan-kawasan yang
kritikal, tindakan pembedahan boleh ditangguh atau dilakukan sebagai tindakan
terakhir. Drainase abcess paru-paru dapat dilakukan dengan memposisikan
penderita sedemikian hingga menyebabkan kandungan abses keluar melalui saluran
pernafasan. Jika abses disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus,
antibiotik antistafilokokus seperti flucloxacillin atau dicloxacillin akan digunakan.
Apabila adanya Staphylococcus aureus resisten Methicillin (MRSA), antibiotik biasa tersebut menjadi
tidak berkesan. Untuk menangani MRSA, gunakan antibiotik lain: clindamycin,
trimethoprim-sulfamethoxazole, dan doxycycline.
RAWATAN ALTERNATIF
Dalam
beberapa kes, pembedahan kecil dilakukan di atas nanah untuk mengalirkan ia
keluar. Bagaimanapun, biasanya ia boleh dirawat dengan antibiotik semulajadi
seperti bee propolis dan bawang putih. Meletakkan ais pada kawasan yang
terjejas meredakan ketidakselesaan dan menurunkan keradangan. Kekuatan sistem
imunisasi sangat penting dalam kes ini. Oleh itu, digalakkan mengambil propolis
atau bawang putih.
Cadangan Vitamin dan Mineral
|
||||||
|
RAWATAN ALTERNATIF- HOMEOPATI
ACIDUM FLOUR
|
Untuk menjadikan kulit cantik selepas penggunaan
Silicea.
|
ANTHRACINUM 1M
|
Karbunkle dan bisul dengan sensasi membakar dan
demam suhu tinggi.
|
APIS MEL
|
Apabila berlaku bengkak dan kesakitan menyengat
serta terasa sensasi terbakar seperti yang dihasilkan oleh sengatan lebah
tetapi tiada nanah.
|
ARSENICUM ALBA
|
Bisul tidak sihat di mana keluar nanah berlebihan
dengan sensasi terbakar. Kurang rehat dan mungkin berlaku demam.
|
BELLADONNA
|
Gunakan ia pada awal kejadian bisul apabila tiada
bengkak tetapi kemerahan dan kesakitan berdenyut-denyut. Bisul dan radang
pada buah dada. Penggunaan Belladonna mampu menyembuhkan. Jika tidak
berkesan, gunakan Hepar Sulph.
|
CALCAREA CARB 200
|
Bisul pada pesakit tubercular diathesis.
|
CALCAREA SULPH
|
Khas untuk bisul pada tonsil. Ia mungkin dicuba
untuk kes lain apabila Silicea gagal.
|
CALENDULA OFF
|
Jika bisul adalah septik bersama nanah tebal
kekuningan, gunakan Calendula secara oral dan campurkan ia ke dalam air suam
untuk tujuan luaran.
|
HEPAR SULPH
|
Bisul dengan nanah tebal dan kesakitan berdenyut
yang teruk. Jika potensi tinggi (200) diberikan, nanah akan keluar dan jika
diberi potensi rendah (3X) akan membuka luka bisul. Berguna untuk bisul di
telinga dan bisul dalam peparu.
|
MERCURIUS SOL
|
Jika nanah telah terbentuk dan bisul dalam bentuk
septik. Kulit menjadi kebiruan.
|
MYRISTICA SEB
|
Bertindak dengan baik dalam merawat bisul. Dikenali
sebagai homeopathic knife. Berkesan pada bisul pada hujung jari dan
phalanges.
|
PYROGENIUM 1M
|
Bisul yang berulang, demam dan keadaan septik boleh
dirawat dengan penawar ini.
|
RHUS TOX
|
Bisul berdekatan dengan ketiak atau kelenjar
parotid. Nanah bercampur dengan darah. Berguna untuk kelenjar yang bernanah.
Nanah cair, berlebihan dan terasa menghakis.
|
SILICEA
|
Mempercepatkan pengeluaran bisul.
|
STAPHYSAGRIA
|
Gunakan ia dalam kes bisul pada bahagian belakang
pinggang.
|
SYMPHYTUM OFF
|
Jika berlaku bisul pada bahagian tertinggal selepas
mana-mana bahagian badan dikerat atau bahagian lengan.
|
TARENTULA CUB 200
|
Khas untuk bisul pada ketiak. 1 dos mengurangkan
kesakitan dan membuka bisul apabila bisul sudah matang atau mengeluarkan ia.
|
Sesuai
Untuk Membantu Masalah Kulit, Dalam
Memperbaiki & Mencegah Masalah Yang
Berkaitan Seperti:
KURAP, KAYAP,
PSORIASIS, JERAWAT, BISUL DAN LAIN-LAIN, SULPHUR JUGA MEMBANTU
MENDETOKSIFIKASI KERACUNAN BAHAN-BAHAN
LOGAM BERAT DAN KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN UBAT-UBATAN ALOPATI YANG MERBAHAYA
DAN LAIN-LAIN
HARGA: (SM) RM 60.00
/ (SS) RM 65.00
(Gambar
hiasan untuk contoh sahaja )
Setiap ubat dihasilkan adalah mengikut
tempahan individu
TITISAN AKAR WALI
Formulasi TINOSPORA CORDIFOLIA Untuk
Kegunaan Luaran Bagi Membantu Masalah Seperti Jangkitan & Kulat, Akibat
Melecur, Luka Ringan Dan Pelbagai Lagi Fungsi Yang Sangat Menakjubkan.
HANYA TITISKAN @ OLESKAN MENGGUNAKAN PUTIK KAPAS PADA PERMUKAAN
TEMPAT YANG BERMASALAH BEBERAPA KALI SEHARI
Harga: RM 15.00 (PROMOSI HARGA
PENGENALAN: RM 10.00 SHJ)
0135297053 / 0175298997
Kebaikan Estrak herba nusantara hanya dengan 10 titis didalam 250ml air sebagai minuman / jus harian. (Keberkesanan herba-herba nusantara dalam memperbaiki kualiti kecergasan tubuh badan sememangnya tidak dapat dinafikan. Pelbagai kajian moden telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membuktikan kesan-kesan tumbuhan / herba terhadap tubuh badan manusia supaya ianya dapat digunakan sebagai kaedah pemulihan secara semulajadi tanpa kesan sampingan)
Al-MannaPlus
Serat organic yang berfungsi sebagai makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan mikroorgaisme baik dalam sistem pencernaan. Sesetengah makanan seperti serat diet boleh berfungsi sebagai prebiotik dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik serta mengekalkan persekitaran usus yang baik. Prebiotik adalah makanan kepada Probiotik yang membantu meningkatkan sistem imunisasi, mengimbangi bakteria, menyingkirkan serat yang tidak hadam serta menyahtoksik usus besar
Serat organic yang berfungsi sebagai makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan mikroorgaisme baik dalam sistem pencernaan. Sesetengah makanan seperti serat diet boleh berfungsi sebagai prebiotik dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik serta mengekalkan persekitaran usus yang baik. Prebiotik adalah makanan kepada Probiotik yang membantu meningkatkan sistem imunisasi, mengimbangi bakteria, menyingkirkan serat yang tidak hadam serta menyahtoksik usus besar
http://azbhomeopati.blogspot.my/2017/10/al-manna-plus.html
Selain daripada rawatan Homeopati, rawatan Naturopati dan Tradisional juga terdapat di sini.Ianya dikendalikan oleh ahli-ahli terapi kami yang berpengalaman di AzBudi Damai Spa. 29, Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Ulu Kinta, Perak.
DISYORKAN UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI SEHARI ATAU BEBERAPA JAM SEBELUM INGIN MENDAPATKAN RAWATAN. CALL/SMS/WHATSAPP: 0135297053 / 017529887
Pusat Perubatan ini menawarkan perkhidmatan kesihatan berdasarkan konsep Naturopathy iaitu sistem perubatan yang menerapkan elemen-elemen semulajadi dalam rawatannya.