(Mengurangkan Keradangan Usus dan Memperkayakan Darah)
Nilai-nilai khasiat dan indikasi: Buah delima mengandungi jumlah karbohidrat yang
lebih tinggi daripada kebanyakan buah lain: 15.6% (pisang mencapai 21%).
Kandungan proteinnya adalah hampir 1%, di mana cukup banyak memandangkan ini
adalah buah segar. Lemak adalah kurang dari 0.3% daripada beratnya. Buah delima
agak kaya dalam vitamin C, E dan B6, dan juga mengandungi jumlah B1, B2 dan
niasin yang signifikan. Ia tidak mengandungi beta karotena (provitamin A).
Mineral yang paling banyak ialah kalium, kuprum dan zat besi.
Komposisi Delima per 100 g bahagian mentah yang
boleh dimakan
Tenaga:
|
68.0 kcal = 283 kj
|
Vitamin E:
|
0.550 mg α-TE
|
Protein:
|
0.950 g
|
Kalsium:
|
3.00 mg
|
Karbohidrat:
|
16.6 g
|
Fosforus:
|
8.00 mg
|
Serat:
|
0.600 g
|
Magnesium:
|
3.00 mg
|
Vitamin A:
|
- µg RE
|
Zat besi:
|
0.300 mg
|
Vitamin B1:
|
0.030 mg
|
Kalium:
|
259 mg
|
Vitamin B2:
|
0.030 mg
|
Zink:
|
0.120 mg
|
Niasin:
|
0.300 mg NE
|
Jumlah lemak:
|
0.300 g
|
Vitamin B6:
|
0.105 mg
|
Lemak tepu:
|
0.038 g
|
Folat:
|
6.00 µg
|
Kolesterol:
|
-
|
Vitamin B12:
|
-
|
Natrium:
|
3.00 mg
|
Vitamin C:
|
6.10 mg
|
Antara komponennya
yang tak berzat, berikut adalah yang patut diberi perhatian:
Tanin:
dalam jumlah yang kecil. Ini lebih ketara di dalam kulit buah itu atau di dalam
membran yang memisahkan kantung-kantung biji. Tanin ini mempunyai kesan
astringen dan anti radang ke atas mukosa saluran pencernaan.
Asid sitrik dan asid organik lain: di mana asid ini memberi buah delima rasa pahit
manis yang menyenangkan dan sebahagin daripada kesan bermanfaatnya kepada usus
(ia menyumbang kepada pemulihan flora bakteria usus).
Antosianin:
pigmen tumbuhan yang bewarna kemerah-merahan atau kebiru-biruan ini adalah
kepunyaan kumpulan flavonoid yang bertindak sebagai bahan-bahan antiseptik dan
anti radang di dalam saluran penghadaman dan sebagai antioksidan yang kuat di
dalam sel, menghentikan proses penuaan dan degenerasi kanser. Ia juga mempunyai
kesan diuretik.
Peletirin:
alkaloid ini adalah merupakan vermifuj yang efektif (membuang parasit usus)
yang kebanyakannya ditemui di dalam mulit akar pokok itu. Apabila digabungkan
bersama, komponen-komponen ini memberi buah delima khasiat-khasiat berikut:
astringen, anti radang, vermifuj (jika membran dalamannya dimakan),
memineralkan semula, mengalkalikan dan membersihkan.
Penggunaannya disarankan khususnya dalam kes-kes
berikut:
Gangguan usus: Buah
delima sesuai dalam kes cirit-birit berjangkit yang disebabkan oleh radang
perut dan usus atau kolitis kerana tindakan astringen dan anti radangnya ke
atas saluran penghadaman. Ia juga bermanfaat dalam kes-kes kembung (gas
berlebihan) atau kekejangan perut. Hasil yang mengejutkan telah di capai dalam
kes-kes kronik seperti kolitis berulser atau kolitis granulomatus (penyakit
Chron).
Asid perut yang berlebihan: Disebabkan tindakan astringen dari buah ini maka
ia mengurangkan penghasilan jus gaster dan mengurangkan keradangan dalam perut
yang terengsa.
Anemia akibat kekurangan zat besi: Buah delima mengandungi jumlah kuprum yang
signifikan (70 µg/100g), yang merupakan unsur surih yang memudahkan penyerapan
zat besi.
Arteriosklerosis:
Disebabkan kekayaan kandungan flavanoid dan vitamin antioksidan (C dan E) dalam
buah ini yang menghentikan proses penuaan arteri, maka buah delima disyorkan
dalam kes-kes kurang aliran darah arteri. Ia sangat bermanfaat dalam pencegahan
serangan jantung dan kesihatan kardium amnya.
Hipertensi: Oleh
kerana kekayaannya dalam kalium dan hampir tidak ada natrium, maka buah delima
adalah sesuai bagi mereka yang menghidap hipertensi. Buah ini membantu
menghindari kiraan tekanan sistolik dan diastolik yang tinggi.
Gangguan metabolisme: Buah delima adalah bernilai dalam kes-kes gout,
asid urik yang berlebihan dan obesiti kerana kesannya yang mengalkalikan dan
membersihkan.
HealsDrop. (LINK)
Kebaikan Estrak herba nusantara hanya dengan 10 titis didalam 250ml air sebagai minuman / jus harian. (Keberkesanan herba-herba nusantara dalam memperbaiki kualiti kecergasan tubuh badan sememangnya tidak dapat dinafikan. Pelbagai kajian moden telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membuktikan kesan-kesan tumbuhan / herba terhadap tubuh badan manusia supaya ianya dapat digunakan sebagai kaedah pemulihan secara semulajadi tanpa kesan sampingan)
Al-MannaPlus (link)
Serat organic yang berfungsi sebagai makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan mikroorgaisme baik dalam sistem pencernaan. Sesetengah makanan seperti serat diet boleh berfungsi sebagai prebiotik dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik serta mengekalkan persekitaran usus yang baik. Prebiotik adalah makanan kepada Probiotik yang membantu meningkatkan sistem imunisasi, mengimbangi bakteria, menyingkirkan serat yang tidak hadam serta menyahtoksik usus besar
http://azbhomeopati.blogspot.my/2017/10/al-manna-plus.html
TERAPIdi AzBudi Damai Spa (link)
Selain daripada rawatan Homeopati, rawatan Naturopati dan Tradisional juga terdapat di sini.Ianya dikendalikan oleh ahli-ahli terapi kami yang berpengalaman di AzBudi Damai Spa. 29, Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Ulu Kinta, Perak.
DISYORKAN UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI SEHARI ATAU BEBERAPA JAM SEBELUM INGIN MENDAPATKAN RAWATAN. CALL/SMS/WHATSAPP: 0135297053 / 017529887
Pusat Perubatan ini menawarkan perkhidmatan kesihatan berdasarkan konsep Naturopathy iaitu sistem perubatan yang menerapkan elemen-elemen semulajadi dalam rawatannya.