KEBAIKAN KUBIS BUNGA UNTUK MASALAH PENGHADAMAN
Nilai-nilai khasiat dan indikasi
Kubis bunga dianggap
sebagai jenis kubis yang paling lazat dan mudah dihadam daripada semua jenis
kubis lain walaupun ia menghasilkan kembung perut bagi sesetengah individu.
Rasanya boleh disesuaikan dengan baik kepada mana-mana jenis masakan.
Komposisi kubis bunga (per100g bahagian mentah
yang boleh dimakan)
Tenaga:
|
25.0 kcal = 105 kj
|
Vitamin E:
|
0.040 mg α-TE
|
Protein:
|
1.98 g
|
Kalsium:
|
22.0 mg
|
Karbohidrat:
|
2.70 g
|
Fosforus:
|
44.0 mg
|
Serat:
|
2.50 g
|
Magnesium:
|
15.0 mg
|
Vitamin A:
|
2.00 µg RE
|
Zat besi:
|
0.440 mg
|
Vitamin
B1:
|
0.057 mg
|
Kalium:
|
303 mg
|
Vitamin
B2:
|
0.063 mg
|
Zink:
|
0.280 mg
|
Niasin:
|
0.959 mg NE
|
Jumlah
lemak:
|
0.210 g
|
Vitamin
B6:
|
0.222 mg
|
Lemak
tepu:
|
0.032 g
|
Folat:
|
57.0 µg
|
Kolesterol:
|
-
|
Vitamin
B12:
|
-
|
Natrium:
|
30.0 mg
|
Vitamin C:
|
46.4 mg
|
Nilai-nilai khasiat dan indikasi:
Kubis bunga
mengandungi jumlah karbohidrat dan protein kecil dan ia tidak mempunyai lemak.
Ia mengandungi provitamin A (beta karotena), vitamin B, C, dan E di mana
vitamin C adalah yang paling banyak dengan 46.4 mg/100 g. Dari segi mineral, ia
sangat kaya dengan kalium dan rendah dalam natrium. Ia juga mengandungi jumlah
kalsium, magnesium, fosforus dan zat besi yang signifikan.
Kubis bunga adalah
kaya dalam unsur surih seperti kromium, zink, kuprum dan selenium. Seperti
Crucifer lain, kubis bunga adalah sangat kaya dalam fitokimia antikarsinogen
yang memberikan ia sifat mencegah kanser.
Aplikasi perubatan kubis bunga adalah seperti
berikut:
Gangguan penghadaman:
kubis bunga adalah
pembekal yang sangat baik dalam vitamin, mineral, dan unsur surih yang
menggerakkan proses penghadaman. Ia bertindak ke atas saluran pencernaan, dari
perut ke kolon. Oleh kerana ia sangat mudah dihadam berbanding crucifer lain,
maka ia lebih diutamakan untuk mereka yang mengalami penyakit perut (radang
perut, ulser, dispepsia). Ia megatur pengangkutan melalui usus dalam kes-kes
sembelit dan juga cirit-birit. Oleh sebab ini, ia disarakan untuk kes sembelit,
kolitis dan divertikulosis. Kubis bunga bersama dengan lobak merah dan
asparagus adalah merupakan salah satu tumbuhan yang terbaik untuk pesakit
selepas serangan radang perut atau gastroenteritis (radang perut dan usus) yang
akut.
Gangguan kardiovascular:
Kandungan natriumnya
yang rendah, kandungan kalium yag banyak dan hampir tidak mengandugi lemak
menjadikan kubis bunga sebagai salah satu makanan yang paling berkesan bagi
mereka yang mengalami masalah jantung atau gangguan sistem pernafasan. Ia harus
dimasukkan dalam diet mereka yang mempunyai sebarang bentuk penyakit jantung,
hipertensi atau arterioskelerosis dalam apapun manifestasinya.
Obesiti dan diabetes:
Kubis bunga
mengandungi kalori yang minimum, hanya 20 kcal/100 g. Namun ia menghasilkan
rasa kenyang. Sama ada direbus atau dikukus, kubis bunga merupakan hidangan
makan malam yang terbaik bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan
juga pesakit diabetes kerana kandungan karbohidratnya yang rendah.
Gangguan buah pinggang:
Kubis bunga adalah
diuretik dan membersihkan, memudahkan pembuangan air yang berlebihan di dalam
tisu (edema) dan bahan buangan seperti urea. Pengunaannya disarankan dalam
kes-kes kegagalan ginjal, artritis, gout, edema yang berhubungkait denga masalah
ginjal, dan batu karang.
Kanser:
Bermula pada
tahun-tahun kebelakangan ini, pelbagai kajian eksperimen dan statistik telah
dijalankan yang menunjukkan kesan antikarsiogen oleh kubis bunga, brokoli,
kubis dan tumbuhan crucifer yang lain. kesan ini disebabkan oleh dua jenis
fitokimia: glikosida bersulfur dan sebatian indola. Jika diberikan melalui mulut, kedua-dua bahan berupaya menghalang
pembentukan tumor malignan dalam makmal haiwan yang sebelumnya dirawat dengan karsinogen
seperti benzopirena.
Oleh itu penggunaan
kubis bunga yang banyak dan juga cucifer lain disarakan bagi orang yang
berisiko tinggi terhadap kanser disebabkan oleh kecenderungan genetik,
pengambilan bahan-bahan toksik seperti rokok dan sebab-sebab lain. mereka yang
telah disahkan menghidap sebarang jenis kanser dan berada dalam rawatan harus
memasukkan beberapa sayur-sayuran dari famili cricifer seperti kubis bunga,
brokoli, kubis atau lobak putih dalam diet harian mereka.
Sesuai Untuk Membantu Sistem Penghadaman, Dalam Memperbaiki & Mencegah Masalah Yang Berkaitan Seperti:
GASTRITIS, GERD, IBS, ULCER PEPTIC, KEMBUNG PERUT, ANGIN SELURUH BADAN, ASID BERLEBIHAN, SEMBELIT, DAN LAIN-LAIN
GASTRITIS, GERD, IBS, ULCER PEPTIC, KEMBUNG PERUT, ANGIN SELURUH BADAN, ASID BERLEBIHAN, SEMBELIT, DAN LAIN-LAIN
HARGA: (SM) RM 60.00 / (SS) RM 65.00
(Gambar hiasan untuk contoh sahaja )
Setiap ubat dihasilkan adalah mengikut tempahan individu
Kebaikan Estrak herba nusantara hanya dengan 10 titis didalam 250ml air sebagai minuman / jus harian. (Keberkesanan herba-herba nusantara dalam memperbaiki kualiti kecergasan tubuh badan sememangnya tidak dapat dinafikan. Pelbagai kajian moden telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membuktikan kesan-kesan tumbuhan / herba terhadap tubuh badan manusia supaya ianya dapat digunakan sebagai kaedah pemulihan secara semulajadi tanpa kesan sampingan)
Al-MannaPlus (link)
Serat organic yang berfungsi sebagai makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan mikroorgaisme baik dalam sistem pencernaan. Sesetengah makanan seperti serat diet boleh berfungsi sebagai prebiotik dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik serta mengekalkan persekitaran usus yang baik. Prebiotik adalah makanan kepada Probiotik yang membantu meningkatkan sistem imunisasi, mengimbangi bakteria, menyingkirkan serat yang tidak hadam serta menyahtoksik usus besar
http://azbhomeopati.blogspot.my/2017/10/al-manna-plus.html
TERAPIdi AzBudi Damai Spa (link)
Selain daripada rawatan Homeopati, rawatan Naturopati dan Tradisional juga terdapat di sini.Ianya dikendalikan oleh ahli-ahli terapi kami yang berpengalaman di AzBudi Damai Spa. 29, Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Ulu Kinta, Perak.
DISYORKAN UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI SEHARI ATAU BEBERAPA JAM SEBELUM INGIN MENDAPATKAN RAWATAN. CALL/SMS/WHATSAPP: 0135297053 / 017529887
Pusat Perubatan ini menawarkan perkhidmatan kesihatan berdasarkan konsep Naturopathy iaitu sistem perubatan yang menerapkan elemen-elemen semulajadi dalam rawatannya.