carian..

Sistem Pencernaan / Penghadaman

SISTEM DIGESTIVE/PENCERNAAN
Menghuraikan makanan kepada bentuk yang ringkas , larut dan boleh diserap.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem Pencernaan
- Gingivitis (Radang Gusi)
- Disfagia (Kesukaran Menelan)
- Kanser Perut, Batu Hempedu
- Sembelit,Diabetis
- Cirit-birit
- Hepatitis
- Gastrik, Ulser
- Muntah Darah
Penyakit Sistem Pencernaan
cth: Buasir, kanser usus
.


Sistem Pencernaan/Penghadaman

Sistem pencernaan atau sistem gastroinstestin, adalah satu sistem organ dalam haiwan multisel yang menerima makanan, mencernanya sebagai pati nutrien bagi memudahkan proses penyerapannya untuk ditukarkan menjadi tenaga , serta mengeluarkan sisa proses tersebut. Sistem pencernaan antara satu jenis haiwan dengan yang lainnya boleh jadi sangat berbeza. Pada asasnya sistem pencernaan makanan dalam tubuh manusia dibahagikan menjadi 3 bahagian, iaitu proses penghancuran makanan yang terjadi dalam mulut hingga ke lambung/ perut. Selanjutnya adalah proses penyerapan nutrien makanan yang terjadi di dalam usus. Kemudian proses pengeluaran sisa - sisa makanan melalui dubur /anus.

Diagram sitem pencernaan

  1. Kelenjar ludah
  2. Parotis
  3. Submandibularis (bawah rahang)
  4. Sublingualis (bawah lidah)
  5. Rongga mulut
  6. Tekak / Farink
  7. Lidah
  8. Kerongkong / Esofagus
  9. Pankreas
  10. Lambung/perut
  11. Saluran pankreas
  12. Hati/ liver
  13. Pundi hempedu
  14. Usus dua belas jari (duodenum)
  15. Saluran hempedu
  16. Usus tebal / Kolon
  17. Kolon datar (tranverse)
  18. Kolon naik (ascending)
  19. Kolon turun (descending)
  20. Usus penyerapan (ileum)
  21. Sekum
  22. Umbai apendik/buntu
  23. Poros usus / Rektum
  24. Anus/dubur
Berkas:Digestive system diagram numbered.svg