SEJARAH RINGKAS BIOCHEMIC
PENGENALAN
Salah
satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan insan ialah pemakanan yang
bukan saja mesti mencukupi tetapi juga seimbang. Kesihatan seseorang itu boleh
terganggu apabila saja berlaku malnutrisi, kekurangan atau berlebihan makanan.
Demikian juga dalam amalan perubatan biokimia, di mana mereka menganggap bahawa
keseimbangan garam galian asli yang
terdapat di dalam tubuh badan manusia amat penting bagi kesihatan. Lantas, ahli biokimia percaya sekiranya kesihatan seseorang itu
terganggu maka garam tisu biokimia boleh membantu mengimbang dan mengembalikan
keseimbangan.
Justeru
itu, benar juga apabila ada pandangan merumuskan bahawa perhatian yang
sewajarnya harus diberikan kepada
komponen-komponen penting
pelbagai tisu dan kepada keperluan nutrisi sistem, terutamanya apabila
pemakanan moden kerap mengalami kekurangan dalam elemen-elemen galian tertentu
seperti vitamin, mineral dan
seumpamanya.
Di
dalam bab ini, kita berikan tumpuan khusus kepada pembicaraan yang berkaitan
dengan garam tisu dan homoeopati.
SEJARAH
PENEMUAN
Pentingnya
garam tisu telah dikenal-pasti seawal tahun 1832, tetapi hanya pada tahun 1873 terapi garam tisu (tissue salts therapy) diperkenal dan
digunakan. Orang yang bertanggung
jawab membangun dan memberi
istilah “biochemics” dan “tissue
salts” ialah Dr. Wilhelm H. Schuessler (1821-1898), iaitu
seorang doktor homoeopati di Oldenburg, German. Beliau
menyatakan kedua belas garam tisu sangat penting kepada kesihatan
dan lantas menerangkan peranan-peranan
yang dimainkan oleh setiap garam tisu
itu di dalam tubuh. Beliau juga
menyenaraikan penyakit-penyakit yang menurutnya boleh disembuhkan dengan cara menggunakan garam tisu sebagai ubat dalam
bentuk tablet.
Schuessler
menyimpulkan bahawa sekiranya satu-satu organisme menerima bekalan garam tisu asas (the
body builders) secukupnya, maka sukarlah atau tidak mungkin
penyakit menghidapi individu itu. Beliau beranggapan bahawa penawar-penawar
homoeopati yang begitu banyak sebenarnya tidak perlu. Lantas beliau meletakkan dasar teorinya berlandaskan ide bahawa kesemua bahan-bahan
yang perlu untuk mengembalikan organisme
yang sakit kepada sihat biasanya boleh didapati
di dalam sistem itu sendiri.
Sebagai seorang
homoeopath, beliau menganggap
tubuh sebagai mekanisme yang mempunyai daya kesembuhan kendiri yang
mampu mempertahankan kecekapannya
seandainya ia disuburi dengan sebaiknya
menerusi pemakanan. Beliau mempercayai bahawa semua penyakit timbul
disebabkan oleh kekurangan salah satu
atau beberapa garam tisu
ataupun disebabkan gangguan keseimbangan molekular garam-garam tisu ini di dalam
mana-mana bahagian organisme tersebut.
Justeru itu, kesembuhan bagi penyakit-penyakit itu boleh
dilakukan dengan cara menambah garam-garam sel atau tisu yang dimaksudkan.
Sebagai
contohnya, semboyan-semboyan yang dikenal
iaitu cepatnya denyutan nadi, muka merah, disertai dengan kesejukan dan
muntah-muntah bahan makanan yang tidak hadam seperti yang terdapat dalam
sakit demam tentunyanya
kerana kurangnya mineral “Ferrum phos.” Oleh itu, Ferrum phos ini
wajarlah diberikan sebagai penawar.
Sementara demam yang berkait dengan keadaan
saraf dan keadaan lemah
secara keseluruhan memerlukan
kepada garam tisu yang lain iaitu “Kali Phos.”
BIOCHEMISTRY
Biochemistry
ialah nama yang diberi kepada satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr.
Wilhelm Heinrich Schuessler (1821-1898 Oldenburg, Germany) dalam tahun 1873.
Beliau yang juga merupakan seorang pengamal homeopati mendasarkan kaedah
perubatan ini kepada pengubatan sel-sel, dan dengan itu popular dengan nama
“Cellular Therapy”. Dr. Schuessler bukan sahaja seorang doktor perubatan tetapi
juga seorang ahli kimia (physiological Chemist) dan seorang ahli fizik
(physicist). Dengan kepintarannya bukan sahaja beliau dapat memahami dengan
mendalam penemuan-penemuan di dalam bidang kerja tubuh badan oleh ahli sains
sezamannya tetapi beliau juga telah berjaya menggabungkan penemuan-penemuan itu
hingga menjadi satu sistem perubatan yang selari dengan tabii, bersifat makul
dan mudah. Biochemistry atau sistem perubatan biokimia tidak jauh bezanya dari
perubatan homeopati,malahan ianya dianggap sebagai satu cabang dari homeopati
yang mengecilkan skop dan memudahkan pemilihan remedi dari lebih 5000 jenis
remedi kepada hanya 12 jenis sahaja. Biochemic sangat jauh berbeza dari kaedah
perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat mentah ( crude drug)
ataupun ubat-ubat penekan (suppressant).. Sebaliknya ia menggunakan dua belas
unsur galian yang seni (inorganik mineral substance) sebagai agen
penyembuhanya. Garam galian ini dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts)
ataupun garam-hidup yang mana penemuan semasa (current finding) mendapati ianya
amat penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia.
Mengikut
kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur yang
pokok. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa simptom
penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam
badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh
diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan
keharmonian akan kembali semula dan semboyan-semboyan penyakit akan hilang.
Dengan itu barulah wujud semula kesihatan. Dua belas penawar yang ditemui oleh
Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’ atau 'garam-tisu' (tissue-salts)
atau 'garam-sel' (cell-salts). Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah
drug. Penawar-penawar itu merupakan sebahagian daripada tubuh badan yang
diperlukan dan tujuan ahli biokimia memberinya adalah semata-mata bagi mengisi kekurangan
yang sedang berlaku.
12
Penawar Biokimia:
(Klik pada nama elemen untuk info lanjut)
1.
Calcarea Flourica (Calc.flour)
2.
Calcarea Phosphorica (Calc.phos)
3.
Calcarea Sulpurica (Calc.sulph)
4.
Ferrum Phosphoricum (Ferr.phos)
5.
Kali Muriaticum (Kali.Mur)
6.
Kali Phosphoricum (Kali.phos)
|
7.
Kali Sulphuricum (Kali.Sulph)
8.
Magnesia Phosphorica (Mag.Phos)
9.
Natrum Muriaticum (Nat.mur)
10. Natrum Phosphoricum
(Nat.phos)
11. Natrum Sulphuricum
(Nat.sulph)
12. Silica.
|
SEL-SEL
TISU DAN PENAWAR
Melalui
proses pemecahan atau mempertajam kuasa penawar ini, yang disebut sebagai
‘trituration', maka garam mineral ini amat mudah dan dengan segera boleh masuk
ke dalam aliran darah melalui kapilari lidah dan ditarik atau diserap oleh
sel-sel tisu yang memerlukannya. Dari penyelidikan telah didapati bahawa
sel-sel tisu tertentu akan menarik atau memerlukan garam mineral
yang tertentu pula seperti:
No.
|
Bahagian sel
|
Elemen
|
1
|
Sel-sel otak
dan saraf menarik:
|
Ferr.
Phos, Kali Phos., Mag. Phos,
Nat.
Phos dan Calc phos.
|
2
|
Sel-sel otot
atau urat pejal (muscle) menarik:
|
Ferr.
Phos, Kali Phos., Mag. Phos,
Nat.
Phos dan Calc phos. & Kali Mur
|
3
|
Sel-sel tisu
menganjal (elastic tissue) menarik:
|
Calc.
Fluor.
|
4
|
Sel-sel tisu
penyambung (connective tissue) menarik
|
Silica
|
5
|
Sel-sel
tulang rawan (cartilage) dan lendir (mucous) menarik:
|
Nat.
Mur.
|
6
|
Sel-sel
tulang menarik:
|
Calc.
Flour., Mag. Phos., Calc. phos., dan Silica.
|
7
|
Sel-sel
kulit, kuku, rambut menarik:
|
Ferr,
Fhos., Kali Sulph., Silica.
|
8
|
Sel-sel kanta
mata (crystaline lens) menarik:
|
Ferr.
Phos.
|
Atau
garam hidup yang tertentu akan tertarik kepada (affinity) sel-sel tisu yang
tertentu seperti:
Calc. Flour. didapati dalam tulang dan
gigi.
Calc. Phos. didapati dalam tulang, rawan
dan gigi.
Calc. Sulp. didapati dalam kulit,
hempedu (bile) dan rambut.
Ferr. Phos. didapati dalam darah, air
gastrik dan kencing.
Kali Mur. didapati dalam darah, otak,
otot, air gastrik dan ludah.
Kali phos. didapati dalam darah, otak,
saraf dan otot.
Kali sulp. didapati dalam air gastric,
rawan dan kencing,
Mag. Phos. didapati dalam otak, saraf,
otot, tulang dan gigi.
Nat. Mur (garam) didapati dalam
tulang, rawan, darah, otot, otak, saraf dan dalam setiap cecair & bukan cecair
di dalam badan.
Nat. Phos. didapati dalam otak, darah,
otot dan saraf.
Nat Sulp. didapati dalam hempedu,
rawan dan peluh.
Silica didapati dalam kulit, kuku,
rambut dan tisu penyambung.
Kesimpulan
Kepentingan
garam tisu kepada manusia boleh diibaratkan seperti pentingnya tanah bagi
sepohon pokok. Sebagaimana kita ketahui bahawa tanah yang tidak subur
menghasilkan sepohon pokok yang kering dan tidak segar, demikian jugalah darah
yang kekurangan bahan mineral akan menghasilkan tubuh yang lemah dan cenderung
berpenyakit. Dengan itu, keperluan tubuh juga bergantung kepada bahan-bahan
seumpama pokok. Untuk menjadikan pokok itu segar dan berbuah, ia memerlukan air
dan baja yang mencukupi. Maka, cara terbaik untuk memulihkan seorang manusia
tentulah dengan mengembalikan semula semua garam mineral yang diperlukan oleh
darah dan tubuh.
DUA
BELAS GARAM TISU
Kesemua dua belas
garam tisu yang menjadi asas
sistem perubatan biokimia dan
yang digunakan oleh Schuessler dalam
terapinya (disebut sebagai
Cellular therapy) merangkumi senarai berikut:
No
|
Garam
Tisu
|
Fungsi
|
1
|
Calc. Fluor (Calcium Fluoride):
|
Iaitu penawar
yang membantu menguatkan
kekenyalan tisu-tisu, lantas berguna dalam ketumbuhan
yang keras, pecah-pecah, dan
tegang tendon. Kekurangan Cal. Fluor dapat dikesan
apabila urat-urat menjadi
kendur dan tiada tenaga tegang-kendurnya.
|
2
|
Calc. Phos.
(Calcium Phosphate):
|
Cal.
phos membantu menambahkan sel
darah baru, menguatkan tulang dan
gigi di samping menolong
penghadaman. Kurangnya bahan
ini boleh menyebabkan
pertumbuhan tulang yang lemah.
|
3
|
Calc. Sulph.
(Calcium Sulphate):
|
Cal. sulph
ialah penawar yang bertindak sebagai
pencuci darah, dengan tujuan untuk
menyihatkan kulit. Berguna untuk sakit pecah bibir dan sakit
kulit yang lambat sembuh.
|
4
|
Ferr. Phos.
(Iron Phosphate):
|
Iaitu
sebahagian daripada sel darah merah yang membantu mengagihkan oksigen ke seluruh tubuh. Ia
didapati sangat berguna untuk
radang bahagian kulit dan
demam.
|
5
|
Kali Mur.
(Potassium Chloride):
|
Iaitu penawar
yang sangat berguna bagi gangguan respirasi seperti lelah (asthma),
bronkitis,, selsema, demam selsema, nafas termengah-mengah, sakit tekak,
radang tonsil dan lembab penghadaman.
|
6
|
Kali Phos
(Potassium Phosphate):
|
Penawar ini
merupakan (serta bertindak sebagai) penenang
dan zat makanan bagi
saraf, yang mana berguna apabila
dalam keadaan tegang, sakit
kepala, gundah, tidak tidur dan mudah
marah apabila runsing atau terlalu seronok.
Ia biasa dikenali sebagai “brain tonic” atau baja untuk tisu dan otak.
|
7
|
Kali Sulph.
(Potassium Sulphate):
|
Iaitu penawar
yang berperanan dalam mengekal dan
memelihara kulit yang sihat.
Selain itu, ia berguna bagi
membantu Ferrum Phos.
mengangkut oksigen ke seluruh
tubuh dan dalam kes letusan kulit yang kecil
dan berair hidung.
|
8
|
Mag. Phos.
(Magnesium phosphate):
|
ialah nutrien
serat saraf dan otot yang boleh digunakan
dalam menghilangkan sakit dan
ketegangan seperti untuk, kejang, sakit perut dan sakit haid.
|
9
|
Nat. Mur. (Sodium chloride):
|
Nat. Mur
disebut sebagai penawar yang menguasai
keseimbangan air di dalam tubuh. Ia dipreskripsi untuk demam
selsema, hidung berair jernih dan kadang-kadang dalam kes kulit kurang
sihat dan sembelit.
|
10
|
Nat. Phos. (Sodium Phosphate):
|
Iaitu pengatur
acid-alkaline bagi sel-sel,
yang biasa digunakan apabila terlalu
banyak kandungan asid, ketidak-hadaman berkait dengan gastrik dan sakit
rheumatik.
|
11
|
Nat. Sulph (Sodium Sulphate):
|
Iaitu penawar
yang mengimbang kandungan air dengan
membuang air yang berlebihan dalam tubuh.
Biasanya Nat. Sulph berguna untuk rasa loya, serangan sakit berkait
dengan limpa, jaundice dan semboyan-semboyan influenza serta sakit kepala.
|
12
|
Silica (Silicon dioxide):
|
Penyuci
dan keperluan asas yang
digunakan apabila berlakunya pengumpulan bahan toksik, jerawat dan bintik-bintik,
bernanah, bisul dan bengkak-bengkak
pada tepi kelopak mata. Kadang-kadang
ia digunakan juga dalam kes sembelit.
|
Pada zaman beliau, kewujudan beberapa mineral lain
di dalam tubuh belum diketahui, lantas sistem yang dibangunkannya dianggap belum lengkap. Ahli
biokimia cara-Schuessler
modern telah menambah pelbagai mineral lagi yang
dijumpai terdapat di dalam
organisme. Ini termasuklah
Argentum, Cuprum, Mercurius, Platina, Plumbum, Selenium dan Zincum.
Kajian
saintifik oleh para doktor ortodoks juga
membuktikan memang terdapat tidak kurang daripada 12 garam tisu di dalam
tubuh manusia. Namun mereka juga berpendapat
tiada bukti yang menunjukkan
remedi-remedi biokimia mempunyai kesan terapeutik, di samping
menolak kemungkinan semua penyakit yang
dirawat secara biokimia adalah disebabkan
ketidak-seimbangan garam tisu. Pandangan ini masih berterusan dipolemikkan
sehingga ke hari ini oleh pihak yang berlainan kepakaran dan kefahaman.
Dari
aspek farmasinya, kebanyakan remedi-remedi yang
disebutkan di atas kebanyakannya dibuat
menerusi gesekan (trituration)
mengikut kaedah yang diasaskan oleh Dr.
Samuel Hahnemann. Dalam rawatan, ia
biasanya diberikan dalam potensi
3x dan 6x. Bagaimanapun, bagi keadaan sakit
yang tenat atau telah lama, potensi 12x, 30c, malah yang
lebih tinggi dari itu digunakan dengan kesan yang sangat baik.
BIOKIMIA
DAN HOMOEOPATI
Walaupun
homoeopati juga menggunakan garam mineral
yang sama dalam amalan perubatannya sebagaimana yang disenaraikan dalam senarai pilihan penawar
homoeopati, pengamal homoeopati dan pengamal biokimia mungkin berbeza dalam
pemilihan penawar bagi mengubati
satu-satu kes. Sebagai contohnya, Dr.
Med. Eric Graf Von Der Goltz menyebutkan bahawa
dalam merawat penyakit diserang
cacing, pengamal homoeopati akan
menggunakan Calc. fluor, Ferrum
phos, Kali mur dan pelbagai remedi lagi.
Tetapi mengikut amalan biokimia, penawar yang sesuai dipakai ialah Natrum phos. dan Natrum
mur.
Perbezaan
dalam pemilihan penawar ini mungkin disebabkan oleh perbezaan
asas dalam amalan kedua
terapi tersebut. Kalau
perubatan biokimia memandang kekurangan garam mineral yang
menyebabkan timbulnya satu-satu penyakit
dan lantas memberikan penawar tersebut dalam rawatannya, maka falsafah homoeopati iaitu “sama dengan yang
sama menyembuhkan” akan menyarankan remedi-remedi yang berupaya melahirkan semboyan-semboyan yang serupa dengan semboyan
penyakit apabila remedi berkenaan
diberikan kepada orang yang sihat.
Sungguhpun
begitu, kedua-dua sistem perubatan ini
tidak mempunyai titik
percanggahan yang jauh kerana kedua-duanya berlandaskan undang-undang
tabie. Malah kedua sistem tersebut
memilih penawar bukan atas nama penyakit dan sama-sama menggunakan penawar
yang telah dipotentaiskan. Demikian pendapat Dr. Burhanuddin al-Helmy yang menyebutkan
bahawa penawar biokimia yang dua belas itu diterima sebagai penawar homoeopati kerana dasar “kekurangan” di dalam biokimia itu adalah sebenarnya boleh diterima
sebagai undang-undang seraksi juga.
Dipetik daripada Daftri, “Biokimia itu tidak lain
melainkan homoeopati yang
memiliki penawar yang terhad dan memudahkan pemilihan dalam
homoeopati.”
PRINSIP
ASAS BIOCHEMIC
Kajian
Biochemic telah dilakukan 100 tahun yang lalu apabila Randolph Virhow seorang
pakar sains yang terulung mendapati bahawa tubuh manusia terbina dari sel -sel
hidupan yang halus. Tiap satu sel pula terdiri daripada bahan yang teramat
halus tetapi di dalam imbangan kuantiti yang tepat dari 3 bahan ;
a)
air
b)
bahan organic
c)
bahan bukan organic
Air
dan bahan organic seperti gula, albumin dan bahan lemak membentuk sebahagian
besar dari tubuh. Unsur –unsur bukan organic galian, sekalipun terdapat didalam
kuantiti yang kecil adalah benar –benar unsur yang amat penting sebagai pekerja
aktif yang menggunakan bahan –bahan organic membina berjuta –juta yang
membentuk bina tubuh manusia.
Umur
bagi sel ini adalah didalam jangka masa yang pendek, berjuta – juta dari sel
tersebut akan hancur dan sel-sel baru akan terbentuk, manakala bahan-bahan yang
penting bagi binaan sel-sel tersebut sentiasa dihantar oleh darah keseluruh
badan. Jika darah kurang membawa bahan –bahan yang penting ini, iaitu bahan
aktif, unsur-unsur bukan organic pemberi hidupan, proses binaan tidak boleh
diteruskan sebagaimana biasa. Oleh itu ini akan menyebabkan gangguan didalam
harmoni tubuh. Gangguan ini dipanggil “PENYAKIT” yang dapat ditunjukkan di
dalam berbagai-bagai keluhan.
Kekurangan
dari satu atau beberapa bahan galian penting akan menimbulkan berbagai gangguan
kesihatan, yang menyebabkan kecederaan, keracunan dan pengaruh –pengaruh yang
toksid dimana didalam banyak sebab sains belum lagi dapat menerangkan. Factor
yang dapat kita kenali adalah “penyakit” dimana perkataan ini dapat diertikan
sebagai kekurangan rasa kelegaan pada diri – ini menunjukkan ada gangguan
didalam tubuh, iaitu gangguan yang menggangu penyerapan dan pengaliran bahan
–bahan penting untuk memperbaiki dan mengawal sel –sel tisu. Maka dengan itu,
jika sel-sel tidak dapat makanan yang sempurna dan tidak dapat menyingkirkan
bahan perkumuhan toksid hasil dari aktiviti tubuh sel, gangguan kesihatan tidak
dapat dielakkan. 15
Sebagai
kesimpulan, dapatlah dikatakan garam-garam tisu 12 itu, ada dimerata-rata
diseluruh anggota manusia. Ia digunakan dalam proses penggantian sel-sel yang
berlaku setiap masa. Ia bolehlah diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi
kenderaan yang sedang bergerak laju dan tanpa henti. Jika kita kekurangan garam
tisu, maka berlakulah ketidaklancaran pada enjin yang sedang bergerak laju.
Semakin kurang garam tisu dalam tubuh kita, semakin kita memerlukannya dengan
lebih banyak kerana sunnah penuaan menyebabkan kita terus menerus perlukan
garam tisu sehinggalah ke akhir hayat.
GARAM
MINERAL BIOKIMIA
Garam
biokimia adalah disediakan mengikut kaedah homeopathy, dengan cara yang halus,
dimana kaedah ini dapat menentukan penyerapan yang seimbang dan tepat, serta
pemulihan yang cepat. Garam biokimia tidak merbahaya.
Tindakan
penawar biokemik datang dari sifat-sifat kelebihannya yang berdasarkan hukum
sunnah atau ”Law of Nature”. Apabila gangguan kesihatan disingkirkan yang
tinggal ialah keselesaan atau kesihatan. Sistem biokimia adalah berdiri diatas
asas yang kukuh kerana telah melakukan penyelidikan yang matang oleh ahli-ahli
biokima dan kajian hayat.
Untuk
mendapatkan hasil yang memuaskan dari sistem biokimia ini kita kena mengenali
garam tisu mineral ini satu persatu, dari makmal ke lapangan pesakit dan dari
satu kes ke satu kes. Bab seterusnya akan diterangkan satu persatu hal penawar
biokimia, cara-cara penawar dibuat dan kaedah penemuannya.
DOS
ATAU KUANTITI GARAM TISU YANG DIPERLUKAN UNTUK SEL YANG SIHAT.
Remedi
Biokimia adalah dalam bentuk dos yang paling kecil ke tahap tisu sellular.
Keberkesanan adalah sifatnya sebagai atom yang kecil sebagai asas operasinya.
Sebagaimana tumbuhnya haiwan dan tumbuhan dari peleraian atom atau sekumpulan
atom-atom yang hadir di dalam molekul yang banyak.
Di
dalam fakta tindakan cahaya yang menyebabkan pergerakan molekul dalam tumbuhan
yang hidup yang mana asid karbonik adalah dari pecahan karbon dan oksigen, atau
aksi cahaya pada retina mata seperti ajaib bahawa benda yang sangat kecil boleh
bertindak menghidupkan sesuatu. Penggunaan dos yang kecil dalam perubatan
biokemik adalah satu rawtan gabungan keperluan kimia fisiologi. Sebagai contoh
ianya seperti satu fitrah darah memang memerlukan garam tisu
Setiap
penawar biokemik mesti dicairkan atau dihaluskan untuk mengelakkan kerosakan
fungsi sel yang sihat, sambil menrawat mana-mana sel yang bermasalah.
Di
dalam organ-organ yang sihat dari haiwan dan tumbuhan garam tisu ini diperolehi
dalam kiraan tiga, empat dan lima decimel cairan kiraan ubat.Rajah di bawah
adalah analisa sel-sel darah dan hubungannya kepada organ-organ manusia. Dalam
setiap 1000 gram sel darah kiraan kandungan bukan organik menurut buku tulisan
Bunge ”Text-book
of Physiological and Pathological chemistry adalah seperti berikut:-
No.
|
Elemen
|
Per
1000g
|
No.
|
Elemen
|
Per
1000g
|
1
|
Iron ( Ferrum
)
|
0.998
|
5
|
Natrum phos
|
0.633
|
2
|
Kali sulph
|
0.132
|
6
|
Natrum
|
0.344
|
3
|
Kali mur
|
3.039
|
7
|
Calc.phos
|
0.094
|
4
|
Kali phos
|
3.342
|
8
|
Magnes.phos
|
0.060
|
Jadual 1- Kiraan kandungan bukan organik setiap 1000 gram sel darah.
Dalam
setiap 1000 gram cairan intersellular (plasma) nisbah kehadiran bahan bukan
organik adalah seperti berikut:-
No.
|
Elemen
|
Per
1000g
|
No.
|
Elemen
|
Per
1000g
|
1
|
Kali sulph
|
0.281
|
5
|
Natrum
|
1.532
|
2
|
Kali mur
|
0.359
|
6
|
Calc.phos
|
0.298
|
3
|
Natrum phos
|
0.271
|
7
|
Magnes.phos
|
0.298
|
4
|
Natrum mur
|
5.545
|
8
|
Natrium
sulph, cal, flour, silika
|
Wujud.
|
Jadual 2 - Kandungan bahan bukan organik dalam setiap 1000 gram cairan plasma. 19
Ia
dibandingkan dengan analisa kandungan susu dalam satu liter atau 1000 gram
adalah mengandungi;-
No.
|
Elemen
|
Per
1000g
|
No.
|
Elemen
|
Per
1000g
|
1
|
Kali
|
0.780
|
5
|
Iron (ferrum)
|
0.004
|
2
|
Natrum
|
0.230
|
6
|
Phosphoric
acid
|
0.470
|
3
|
Calcarea
|
0.330
|
7
|
Chlor
|
0.470
|
4
|
Magnesia
|
0.060
|
8
|
Fluor dan
silicia
|
Wujud.
|
Abses (bisul
atau bengkak bernanah)
Penawar
awal: Ferrum
Phos
Bengkak tak bernanah: Kali Mur
Darah kotor atau jangkitan : Kali Sulph
Sudah pecah: Calc Sulph
Bengkak tak bernanah: Kali Mur
Darah kotor atau jangkitan : Kali Sulph
Sudah pecah: Calc Sulph
Athritis / Rheumatism
Penawar
utama: Mag
Phos
Sakit bila bergerak, rasa nak demam: Ferrum Phos
Sakit Gout / Urik asid tinggi: Nat Phos
Kebas-kebas hujung jari kaki: Kali Phos
Sakit bila bergerak, rasa nak demam: Ferrum Phos
Sakit Gout / Urik asid tinggi: Nat Phos
Kebas-kebas hujung jari kaki: Kali Phos
Asthma (lelah)
Penawar
utama: Kali
Phos
Asthma dan Kembung bercampur Gastrik: Mag Phos
Lidah berselaput putih / hijau: Kali Mur
Asthma dan Kembung bercampur Gastrik: Mag Phos
Lidah berselaput putih / hijau: Kali Mur
Batuk
Batuk
rasa masam: Nat
Phos
Demam kuning (rasa pahit): Nat Sulph
Batuk dengan kahak: Nat mur, Kali Mur
Demam kuning (rasa pahit): Nat Sulph
Batuk dengan kahak: Nat mur, Kali Mur
Buasir
Penawar
utama: Calc
Flour
Radang dan sakit berdarah: Ferr Phos
Sakit: Mag Phos
Sembelit kronik: Nat Mur
Radang dan sakit berdarah: Ferr Phos
Sakit: Mag Phos
Sembelit kronik: Nat Mur
Buah pinggang
Radang
peringkat awal: Ferr
Phos
Peringkat kedua: Kali Mur
Peringkat ketiga: Nat Phos
Selepas jangkitan: Nat Mur
Berkaitan penyakit kulit: Kali Sulph
Batu dalam ureter: Mag Phos, Silicea
Peringkat kedua: Kali Mur
Peringkat ketiga: Nat Phos
Selepas jangkitan: Nat Mur
Berkaitan penyakit kulit: Kali Sulph
Batu dalam ureter: Mag Phos, Silicea
Campak (jangkitan)
Penawar
utama: Ferr
Phos, Kali Mur
Baiki kulit yang rosak: Calc Sulph
Mencegah kudis selepas campak: Kali Sulph
Baiki kulit yang rosak: Calc Sulph
Mencegah kudis selepas campak: Kali Sulph
Cedera (kemalangan)
Lebam,
luka baru: Ferr
Phos
Bila bengkak: Kali Mur
Tulang retak: Calc Phos
Terasa radang dtempat lembut: Ferr Phos
Bila bengkak: Kali Mur
Tulang retak: Calc Phos
Terasa radang dtempat lembut: Ferr Phos
Cirit-birit
Ada
mukosa (lendir): Nat Mur
Berdarah: Kali Mur
Disertai demam: Ferr Phos
Cirit-birit waktu malam: Kali Sulph
Waktu siang: Nat Mur
Sakit sebelum berak cair: Mag Phos
Sakit sebelah pagi: Nat Sulph
Makanan tidak hadam: Ferr Phos, Calc Flour
Berdarah: Kali Mur
Disertai demam: Ferr Phos
Cirit-birit waktu malam: Kali Sulph
Waktu siang: Nat Mur
Sakit sebelum berak cair: Mag Phos
Sakit sebelah pagi: Nat Sulph
Makanan tidak hadam: Ferr Phos, Calc Flour
Demam (jangkitan)
Penawar
utama: Ferr
Phos
Muntah masam (asid): Nat Phos
Thypoid: Kali Phos
Bila kejang atau konvulsi: Mag Phos, Ferr Phos, Kali Mur
Muntah masam (asid): Nat Phos
Thypoid: Kali Phos
Bila kejang atau konvulsi: Mag Phos, Ferr Phos, Kali Mur
Rheumatik: Nat Sulph
Demam
bersela: Nat
Mur, Kali Phos
Semua jenis demam: Nat Sulph, Ferr Phos
Semua jenis demam: Nat Sulph, Ferr Phos
Kencing manis (diabetes)
Penawar
utama: Nat
Sulph, Nat Phos
Sakit, panas, kebas nadi kenang: Ferr Phos
Tersangat dan sentiasa dahaga: Nat Sulph
Melarat bergilir hari, sakit kepala, tak lena tidur dan tiada selera makan: Nat Mur, Kali Phos
Sakit, panas, kebas nadi kenang: Ferr Phos
Tersangat dan sentiasa dahaga: Nat Sulph
Melarat bergilir hari, sakit kepala, tak lena tidur dan tiada selera makan: Nat Mur, Kali Phos
(D)
Diphteria (jangkitan
kerongkong / mulut)
Anak
tekak dan anak lidah bengkak diselaputi putih: Ferr Phos, Calc Phos
jika tidak berkesan tambah: Calc Flour
tonsil berubah jadi kuning: Nat Phos
jika tidak berkesan tambah: Calc Flour
tonsil berubah jadi kuning: Nat Phos
Discaj (lelehan)
Berair
jernih: Nat
Mur
Berair kuning: Kali Sulph
Berair pekat: Kali Mur
Berair kuning: Kali Sulph
Berair pekat: Kali Mur
(G)
Gastrik (usus)
Kejang
mencengkam: Mag
Phos
Banyak angin(gas) bagi orang dewasa: Nat Sulph
Terlebih Asid: Nat Phos
Perut kembung dan membesar: Mag Phos, Kali Phos
Sensitif pada asid: Mag Phos
Ulser perut: Kali Phos, Nat Phos
Banyak angin(gas) bagi orang dewasa: Nat Sulph
Terlebih Asid: Nat Phos
Perut kembung dan membesar: Mag Phos, Kali Phos
Sensitif pada asid: Mag Phos
Ulser perut: Kali Phos, Nat Phos
Gland (kelenjar / ketumbuhan)
Keras:
Calc Flour
Radang: Ferr Phos, Calc Flour
Radang dan bengkak: Nat Phos
Radang: Ferr Phos, Calc Flour
Radang dan bengkak: Nat Phos
Gout (urik asid)
Akut:
Nat Phos
Kronik: Silicea
Jika sakit: Mag Phos
Kronik: Silicea
Jika sakit: Mag Phos
(H)
Haid
Merah
hitam, beku: Kali
Mur
Merah, mudah likat: Ferr Phos
Cirit-birit waktu haid: Nat Sulph, Nat Phos
Haid lewat, sembelit, kurang darah: Nat Mur
Haid gantian berdarah dari hidung: Ferr Phos
Bersama kahak hijau pekat: Nat Sulph
Sakit kepala, senggugut, sakit berdenyut: Mag Phos, Nat Mur, Ferr Phos
Merah, mudah likat: Ferr Phos
Cirit-birit waktu haid: Nat Sulph, Nat Phos
Haid lewat, sembelit, kurang darah: Nat Mur
Haid gantian berdarah dari hidung: Ferr Phos
Bersama kahak hijau pekat: Nat Sulph
Sakit kepala, senggugut, sakit berdenyut: Mag Phos, Nat Mur, Ferr Phos
Hidung berdarah
Keluar
waktu tengahari: Kali Mur
Ketika haid: Nat Sulph
Apabila batuk: Nat Mur
Dikalangan kanak-kanak, darah merah cerah: Ferr Phos
Ketika haid: Nat Sulph
Apabila batuk: Nat Mur
Dikalangan kanak-kanak, darah merah cerah: Ferr Phos
Histeria
Penawar
utama: Nat
Sulph
Lemah, pagi letih, sakit otot dan saraf: Kali Phos
Kejang dan lega dengan panas: Mag Phos
Lemah, pagi letih, sakit otot dan saraf: Kali Phos
Kejang dan lega dengan panas: Mag Phos
(K)
Katarak
Penawar
utama: Calc
Flour, Silicea, Nat Mur.
Mata kering suka benda masin: Nat Mur
Mata berselaput: Calc Flour
Pandangan berasap dan kelabu: Calc Phos
Mata kering suka benda masin: Nat Mur
Mata berselaput: Calc Flour
Pandangan berasap dan kelabu: Calc Phos
Kembung
Penawar
utama: Mag
Phos
Bahagian perut atas: Nat Phos
Bahagian kolon: Nat Sulph
Lain-lain penawar: Calc Phos, Nat Sulph, Nat Phos, Nat Mur
Bahagian perut atas: Nat Phos
Bahagian kolon: Nat Sulph
Lain-lain penawar: Calc Phos, Nat Sulph, Nat Phos, Nat Mur
Kepala
Sakit
kepala: Nat
Sulph
Muka merah, muntah makanan: Ferr Phos
Pucat dan sensitif: Kali Phos
Sakit sebelah kanan: Mag Phos
Sakit kepala kerana sembelit: Nat Sulph
Sakit kepala kerana membaca: Calc Phos
Sakit kepala anemia: Calc Phos
Muka merah, muntah makanan: Ferr Phos
Pucat dan sensitif: Kali Phos
Sakit sebelah kanan: Mag Phos
Sakit kepala kerana sembelit: Nat Sulph
Sakit kepala kerana membaca: Calc Phos
Sakit kepala anemia: Calc Phos
Kerongkong
Abses
(bengkak bernanah) pada tonsil: Calc Sulph
Kerongkong kering: Ferr Phos, Nat Mur, Nat Sulph
Merah: Ferr Phos
Rasa terbakar: Ferr Phos, Nat Mur
Sesak: Ferr Phos
Kerongkong kering: Ferr Phos, Nat Mur, Nat Sulph
Merah: Ferr Phos
Rasa terbakar: Ferr Phos, Nat Mur
Sesak: Ferr Phos
Konjunktivitis
Kronik:
Nat Sulph
Discaj bewarna putih: Nat Mur
Bewarna hijau: Nat Sulph
Krim kuning: Nat Phos
Discaj bewarna putih: Nat Mur
Bewarna hijau: Nat Sulph
Krim kuning: Nat Phos
Kulit
Melecur,
berair melekat: Kali
Mur
Berair merah: Nat Mur
Berair kuning atau putih telur: Calc Phos
Berair kuning emas: Nat Phos
Kulit mengeluarkan bintit merah: Kali Sulph
Psoriasis: Kali Sulph
Terbakar dan melecur: Nat Mur, Kali Mur, Silicea
Berair merah: Nat Mur
Berair kuning atau putih telur: Calc Phos
Berair kuning emas: Nat Phos
Kulit mengeluarkan bintit merah: Kali Sulph
Psoriasis: Kali Sulph
Terbakar dan melecur: Nat Mur, Kali Mur, Silicea
(L)
Lidah
Tumbuh
biji-biji di lidah: Nat Mur
Lidah tegang: Calc Flour
Lidah kejang: Mag Phos
Lidah menjadi seperti peta (berpeta): Nat Mur
Lidah berselaput putih: Nat Mur
Lidah berselaput kuning: Kali Sulph
Lidah terasa berat: Nat Mur
Lidah tegang: Calc Flour
Lidah kejang: Mag Phos
Lidah menjadi seperti peta (berpeta): Nat Mur
Lidah berselaput putih: Nat Mur
Lidah berselaput kuning: Kali Sulph
Lidah terasa berat: Nat Mur
(M)
Mata
Keradangan:
Nat Phos,
Calc Sulph
Mata berair cair: Nat Mur
Mata berair pekat: Kali Mur
Mukosa kuning: Kali Sulph
Mukosa seperti krim: Nat Phos
Mata berair cair: Nat Mur
Mata berair pekat: Kali Mur
Mukosa kuning: Kali Sulph
Mukosa seperti krim: Nat Phos
Meningitis
Penawar
utama: Ferr
Phos, Kali Mur
Diikuti dengan penawar: Kali Phos
Diikuti dengan penawar: Kali Phos
Muntah
Muntah
makanan: Calc
Flour, Ferr Phos
Muntah air, cerah, bertali: Nat Mur
Muntah cecair bewarna putih dan tebal: Kali Mur
Berbau masam: Nat Phos, Nat Mur, Ferr Phos
Muntah mabuk laut: Nat Phos,Kali Phos
Muntah air, cerah, bertali: Nat Mur
Muntah cecair bewarna putih dan tebal: Kali Mur
Berbau masam: Nat Phos, Nat Mur, Ferr Phos
Muntah mabuk laut: Nat Phos,Kali Phos
(R)
Resdung
Terlalu
kerap bersin, hidung berair cair: Nat Mur
Demam atau hidung berdarah: Ferr Phos
Demam atau hidung berdarah: Ferr Phos
(S)
Sembelit
Kencing
banyak dan najis keras: Nat Mur
Sembelit bagi orang bertubuh kurus: Ferr Phos
Sembelit bagi orang bertubuh kurus: Ferr Phos
Sakit telinga
Inflamasi:
Silicea
Inflamasi kronik: Calc Sulph
Bengkak: Calc Sulph
Discaj warna kuning: Kali Sulph
Discajnya melekat, warna hijau: Kali Sulph
Inflamasi kronik: Calc Sulph
Bengkak: Calc Sulph
Discaj warna kuning: Kali Sulph
Discajnya melekat, warna hijau: Kali Sulph
(T)
Tonsil
Tonsil
merah dan radang: Ferr Phos
Tonsil membesar dan sakit: Kali Phos
Tonsil kronik, sakit membuka mulut: Calc Phos
Melarat di sebelah kanan, kerongkong merah: Mag Phos
Tonsil membesar dan sakit: Kali Phos
Tonsil kronik, sakit membuka mulut: Calc Phos
Melarat di sebelah kanan, kerongkong merah: Mag Phos