carian..

PERUBATAN HOMEOPATI. PART 1 SEJARAH

HOMEOPATI

     Homeopati atau dalam bahasa Greek “Homoeopathy” berasal dari dua perkataan iaitu, “Homoios” dan “Pathos”. Homoios bermaksud serupa atau seumpama. Sementara Pathos bermaksud penderitaan, kesengsaraan atau penyakit. Dengan itu, homeopati merujuk kepada kaedah perubatan atau rawatan penyakit atau merawat pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa.
Serupa atau seumpama di sini merujuk kepada gejala atau simptom. Yang dimaksudkan dengan simptom atau gejala yang sama di sini contohnya ialah sekiranya seseorang pesakit mengalami gejala-gejala seperti loya dan muntah, maka dia akan dirawat menggunakan penawar homeopati yang mampu mengeluarkan gejala loya dan muntah yang serupa seperti Ipecac (biji buah jarak). Pada asasnya itulah yang dimaksudkan dari perkataan homeopati itu sendiri.

Dari segi sejarah, konsep dan undang-undang asas homeopati itu sebenarnya telah bermula sejak zaman Greek lagi iaitu dimulakan oleh Hippocrates, seorang pakar perubatan yunani yang hidup pada kurun ke-5 Masihi. Beliau pernah menulis “By similiar things a diseases is produce and through the application of the like, it is cured” iaitu “Menerusi benda yang sama sesuatu penyakit itu terjadi maka menerusi aplikasi yang sama ia dapat disembuhkan”. Hippocrates juga dikenali sebagai bapa perubatan moden.

Konsep ini juga banyak diketahui dan dipersetujui oleh pakar-pakar perubatan yang terkenal seperti Paracelcus iaitu pakar perubatan German pada abad ke-16 Masihi. Namun demikian, Dr Samuel Hahnemanlah orang pertama yang mengasaskan konsep ini menjadi sistem sains perubatan yang saintifik dan sebagai alternatif kepada sistem perubatan Ortodok Alopati. Lantas beliau menamakan sistem ini sebagai Sistem Perubatan Homeopati.

SEJARAH
Christian Friedrich Samuel, iaitu nama sebenar yang diberikan kepada Dr. Samuel Hahnemann, merupakan seorang ahli perubatan berbangsa German yang dilahirkan di Meissen, German Timur pada 1755. Melalui bimbingan ayahnya, Christian Hahnemann, beliau membesar sebagai seorang yang berdisiplin dan terpelajar. Semasa menerima pendidikan tinggi di Meissen, beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang cerdas dan pintar. Kemudian pada tahun 1775, beliau memasuki Universiti Leipzig untuk mempelajari ilmu perubatan.

Dua tahun kemudian, beliau meninggalkan universiti tersebut dan menetap di Vienna dan Transylavania. Di sana beliau mempelajari pelbagai bahasa sehingga beliau dapat menguasai bahasa Latin, Arab, Greek, Inggeris, Perancis dan Sepanyol, selain daripada bahasa ibundanya Germany. Walaubagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Erlangen di mana beliau telah dianugerahkan ijazah Doktor of Medicine pada 10 Ogos 1779.

Dr. Hahnemann memulakan kariernya sebagai pengamal perubatan di Hettstedt, iaitu sebuah perkampungan galian di Saxony. Sewaktu di Hettstedt, beliau merasa sedih dan kesal kerana tidak dapat memberikan rawatan yang berkesan dan sempurna memandangkan keadaan hidup para pelombong serta keluarga mereka yang sangat susah. Tambahan, amalan perubatan pada waktu itu sangat mementingkan pembuangan penyakit dan pembedahan yang terpaksa melalui proses yang menyeksa pesakit sekalipun pembedahan itu tidak begitu diperlukan dan mendesak. Begitu juga, ubatan yang merbahaya begitu mudah diberikan kepada para pesakit yang didapati sukar untuk menyembuhkan. Perkara ini membuatkan Dr. Hahnemann bertambah yakin bahawa apa yang sebenarnya terjadi ialah “lebih ramai manusia mati disebabkan rawatan berbanding kerana penyakitnya”..


Sembilan bulan berikutnya, Dr. Hahnemann berpindah ke Dessau dan bekerja di Mohren Pharmacy. Farmasi tersebut dimiliki oleh seseorang yang agak terkenal dalam kalangan masyarakat Dessau. Bersama pemilik farmasi tersebut, Dr. Hahnemann melibatkan diri dalam penyelidikan kimia yang kemudiannya menghasilkan Apothecaries Lexicon setebal 4 jilid. Di sini beliau bertemu dan terpikat dengan anak tiri majikannya yang bernama Johanna Kuchler yang berakhir dengan perkahwinan. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Henriette..

Semasa di Gommer, Dr. Hahnemann mula menceburi bidang perterjemahan untuk menampung perbelanjaannya. Pada tahun 1784, beliau telahg melahirkan esei perubatan pertama yang bertajuk “Direction for Curing Old Diseases”. Di sini beliau menyarankan tentang perlunya kesihatan awam, udara bersih, tidur yang mencukupi, senaman rutin dan pemakanan yang seimbang. Beliau juga telah mencadangkan agar rumah-rumah dijarakkan antara satu sama lain supaya cahaya matahari dan udara bersih dapat masuk dengan baik.

Apabila beliau berpindah ke Dresden, Dr. Hahnemann menyambung pelajarannya dalam ilmu kimia dan perubatan di samping menterjemah pelbagai buku daripada bahasa Perancis, Inggeris, Latin dan Greek ke bahasa German. Sewaktu proses penterjemahan dilakukan, beliau mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit sebanyak komentar. Menerusi komen-komennya, lebih terserlah lagi betapa luasnya pengetahuannya dalam bidang kimia dan betapa berlainan pandangannya mengenai ahli farmasi sezamannya serta cara pemberian ubat-ubatan.


Ketika beliau sekeluarga berpindah ke Leipzig pada tahun 1789, beliau merasakan amalan perubatan pada waktu itu sebagai kasar, tidak bertamadun dan kurang berkesan. Pandangan ini menimbulkan kemarahan bagi pihak yang berada dalam profesion perubatan. Dengan itu, dalam jangka masa lima tahun kemudiannya, keluarga Hahnemann sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam saat-saat kesukaran inilah sistem perubatan baru yang dikenali sebagai “Homoeopathy” mula berputik. Semasa Dr. Hahnemann menterjemah sebuah buku daipada bahasa Inggeris kepada bahasa German yang ditulis oleh Dr. William Cullen berjodol “A Treaties on Materia Medica”, beliau telah berdepan dengan sejenis ramuan – Cinchona (Peruvian Bark). Cinchona tersebut pernah digunakan untuk merawat malaria di Amerika Selatan dan Eropah. Ia juga dikatakan pernah digunakan bagi menyembuhkan Countes of Cuichon, iaitu isteri pembesar Peru.

Justeru didorong oleh perasan ingin tahu yang menebal dalam diri, Dr. Hahnemann telah mencuba beberapa dos ‘Cinchona’ dengan tujuan untuk menguji kesan dan implikasinya. Setelah dicuba ramuan tersebut, beberapa tanda utama mulai menjelma. Kaki dan hujung jarinya bertukar menjadi sejuk, rasa mengantuk datang secara tiba-tiba, jantung dan denyutan nadinya semakin kencang dan tubuhnya pula mulai menggelentar. Kejadian ini sentiasa berulang setiap kali ‘Cinchona’ diambil.
Rasa takjub dengan hasil eksperimen yang tidak diduga itu, terlintas dalam fikirannya akan undang-undang tabii yang mungkin wujud. Undang-undang tersebut yang masyhur dengan nama “Undang-undang Seraksi” mengariskan bahawa suatu ramuan ubat itu boleh menyembuhkan orang sakit disebabkan ia boleh menghasilkan tanda-tanda yang serupa apabila ia diberikan kepada orang yang sihat. Namun pada peringkat awalnya, Dr. Hahnemann masih tidak begitu menghargai peri pentingnya penemuan itu.

Pada musim bunga tahun 1792, beliau memegang jawatan sebagai pengurus di sebuah instituti penempatan orang kurang akal. Di sana beliau membantah cara layanan buruk yang diberikan kepada para pesakit. Sebaliknya, Dr. Hahnemann dengan jayanya telah menunjukkan cara layanan yang sepatutnya diberikan sehingga ada pesakit yang sembuh dalam penjagaannya.


Di samping itu, beliau masih meneruskan usaha penulisannya tanpa henti sehingga tahun 1805. Pada waktu yang sama, pada tahun 1796, beliau telah menulis sebuah esei, “New Principles for Ascertaining the Curative Powers of Drugs,” yang diterbitkan dalam Hufeland’s Medical Journal. Tahun inilah yang dikatakan sebagai tarikh lahirnya sistem perubatan homeopati secara rasmi yang kemudiannya Hahnemann kembali mempraktikkan amalan perubatan di Leipzig, tetapi mengikut kaedah homeopati.

Satu trajedi melanda Leipzig pada tahun 1799, iaitu merebaknya wabak demam scarlet. Ketika itu Dr. Hahnemann mendapati Belladonna sangat seraksi dengan gejala demam scarlet. Beliau dengan yakinnya memberikan penawar Belladonna kepada kanak-kanak di Leipzig dalam dos yang diperkecilkan dan ternyata ramai yang terselamat daripada demam scarlet. Biarpun saranan Dr. Hahnemann mengenai penawar Belladonna dan pemberiannya dalam dos yang kecil menerima tentangan pelbagai pihak, tetapi pada tahun 1838 kemudiannya kerajaan Saxon mengiktiraf Belladonna sebagai penawar bagi demam scarlet.

Di dalam organon inilah Dr. Hahnemann mengembangkan prinsip asas homeopati kepada “SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR” atau “Let likes be cured with likes”. Di dalamnya juga turut diterangkan definisi kesembuhan yang sebenar, iaitu:


















Sementara teras sains yang dianjurkan oleh Dr. Hahnemann dalam seni kesembuhan adalah terdiri daripada Undang-Undang Seraksi, pilihan dos minimum yang sesuai dan ulangan dos.
Kini Organon diiktiraf sebagai  bahan rujukan utama dalam pengamalan homeopati seluruh dunia. Ia telah dicetakkan dalam 10 bahasa termasuklah bahasa Perancis, Hungary, Swedish, Rusia, Itali, Urdu, Hindi dan Sepanyol. Terjemahan dalam bahasa Inggeris telah mula didapati pada tahun 1833.

Dalam masa beberapa tahun, Hahnemann mengumpulkan beberapa doktor dan sahabat karib yang boleh dipercayai dari segi kejujuran dan kesihatan dalam sebuah persatuan. Persatuan ini dikenali sebagai “the Provers Union”. Ahli-ahli persatuan ini mengambil risiko dalam menguji kesan penawar-penawar dari bahan kimia, akar kayu dabn garam galian.

Mereka dipertanggungjawabkan untuk mencatat semua gejala yang timbul daripada ‘proving’. Antara penawar-penawar yang telah dibuktikan melalui ujikaji ialah Aconite, Arnica, Belldonna, Ipecacuanha, Nux Vomica, Drosera dan Chamomilla. Kesemua hasil usaha ini telah dimasukkan dalam “Materia Medica Pura” yang pertama kali diterbitkan di Dresden pada tahun 1811. Buku tersebut telah siap keseluruhan setebal 6 jilid pada tahun 1821.

Di samping membicarakan tentang penawar-penawar homeopati dan aplikasinya dalam merawat penyakit, beliau memberikan penjelasan yang panjang lebar mengenai pendekatan personal dalam rawatan homeopati. Beliau juga setelah sekian kalinya, menekankan kembali kesembuhan kekal yang hamya boleh didapati menerusi penawar-penawar homeopati dalam dos yang kecil. 

Malangnya penggunaan dos kecil itu telah membangkitkan kemarahan pembancuh-pembancuh ubat yang mengalami kerugian besar sejak ia diketengahkan. The Leipzig Guild telah bersepakat untuk memerangkap Dr. Hahnemann. Satu undang-undang Cinstitutiones Frederici II Imperatoris diluluskan bagi tujuan menghadkan kerja-kerja membancuh ubat khusus untuk orang-orang tertentu sahaja dan dengan itu para doktor dilarang daripada memberi ubat secara langsung kepada pesakit.

Dr. Hahnemann mendapati adalah mustahil bagi beliau untuk mematuhi indang-undang yang baru diluluskan itu kerana para pemabncuh ubat sudah pasti akan membancuh dalam dos yang besar. Tindakan Dr. Hahnemann untuk tidak mematuhi undang-undang tersebut menyebabkan The Leipzig Guild mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran. Lantas beliau dihadapkan ke mahkamah atas sebab melanggar undang-undang negeri.

Tekanan ke atas amalan homeopati berlanjutan hingga beberapa tahun. Banyak artikel yang memperkecilkan homeopati disiarkan di dada akhbar dan dalam jurnal perubatan. Agak ramai juga doktor-doktor homeopati ditekan dan didakwa. Contohnya, Dr. Karl Franz dipaksa agar bersara dan Dr. Christian Hornbug didakwa dan dipenjara sehingga beliau menimggal dunia tiga hari kemudiannya. Bahkan akhirnya Dr. Hahnemann sendiri meninggalkan Leipzig menuju Kothen.

Meskipun Dr. Hahnemann tidak gemar tinggal di Kothen, namun Duke Ferdinand telah membenarkan beliau mengamalkan homeopati. Malahan Duke sendiri menjadi pesakit beliau. Cita-citanya mencapai kejayaan dan amalan perubatannya semakin maju. Perkembangan terbaru ini terus tersebar dan ramai daripada sahabatnya yang baru mula mengamalkan homeopati saling berutus surat dengan beliau untuk bertukar pendapat. Pada waktu itu, usia Dr. Hahnemann telah menjangkau 66 tahun.

Sebuah lagi buku utama yang dikarang oleh Dr. Hahnemann ialah “The Chronic Diseases, Their Peculiar Nature dan Their Homoeopathic Cure”. Jilid pertama buku tersebut mengembangkan idea-idea mengenai prinsip-prinsip dan amalan homeopati serta pendekatan holistiknya. Sementara jilid kedua menceritakan tentang kuasa hayat sebagai kuasa penyembuhan tubuh manusia. Dalam penekanannya tentang kuasa hayat, beliau telah memperkenalkan aspek-aspek metafizik homeopati dan lantas memperkenalkan teori ‘psora’ yang berkaitan dengan pembawaan penyakit dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Beberapa tahun kemudian isterinya Johanna meninggal dunia dan Dr. Hahnemann sudah hampir pada detik-detik persaraan daripada mengamal homeopati. Hidupnya mekar semula dengan kehadiran Melanie D’Hervilly yang datang untuk mendapatkan rawatan homeopati daripada beliau. Pada waktu itu, beliau sudah begitu terkenal sebagai orang yang mengasaskan homeopati.

Pada Januari 1835, Dr. Hahnemann mengahwini Melanie yang pada waktu itu berusia dalam lingkungan 30 tahun. Sedangkan usia Dr. Hahnemann sudah hampir 50 tahun lebih tua daripadanya. Hanya kira-kira tiga bulan sebelum beliau menyambut hari lahirnya yang ke-80, Dr. Hahnemann telah dipilih sebagai “Honorary Member of The North American Academy of Homoeopathy” yang berpusat di Allentown, Pennsylvania. Ia merupakan kolej homeopati yang pertama didirikan di Amerika Syarikat oleh Dr. Constantine Hering, iaitu salah seorang daripada sahabatnya yang sama-sama berjuang menegakkan sistem perubatan homeopati.

Kejayaan rawatan beliau yang ditambah dengan dorongan dan promosi daripada isterinya sendiri menyebabkan amalan homeopatinya terkenal hingga ke England, Perancis, Eropah dan ke seluruh dunia. Sementara itu, penentangan daripada kalangan doktor allopati menurun dengan mendadak pada awal tahun 1840-an. Dan akhirnya, pada 2 Julai 1843 Dr. Hahnemann telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau pergi setelah bergelut dengan pelbagai trajedi dalam  memperjuangkan perubahan dan mengembangkan sistem perubatan homeopati.