PEMPROSESAN
PENAWAR HOMEOPATI
Terdapat 3 peringkat pemprosesannya
iaitu:
- Menyediakan Mother Tinture (Ibu Ubat)
- Menyediakan Potensi (Sukatan)
- Menyediakan ubat yang sudah siap
Peringkat
Penyediaan Ibu Penawar (Mother Tinture Q)
Apabila Dr. Samuel Hahnemann
menyarankan prinsip asas ini dalam esei beliau iaitu “A New Principle for
Discovering the Curative Virtues of Medicinal Substances”, beliau menulis:
Diperlukan
4 peringkat dalam proses ini iaitu:
1.
Menghancurkan sehingga
menjadi serbuk (Maceration)
Tumbuh-tumbuhan
atau bahan dari haiwan yang akan dijadikan Mother Tinture (MT) itu mula-mula
dihiris halus-halus, ditumbuk dan dicampurkan dengan alkohol dengan kadar suhu
yang meninggi secara perlahan-lahan. Selepas itu, ia dibiarkan selama satu jam
atau sebulan apabila patinya akan mendap ke bawah. Kekuatan kandungan alkohol
mungkin 33 1/3 % 50% atau 80% - 90% bergantung kepada kandungan air bahan itu.
Tumbuhan
yang lembut dan segar dapat menghasilkan 350-700 ml cecair bagi 1kg cecair
perahan itu akan dicampurkan pula dengan 95% alkohol tulen yang akan
menghasilkan lebih kurang 33 1/3 % MT.
Selepas
langkah pertama tadi, maka ia akan dicampurkan dengan campuran alkohol dan air.
Kadar campuran dua bahan ini bergantung pada kadar kekeringan bahan asal tadi.
3.
Memeram atau menyimpan (Ageing)
Selepas
proses kedua tadi, bahan akan disimpan di dalam sebuah balang kaca di tempat
yang gelap dan sejuk untuk tempoh sehingga sebulan.
4. Menapis semula (Filtration)
Proses
ini akan mengasingkan bahan pepejal dan secair. Penapis ini dibuat secara
tarikan graviti atau tekanan untuk menghasilkan bahan cecair yang jernih yang
dipanggil Mother Tinture (MT).
MT
akan disimpan di tempat yang sejuk dan gelapa yang mana akan menambahkan kuasa
perubatannya.
PENYEDIAAN
POTENSI
Kaedah Hahnemann
Mengikut
kaedah Samuel Hahnemann – dengan cara mencampurkan MT secara sedikit demi
sedikit dengan alkohol dan air maka ubat homeopati itu akan bertambah kesan dan
selamat dari segi keracunan atau kesan sampingan. Kekuatan itu dinamakan
‘Potent’ dan hasil-hasilnya dikenali sebagai potensi. Hahnemann telah menkaji
dan memperbaiki kaedah ini dan telah menghuraikannya secara terperinci dalam
bukunya “The Organon” jilid ke-4. Mengikut Hahnemann, setelah mencampurkan 99
titik alkohol dengan setitik MT dalam satu tabung kaca, maka ambil setitik pula
dari campuran ini dan dimasukkan ke dalam satu tabung kaca yang lain. Tabung
itu dicampurkan dengan 99 titik alkohol dan air serta digoncang sebanyak 2 kali.
Mengikut
Hahnemann, terdapat 2 lagi peringkat penting yang mesti dituruti iaitu:
Cara
potensi dapat dibahagikan kepada 2:
- Potensi secara Decimal dikenal dengan 1x, 2x, 3x, 4x...
- Potensi secara Centesimal dikenal dengan 1c, 2c, 3c, 4c....
Cara
penyediaan potensi:-
- 1 ml MT dicampur dengan 9 ml alkohol/air digoncang dengan kuat dan diberi tanda 1x.
- 1 ml daripada 1x dimasukkan dalam balang kaca yang baru dan dicampur dengan 9 ml alkohol/air serta digoncang kuat. Ini menjadikannya 2x.
- Cara ini berterusan berkali-kali hingga menjadi 3x, 4x, 5x dan seterusnya.
Jadi
kita boleh lihat rajah seperti di bawah mengenai cara Decimal:
POTENSI
CARA CENTESIMAL
Cara
penyediaan ini adalah sama dengan cara potensi Decimal tetapi kadarnya ialah
berlainan iaitu 1:100.
- 1 ml MT dicampur dengan 99 ml alkohol/air dan digoncang dengan kuat. Hasilnya ialah 1c.
- 1 ml daripada 1c dicampur dengan 99 ml alkohol/air, digoncang dengan kuat. Hasilnya ialah 2c.
- Proses ini boleh diulangi berkali-kali sehingga menjadi 3c, 4c, 5c dan seterusnya.
Di
England, potensi itu hanya dikenali sebagai nombor 1, 2, 3, 4 dan seterusnya.
Kita boleh lihat bahawa potensi 1c dan 2x adalah sama iaitu 1 bahagian MT dalam
100 alkohol/air. 2c = 4x...3c = 6x....4c = 8c
Potensi cara Millesimal
Cara
potensi yang ketiga ialah Millesimal iaitu 1 ml MT dicampur dengan 999 ml
alkohol/air. Potensi cara ketiga ini dikenali sebagai 1m, 2m, 3m, 4m dan
seterusnya.
•Kaedah Karsakov
Kaedah
yang digunakan oleh Hahnemann adalah tepat dan saintifik. Ia masih digunakan
hingga ke hari ini. Tetapi bagi potensi-potensi tinggi, ia mengambil masa yang
panjang dan lama untuk menyediakannya. Dalam tahun 1832, seorang Jeneral Russia
bernama Karsakov, seorang pelajar homeopati telah mencadangkan suatu kaedah
yang lebih mudah dan cepat. Caranya ialah dengan menggunakan tabung yang sama
yang bertentangan dengan cara Hahnemann yang menggunakan tabung yang berlainan.
Beliau menyatakan bahawa dengan mengosongkan tabung yang pertama diisi tadi,
terdapat sedikit cecair yang melekat pada dinding setelah dalam tabung itu yang
boleh digunakan untuk membuat potensi kedua. Cuma perlu tuangkan 99 ml
alkohol/air ke dalam tabung itu dan ulang proses yang sama dibuat dengan tabung
pertama tadi.
Kaedah
Karsakov ini digunakan dengan meluasnya oleh para pembuat ubat homeopati. Di
Perancis, Ecalle-Delpechdan Reuvrier telah mengulas kaedah ini dengan lebih
mendalam dalam Pharmacopoiea yang telah diterbitkan pada tahun 1854.
Pada
tahun 1926, kajian Berne telah menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang banyak antara kaedah Hahnemann dan
Karsakov. Walaubagaimanapun, pada hari ini, kaedah Hahnemann digunakan hingga
potensi 200c dan kaedah Karskov untuk potensi yang lebih tinggi.
Kaedah Hahnemann menggunakan banyak masa dan sudah nyata bahawa adalah mustahil untuk mendapatkan potensi sehingga 1m melalui kaedahnya. Jadi, untuk mendapatkan potensi-potensi yang lebih tinggi hanya perlu menggunakan kaedah Karsakov.
Satu lagi kebaikan kaedah Karsakov ialah ia Cuma menggunakan satu tabung kaca berbanding dengan kaedah Hahnemann.
Kesimpulannya kita dapat menyatakan bahawa kaedah Hahnemann adalah
klasik, tepat secara saintifik dan lebih diutamakan. Kaedah Karsakov lebih cepat tetapi kurang tepat.
Nombor-nombor yang terdapat pada potensi adalah siri yang menandakan beberapa kali ia telah diproses melalui campuran MT dengan alkohol/air dan digoncang. Huruf X atau C di hujung nombor menunjukkan kadar atau ratio yang telah
dijalankan berkali-kali.
Potensi
Succussion
Hahnemann
menggunakan perkataan ini yang bermaksud menggoncang dengan kuat untuk setiap peringkat penyediaan potensi. Ia menggunakan tangannya untuk memegang tabung yang berisi lalu digoncang dan dihentak ke atas sebuah buku yang berkulit lembut. Ia dilakukan sekurang-kurangnya 10 kali.
Pada hari ini dengan penggunaan mesin dan automasi beberapa alat telah dicipta untuk melakukan succession sehingga 100 kali tanpa
memenatkan tangan. Cara succession dilakukan bertujuan untuk menyebabkan campurannya dapat menimbulkan satu kuasa pada ubat (yang kemudiannya menjadi kuasa kinetik).
Trituration
Cara
ini digunakan untuk menyediakan ubat dari bahan-bahan pepejal. Mula-mula bahan ini akan direndam dalam 1mg tepung gula yang halus dan tulen (pure powdered lactose). Bahan
itu diambil dan ditumbuk atau dikisar selama 1 jam. Selepas satu jam, maka serbuk itu dikira 1c. Proses ini
diulangi beberapa kali untuk membuat potensi yang lebih tinggi.
Hypothesis Avogadro
Seorang ahli fizik Italia bernama Avogadro telah
membuat satu hipotesis bahawa dalam proses menyediakan ubat homeopati, maka akan sampai satu tahap di mana molekul MT yang asal
akan hilang. Potensi 24X atau 12C sudah tidak lagi mengandungi molekul asal MT.
Penyediaan Ubat yang Telah Siap
Bentuk-bentuk ubat homeopati sama dengan bentuk ubat Allopati iaitu dalam bentuk tablet, pil,
serbuk, cecair, ubat sapuan dan suntikan. Dalam bentuk pepejal yang belum dimasukkan ubat homeopati ia akan dikenali dalam bentuk :
- Tablet – mengandungi 80% gula (lactose) dan 20% sucrose. Berat 0.1gm dan berukuran 4mm.
- Pil – mengandungi 100% sucrose dan berukuran 4mm.
- Biji – berbentuk biji poppy dan mengandungi 100% sucrose berukuran 1mm
Kesemua ubat-ubat dalam bentuk yang berlainan ini akan direndam atau disembur dengan potensi ubatan yang tersedia sebelum disediakan sebagai ubat untuk diberi kepada pesakit.
•