carian..

Farmakologi

Farmakologi Alopathy

Farmakologi ialah kajian mengenai bahan mengubat (ubat) yang dipanggil farmaseutikal. Bidang ini menyentuh komposisi dadah, kandungan dadah, interaksi, ketoksikan, dan kesan kesan yang diingini yang boleh digunakan dalam terapi penyakit.
Dadah perubatan (iaitu ubat) memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa mengawal penggunaan dadah seperti FDA di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, kebenaran penggunaan ubat perlu diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. International Conference on Harmonisation berusaha untuk menstandardkan kebenaran penggunaan dadah perubatan di seluruh dunia.
Farmaseutikal boleh disediakan dalam pelbagai jenis bentuk farmakologi. Bentuk yang paling biasa ialah pil, tablet, dan kapsul.
Terdapat banyak sistem klasifikasi ubat, salah satunya ialah Sistem Klasifikasi Bahan Kimia Terapeutik Anatomi.

 Kelas-kelas produk ubat

Untuk sistem pencernaan

antasid, antagonis H2, opioid

Untuk sistem kardiovaskular

nitrat, antianginal, penghalang saluran kalsium, diuretik, antikogulant, drug antiplatlet, statin

Untuk sistem saraf pusat

garam litium, anti emitik, peransang (termasuk amfetamina), antihistamin, antagonis dopamin, anestettik, antidepresan, hipnotik

Untuk sakit dan kesedaran

analgesik, NSAID, analgesik opioid, dadah rawatan migrain, anestetik umum, sedatif

Untuk sakit otot dan tulang

NSAID,

Untuk mata

NSAID, miotik, astrigen, antibiotik topikal, antijangkitan

Untuk telinga, hidung dan oropharynx

NSAID, steroid, antiseptik, antihistamin, antifungus

Untuk sistem pernafasan

NSAID, anti alergi, steroid, antagonis reseptor beta,

Untuk masalah endokrin

androgen, antiandrogen, hormon tumbesaran, insulin, antidiabetik, hormon tiroid,

Untuk sistem pembiakan dan sistem kencing

antifungus, antibiotik, agen alkali

Untuk kulit

antifungus, pelindung kulit (sunscreen), antipeluh (antiperspirant), hormon

Ubat Melalui Kaunter (UBAT 'Over-the-counter' - 'OTC')

Ubat OTC adalah ubat berdaftar yang boleh diperolehi 'tanpa preskripsi' dan boleh didapati di kaunter farmasi tanpa preskripsi doktor yang termasuk Ubat Tidak Terkawal, atau ubat yang boleh diperolehi di kaunter mana-mana farmasi. Di samping itu, ubat yang mengandungi bahan yang dikawal melalui Akta Racun 1951 (dan disebut Ubat Terkawal) tetapi boleh diperolehi selepas merujuk kepada ahli farmasi, adalah ubat OTC juga.

Mengapakah sesuatu ubat diklasifikasikan sebagai ubat 'OTC'?
Ini kerana ubat OTC mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Memberi lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
  • Mempunyai potensi rendah untuk disalahgunakan.
  • Selamat digunakan untuk pengubatan kendiri
  • Perlu mempunyai label yang lengkap
Di manakah ubat OTC boleh didapati?
  • Semua kedai farmasi
  • Pasaraya-pasaraya tertentu (jenis ubat yang terhad sahaja)
Apakah maklumat yang patut diketahui sewaktu membeli ubat OTC?
  • Dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin mengenai ubat itu.
  • Soalan yang perlu ditanya: 
  •  

    • Apakah tujuan ubat itu diambil?
    • Apakah status pendaftaran ubat itu?
    • Bagaimanakah ubat itu diambil?
    • Berapa banyakkah kuantiti ubat itu yang perlu diambil?
    • Berapa kerapkah penggunaan / pengambilannya dalam sehari?
    • Berapakah lamakah ubat itu perlu diambil?
    • Apakah kesan sampingan ubat itu?
    • Apakah kemungkinannya ia berinteraksi dengan ubat lain, makanan atau penyakit?
    • Bagaimanakah cara penyimpanan ubat itu?

    Berhenti mengambil ubat tersebut sekiranya anda mengalami kesan buruk ubat dan laporkan kepada pegawai farmasi.

  • Dapatkan nasihat pegawai farmasi sekiranya bercadang membeli ubat OTC yang mengandungi bahan terkawal.
  • Sesetengah ubat OTC tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi. Rujuk kepada ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum menggunakannya.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengambil ubat 'OTC'
  • Kesan sampingan masih boleh berlaku meskipun ianya selamat untuk pengubatan kendiri
  • Beritahulah doktor atau ahli farmasi jika anda mengambil ubat 'OTC'
 Bilakah anda perlu berjumpa doktor?
  • Apabila pengubatan kendiri tidak memberikan kesan yang lebih baik atau keadaan anda menjadi lebih teruk.
  • Apabila anda mengalami reaksi luar biasa.
Ubat OTC yang sering digunakan


Ubat OTC biasa digunakan untuk
Tindakan
Kesan sampingan
Masalah perut
  • Perut tidak selesa (kembung, pedih ulu hati)
  • Antasid (contohnya produk yang mengandungi magnesium trisilikat, natrium bikarbonat dan aluminium hidroksida)

  • Melegakan ketidakselesaan perut

  • Sembelit atau cirit birit
  • Kurang berkesan sekiranya diambil dengan susu
Batuk
Antihistamin
  • (contohnya difenhidramin)
Ekspektoran
  • (contohnya guaifenensin)
Antitussive / penyekat batuk
  • (contohnya dekstrometorfan)

  • Menyekat tindakan batuk.

  • Mencairkan kahak supaya dapat dikeluarkan melalui batuk.

  • Mengurangkan kekeringan tekak dan kekerapan batuk.

  • Kebanyakan antihistamin boleh menyebabkan mengantuk.

  • Elakkan memandu atau mengendalikan jentera.

Selsema
Antihistamin
  • (contohnya klorfeniramin)
Dekongesten
  • (contohya pseudoefedrin)

  • Mengurangkan bersin dan mengeringkan hingus.

  • Mengurangkan bengkak hidung dan melegakan hidung tersumbat

  • Kebanyakan antihistamin boleh menyebabkan mengantuk.

  • Boleh menyebabkan kerisauan dan pening.
Kesan-kesan alahan
Antihistamin
  • (contohnya klorfeniramin)

  • Mengurangkan bersin, gatal dan radang akibat alahan.

  • Penggunaan ubat titis hidung atau ubat sembur yang berpanjangan boleh menyebabkan kesesakan hidung yang berpanjangan. Hadkan penggunaan selama 7 hari sahaja.
  • Kebanyakan antihistamin boleh menyebabkan mengantuk.
  • Elakkan memandu atau mengendalikan jentera.
Demam dan sakit badan
Analgesik
  • (contohnya parasetamol)

  • Mengurangkan suhu badan semasa demam.
  • Melegakan sakit otot.
  • Melegakan sakit kepala.

  • Biasanya tiada kesan sampingan jika diambil mengikut dos yang diarahkan.
  • Pastikan membaca label dengan teliti untuk mengelakkan dos yang berlebihan kerana banyak ubat OTC mengandungi parasetamol.
Loya dan muntah
Antihistamin
  • (contohnya buklizin, prometazin)

  • Melegakan gejala loya dan muntah serta mengelakkan mabuk semasa perjalanan

  • Mengantuk.
  • Elakkan memandu atau mengendalikan jentera.
Keadaan kulit
  • Antihistamin
    (contohnya klorfeniramin)
  • Sensitif pada cahaya matahari
    (contohnya Sunscreen)
  • Antikuman
    (contohnya benzoyl peroksida, asid salisilik)

  • Melegakan gatal dan iritasi kulit
  • Melindungi kulit dari kesan cahaya matahari
  • Untuk memusnahkan kuman

  • Mengantuk
  • Biasanya tidak memberikan kesan sampingan jika digunakan mengikut sukatan yang dicadangkan
  • Ia digunakan secara topikal (ubat sapu). Biasanya tidak memberikan kesan sampingan jika digunakan mengikut sukatan yang dicadangkan